Loading...
Name:
Gender Male
Female
Email Address:
Handphone number
Where do you live?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve health
Increase energy
Improve skin
Earn extra income
When is the best time for me to call you?

Put a website form like this on your site.

Thursday, June 24, 2010

Perjumpaan kawan-kawan lama

EDITED & UPDATED!!
p/s: currently in a serious bout of cold. pray for me~~


Omputeh paggil reunion. Perkataan yang paling biasa digunakan bila kawan-kawan lama dari sekolah atau tadika atau tempat kerja sekali pun, nak meronggeng beramai-ramai. Tak boleh nak cerita panjang, sebab tak de gambar sangat yang nak diletakkan. Maka, kena tunggu bos besar F muat naik gambar ke Facebook nya, barulah boleh buat sesi mengepau. Huuu.



Tak sangka ramai jugak yang datang. Yang perempuan ada dalam 5 orang je, iaitu F tersayang [maaf jika termuntah], Aina, Sue, Ah dan Elly. Yang lelaki, asalnya bilangan rasanya biasa-biasa je. Tapi lepas Zuhur tu, dah makin bertambah. Ingatkan terlajak sebab layan Jerman pagi tadi kot.



Rancangan asal, nak main boling. Jadi, sementara tunggu giliran [sebab ramai orang yang buat reunion jugak tadi], bos besar, yakni Hafez, arahkan kitorang cari apa saja hadiah, dengan bajet lingkungan RM 1 hingga RM 5. Sebab nanti akan ditukar-tukarkan. Tak sangka betul pencarian hadiah tu, boleh jadi sangat menerujakan, sehingga kitorang terlepas giliran main boling. Nasib baiklah belum dibayar lagi.



Perancangan banyak lari. Maka, sebab mulut F bising campur dengan perut main irama rock [tak sempat nak sarapan kat rumah], kami makan dulu. Kiranya, brunch la kot, sebab dah pukul 1 petang. Untung bos besar pilih tempat tersorok sikit, sebab kami memang kecoh-yang-amat-sampai-F-rasa-semua-pandang-dan-ada-yang-siap-sound2-lagi.


I am not into Spongebob thingy, but
at least the gift made my day.
Thanks, KP!!


Habis makan, tukar-tukar hadiah, ikut cabutan nombor. F dapat hadiah dari KP, dan hadiah F yang comel molek itu milik incik Faiz [incik Faiz, saya tahu anda akan membaca entri ini, maka sila muat naikkan gambar hadiah saya pada awak ya..]. Respek sama bos besar, sebab minta kami diam sebentar dan sedekahkan al-Fatihah buat ibu atau bapa kawan kami yang lain, yang telah meninggal dunia. Rasa emo dalam hati, sebab rasa macam baru semalam berkenal sapa dengan ibu atau bapa kawan-kawan tu.



Kemudian, gerak untuk solat Zuhur. F dengan Ah dan Elly je, sebab Aina dan Sue dah solat sebelum makan. Tiba-tiba, Aina telefon, cakap senior yang F pernah crush kejap-kejap dulu, ada kat tempat kami tu. F pun bagi tau, kalau F jumpa, sah itu jodoh. Gurauan semata-mata pada Aina. Ohhh, masin mulutku, memang terserempak la dengan Mr Q tu, tapi sangat mustahil nak tegur sebab dia mungkin tak kenal F. Oh, dia masih hensem macam dulu-dulu.


Kenapalah baru terperasan Versus dah ada kat Popular tu??
Ke baru letak je??
Cetakan pertama hingga keempat - April 2010
Cetakan kelima - Mei 2010


Habis cerita kasih tak kesampaian. Hahaha. Lepas solat, kitorang betul-betul berpecah, bawa haluan. F sempat lepak kedai buku Popular, rembat majalah Cosmopolitan edisi Julai, novel Versus dari Hlovate dan novel Baju Pengantin Mak Andam [kalau tak silap]. Nasib bawa kad ahli, sebab rasa macam duit tak cukup. Dapatlah potongan harga.



Mak aih, Macam mana nak menghabiskan novel-novel itu semua, tambah lagi nak kena refresh minda balik, dengan belajar Organic Chemistry. Kemas barang pun belum, dengan bilikku yang habis bersepah. Nampak gaya hidup F betul-betul perlukan jadual ni. Kalau tak, kucar-kacir alamatnya.



Samapi kat sini dulu. Dah macam karangan PMR dulu la panjangnya pulak. Jaga diri, dan selamat malam!! Orang Jepun kata, "Oyasuminasai, minna-san!!"

4 comments:

crystalchess said...

fuuh..T_T
aku plak jadi emo nih..
rindu kawan2..serious...-_-'
sampaikan salam Assalamualaikum aku kat dorang eh,kalo jumpe...!_!

hudhud said...

best ke novel di atas itu? hehe

ney said...

da bace novel versus (^_^) syok2~ but quite cliche kan cara penulisan dia.~ masih tak lari dengan ofhanded,backhand,intoxicated,angau overloaded and byk ag lah.
and as usual,byk sgt list lagu2 yg rock tak hengat tu~

shey said...

novel versus tu cambest je ??