Sunday, June 13, 2010

Orang Lain Tengok Bola, Anda??

mungkin minat bola, mungkin jugak tidak. Takpun, anda jenis yang neutral, nak kata minat, biasa-biasa je, tapi nak kata tak, anda tengok je bola bila dah takde cerita best.


Tengah ayah atau emak atau abang atau kakak atau suami atau isteri atau sesiapa saja tengah syok layan bola, apa kata anda tolong-tolong sikit. Tolong apa ya??


[1] Tolong diam.

Dah tahu orang tengah fokus tengok bola tu, tak payah la waktu tu jugak anda kepingin nak berkaraoke. Waktu orang tengah layan skills si Messi tu, atau pun berdegup-degup jantung melihat kecomelan si Kaka, tak payah nak mengada buat pengumuman tak rasmi masa-masa tu jugak.

Contoh : Eh, hensem la Ronaldo tu. Eh, sasa la badan Diego Maradona tu. *tiba-tiba pulak*

Itu semua orang pun tahu. Tengok bola sudah.




[2] Tolong ke tepi.

Tak payah buat hal nak peraga fesyen nak tunjuk baju baru beli kat orang yang tengok bola ni. Seksi tak seksi ke, dorang dah tak kisah. Yang dorang nak tengok, ialah kelibat pemain-pemain bola menunjukkan kehandalan masing-masing.




[3] Tolong masak.

Haaa. Ini lagi bagus. Sebaik sahaja terpacul perkataan "Lapar la.." dari mulut Abah tu, sila-silakan mengeluarkan kata-kata yang best "Abah nak megi??". Sudah pasti mulut-mulut yang lain akan turut menjawab "Nak!!" selain daripada Abah.

Maka ringan-ringankanlah tangan tu, pergi dapur, masak megi spesel punya. Kalau anda ni jenis yang tak layan bola, sudah tentu la, memasak itu salah satu cara menghilangkan kebosanan anda di kala orang lain tonton bola. Pabila dah siap tu, panggil mereka yang lapar dari tengok bola tu makan. Maka terjalinlah suasana keluarga yang bahagia.

Dan mari kita menyanyi lagu nasyid Saujana - Keluarga Bahagia. Kalau tak ingat lirik, nyanyi je lagu tema Singer, "Singer..menawan keluarga bahagia~~"



Okey..okey. Dah pukul 2 pagi, dan masih belum rehat dari kepenatan ke majlis kahwin pensyarah dengan pensyarah, otak dah kong, entri pun dah melalut.



Maka, adios amigos!!

No comments: