Thursday, June 3, 2010

Kenyang dan Mengantuk.

Sejak dah pencen dari kerja ni, tahap makan memang up gila-gila, kecuali satu minggu tu je. Waktu mood kurang baik.



Tapi lepas tu, tak kiralah mood baik ke tak baik, perut ni dah tak pedulik dah. Memang kerja asyik nak minta suruh diisi ruangan yang kosong. Maka, makan memang tak henti-henti dah. Lepas sejam lunch, perut terus mintak lagi, dan terus memintak sehinggalah mata boleh lelap.



Oh, berat naik ke tak?? Entahlah weh, sejak kat rumah ni, memang tak pernah timbang pun. Ahhh!! Tak kisahla, janji sihat wal 'afiat lagi kan??



Tadi lepas beli-beli barang kat KB Mall, singgah makan kat D'Village. Makan sate entah berapa cucuk sampai tak ingat yang ko tu dah order nasi goreng ayam sekali dengan jus tembikai bersusu gelas XL. Haaa, amek ko!! Memang perut overload la weh. Kenyang yang amat..alhamdulillah.



Dah sampai rumah ni, kecenderungan nak tidur amatlah TINGGI ya kawan-kawan. Maka, dengan berat hatinya, saya undur diri untuk lelap dulu ya.



Selamat tidur, semoga ketemu kamu di mimpi ku nan indah!!

No comments: