Tuesday, June 8, 2010

Sumpah Aku Rindu Kamu....

Nama dia Aina. F kenal dia sejak masuk sekolah menengah. Maknanya, dah kenal sejak lebih kurang 7 tahun lepas. Siapa kalo kat CFS dulu, mesti cakap besar punya, bagitau yang kami dah kenal lama. Kenal lama tak bermakna boleh kenal isi hati ke tak. Samala macam kami. Kami mungkin kongsi rahsia itu dan ini, tapi tak semua benda, luar dalam F tahu pasal dia.

Tingkatan 3.
Jamuan kelas 3 Alpha 2005.
Waktu badan masih boleh pakai kebaya dan tak nampak sendat. 
Huuuu.

Tapi Aina kenal F. Aina faham waktu F gembira, sedih, marah, merajuk dan macam-macam. Terutama waktu marah dan merajuk tu, solusi dia kat F senang je, buat bodoh je dalam sehari dua, lepas tu, dia mula la mengayat, pujuk-pujuk F. Dan kami berkawan balik. F dan Aina kekal satu kelas dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Kuasa Allah, dapat keputusan SPM pun, lebih kurang sama je. Dua-dua mintak JPA Medik, nak gi obersi. Dan dua-dua tak dapat. Tak ada rezeki, takpe, kami redha.

Tingkatan 4. 
Dinner 4 Alpha 2006.

Lepas tu, kami ditawarkan ke Asasi UIA PJ; F dapat Farmasi dan Aina dapat Biosains. Aina tak nak tukar course, jadi tercampakla kami ke course lain-lain. Tapi waktu tu, bilik dua-dua dapat aras bawah, cuma selang 1 bilik je. Melalak tetap melalak kat bilik Aina. Apa-apa kelab F, Aina mesti ada. Kalau rasa nak blah dari kelab yang tak best, dua-dua pun blah. Pernah ada orang cakap kami kembar, sebab dah kamceng macam gila-gila kan. Tapi tak lama kot.



Lepas tu, F makin sibuk dengan kelas, terutama semester 2. Jadi, jadual banyak clash dengan Aina, maka nak berjalan-jalan kat KL pun dah kurang.  Tambah pulak, waktu tu, dah jadi geng dengan budak-budak Farmasi macam Wa, Tiqah dan jugak Mun. Lagi berjauhan la dengan Aina.



Semester 3 kot yang betul-betul menjarakkan F dan Aina. Aina masih di bilik tingkat bawah dan F kena pindah naik tingkat 2. Satu rahmat jugak F rasa, sebab orang kata kalau kami duduk dekat sangat, kang naik bosan la pulak kan.

BBQ 4 Alpha 2006. 
F [Januari] dan Aina [Oktober], tapi nampak dia yang macam kakak.

Aina berubah. Bukan sebab cultural shock ke apa, tapi berubah ke arah lebih baik. Dah lama perasan dah. Aina selalu pakai jubah, tudung pun dari bawal yang biasa-biasa saiznya tu, kepada yang bidang 60. Tudung yang lagi besar. Sumpah jeles, sebab dia berubah untuk jadi seorang muslimah yang lebih baik, dan yang paling penting, dia istiqamah. Konsisten tau. Tak macam F. Huuu.




Jumpa Aina pun dah jadi jarang-jarang sangat. Kalau keluar lepak mana-mana, F dengan orang lain, Aina dengan orang lain. Kalau terserempak, borak dua tiga patah je la.



Bila teringat kat Aina ni, banyak benda yang boleh terangkan pasal dia ni. Aina terer masak, rajin kemas rumah. Calon isteri yang sesuai. Heee. Satu lagi, Aina ni clumsy. F pun sama, tapi kurang sikit dari dia. Hahahaha. Aina jugak seorang peacemaker. Satu geng dengan Awin. Waktu kat sekolah dulu, bila budak pempuan gaduh ngan budak laki, dorang berdua la yang paling semangat nak betulkan keadaan, damaikan suasana. Rindunya waktu tuuu.. Aina ni jugak jenis yang cepat gila blushing. Aina mungkin hitam manis sikit kulit dia, tapi sumpah boleh nampak merah muka dia masa malu-malu miao. Comel~~



Oh, sumpah F rindu gila kot dengan Aina ni. Dahla nak kontek pun susah. Aina hanya ada YM, selainnya, memang tak de. Mesej?? Dia tu spesies macam F. Jenis yang campak tepon merata sampai bateri kong. Jadi, susah jugak nak main mesej-mesej ni.



Banyak benda nak cakap, nak luah pada Aina. Nak cerita pasal macam-macam. Apa pun, tetap sayang Naa..



p/s: Gambar setakat sekolah menengah je. 2 sem pertama kat CFS, tak bawa kamera sebab rosak, dan masuk sem 3 baru beli kamera baru.

p/s: Abaikan muka kurang matang dan comot tak habis tu ya.. Heee. Dan abaikan jugak beginner yang belajar mengedit tak habis.

14 comments:

sri said...

aku pun sama mcm ko F.. sejak masuk uni lain2 terus jadi regang dengan bff kat sekolah rendah...

Nurul Zaty said...

owho..ainaa.
tol kan.
dah lama tak nampak ang sama ngn dia kn sjak kita ke 206b. tu..
:)

btw..im sure she still remember u dear..
so do i..

Roxy zai said...

hurmm..kamu buat saya rindu kawan lama juga..=)

at-toriQ said...

cikF!
awak nk buat saya nangis ke wak?
T__T

hurmm, Rasullah penah cakap.
kalau sayangkan seseorang, terus pg gtaw dia..sy tahu awak syg dia. hantar msej, ckp, SAYA SAYANG AWAK!
sweet kan?

Moga ikatan ukhuwah ni takkan pernah putus. Ameen.Ameen. Ameen ya Allah.

ps: SAYA SAYANG PYQAH!
=)

kak ina kl said...

salam..biasalah adat resam dunia..selalunya kawan rapat memang senyap sunyi..nanti dia nak nikah barulah dia contact balik..tak percaya??kita tenguk nanti yer..

fikah © said...

sri;
itula.
bila masing2 dah ada kawan2 baru.
aku pun macam tu jugak.
mungkin silap aku kot.

fikah © said...

Nurul Zaty;
ya.
dia ingat.kot.
aritu ada tanya aku dapat kos apa.
aku dah mesej cakap kos sama dengan dia.
lepas tu dua2 jadik senyap.

fikah © said...

Roxy zai;
rindu semua kawan2...

fikah © said...

at-toriQ;
win!!!
rindu gle2 kat awin.
tmpt ngadu dulu2.
rasa rindu nak duduk depan awin lagi, kena kaunseling.
you've always been such a good listener.
everyone admits that.

p/s:SAYA SAYANG AWIn ketat2!!

fikah © said...

kak ina kl;
salam kak.
dah adat kot kak.
mula jumpa teman2 baru.
yang lama mula ditinggalkan.
harap dapat rapat balik sebelum dia nikah ke apa.
heee.

Anonymous said...

huwaaaaaaa fikah....
rndu kat aina jgak..
sgt222222 lame x bjmpe....
ktorg sume cntact je ag...
ng die je mcm krg cket...
huuuuaaa
fikah snap la pic die...pas2 buboh lam blog<--------maw nye mngamuk aina klu bwat cenggitu an...=)
~gathiss~

NiZaM Limited said...

wah..rindu btol dia kat aina..mcm2 kenangan yek ngn dia..
bagusla..kekalkan persahabatan tu sampai bile2..ssh nk dpt balik kawan yg kita kenal dari kecik..

Anonymous said...

Salam fik!!
ooooo...=) mengutuk sy dlm ni ye...
ni ad yg nk kena belasah ni kang!!he..
terharunya bc entri ni..sungguh2 ni..
tq 4 everything..x sangka ada org ni syg giler2 kat kiter ye..hu3..ni nk nangis ni..(tiba2 lak jd emo bc entri ni..)
nway,sy syggggg kamu..tq a lot!!
p/s: jgn ikut cdgn si gathiss tu,
maw nye mengamuk betul ore kah!!

Anonymous said...

terharuuu...

akak pon ada kawan rapat, sangat rapat..kami mula kamceng since tingkatan 4 sejak sebilik di MRSM, naik tingkatan 5 walau tak sebilik lagi dah, kami ttp kamceng...sehingglah hari ini..

ya..mmg btol dalam persahabatan yg akrab akan ada masa2 yang membuatkan kita terpisah. percayalah, nanti bila dah abes belajar & bekerja F dan Aina akan rapt semula..

sincere freindships last forever