Tuesday, June 15, 2010

Menjawab persoalan di chatbox

Terima kasih kerana sudi bertanya. Tapi kebanyakannya tak tinggalkan link, jadi agak mustahil untuk F cari balik. Takpe la. F balas kat sini.

fara;
siapa yg nyanyi lagu cerita coffeemate episode 3 tu ye?


Fara jugak bertanya di formspring, tapi F lama dah tak layan formspring. F kurang pastila siapa yang nyanyi lagu dalam cerita Nota Cinta tu. F k.i.v.[keep in vision] dulu soalan ni, bole Fara?? Sebab tak sempat nak cari. Dah jumpa, F update balik ok??


kid cudi;
camner nk buat "anda mgkin juga meminati" kt blog kita?

Yang ni senang je. Klik Link Within, dan akan terbuka satu tab. kid cudi perlu mengisi alamat emel, laman URL blog, platform blog [pilih antara Blogger, Wordpress (self-hosted), Typepad atau Other], dan pilih antara 3, 4 atau 5 entri yang mahu diletakkan di bawah entri terbaru anda kelak. Akhir sekali, klik Get Widget. Kalau tak silap, akan dapat kod nanti.


Harap itu dapat membantu.

No comments: