Saturday, June 12, 2010

Majlis Kahwin yang Sempoi!!

Tadi, menyempatkan diri ke majlis menyambut menantu di rumah pensyarah Fizik 2 F waktu semester akhir kat CFS dulu. Brother Wan Syahrum namanya, kahwin dengan pensyarah Matematik di tempat mengajar yang sama, yakni, Miss Linda. Heee. Dalam diam rupanya, siapa sangka, rupanya, mereka menjalin cinta.


Sumpah tak sangka yang pensyarah F yang dipanggil Sir ni, sudah pun berkahwin dengan Miss Linda. Oops, Madam Linda sekarang. Tapi, Madam tak kisah kalau masih dipanggil Miss. Heee. Tadi, bila tengok pasangan secocok, sempoi dan gila-gila ni berarak, rasa macam mimpi. Oh, Sir kami dah kahwin rupanya.



Majlis di pihak perempuan telah pun diadakan seminggu lepas di Klang, Selangor. Itu memang sah-sah la tak dapat pergi, sebab jauh. Tapi memandangkan dah ada majlis yang dekat, kena pergi la.



[1] Ke majlis tersebut selepas Zohor, bersama Shake yang datang jauh dari Kedah, Tiqah yang travel bersama keluarga ke sini sambil melawat kampung dan Wa kesayangan hamba.

[2] Ingatkan kami dah terlepas mereka berarak, rupanya, pasangan pengantin belum tiba lagi akibat kesesakan jalan raya. Kawasan situ jugak, ada banyak majlis kahwin yang lain jugak. Itu yang buat jalan jammed je.

[3] Pasangan Sir Syahrum dan Madam Linda lengkap memakai busana kuning keemasan.

[4] Cara menyambut Madam Linda oleh Sir Syahrum memang kaw-kaw. Dari jauh lagi, Sir Syahrum dah depakan tangan, lagak nak peluk isteri tercinta.

[5] Trend sekarang, kalau tak ambil gambar gaya kool memang tak sah. Gaya macam-macam dari pasangan pengantin.

[6] Sebelum berpisah dengan ahli keluarga, Madam Linda bersalam-salaman dengan mereka sambil menangis. Tapi mekap tak cair pun. Heee.

[7] Sebab kami students pengantin, maka bunga telur pun dapat yang istimewa punya. Heee. Suka..suka!!

[8] Kami tukang buat kecoh kat majlis tu. Lepas separuh bergerak pulang, dah rasa sunyi dah.

[9] Gambar dicilok dari Facebook Shake. F tak sempat lagi nak upload, Shake memang mantoopp la!!

Kredit pada Shake.
Gambar selanjutnya, klik sini.

[10] Perjalanan untuk pulang yang sepatutnya tak sampai setengah jam, mengambil masa hampir satu jam disebabkan kesesakan teruk di kawasan berkenaan.


Sekian dari F yang melaporkan berita kahwin untuk Fikah Mus!!

2 comments:

fityatun_syakirah said...

wahhh~~memuji nampak~

fikah © said...

fityatun_syakirah;
heee.shake.
sikit2 je.
memuji yang biase2 je.
heee.