Sunday, June 20, 2010

Kembali kepada hidup yang kurang normal.

Mungkin normal je, cuma F je rasa diri ni kurang normal sejak dua menjak ni. Dahsyatnya, semalam langsung tak update. Malas pun ada, otak kosong pun ada. Percayalah, dah lebih 10 kali masuk New Post, tapi idea semua tak tertaip. Yang bagusnya pulak semalam, rancak berkomen sakan kat Facebook. Kat sini, balas komen pun belum lagi. Isyh, pemalas betul.


Sekarang ni, entri memang live ya kawan-kawan. F tak tidur..emm sebenarnya lepas 'Isyak dah tidur, dan bangun jam 12.30 cam tu. Tak tengok bola dah malam ni, sebab tak rasa nak tengok dan tak ada peneman-peneman setia kerana esok hari kerja dan hari sekolah.



Siang tadi, gatal mahu bertempel dengan Abah dan Iwan. Keluar beli-beli barang sikit. Maka, dapatlah beli buku rujukan yang F mahu dan novel Hlovate 5 Tahun 5 Bulan. Dah baca, tapi saja nak baca lagi. Rupanya, ini dah cetakan yang ketujuh untuk novel ni. Hebat betul penangan Hlovate ni!!




Heee. Sempat rembat boyfriend's shirt satu. Bukan baju bf  F ya kawan-kawan?? Ini sejenis baju je. Biasalah, kalau dah namanya pun keluar dengan Abah, peluang nak beli apa-apa yang diingini sangat tinggi. Kalau dengan Mama, lagi tinggi kot. Tapi Mama tak ikut sebab tak larat.


Masih mencari tudung yang nak matching dengan baju ni. Lagi pun, baju ni semacam besar sikit, sebab itu je saiz yang paling kecil. Ikutkan hati, nak sambar yang kaler pink-grey, tapi Abah kata warna tu cliche. Ececeh bapak aku ni. Sekarang ni, dah amat-amat-amat menyukai baju pesen gini, sebab selesa tahu. Lepas tu, baju cam ni bukan jenis yang senang berkedut. Sesuai la sangat buat si pemalas nak iron baju macam F ni.



Ingat tak pasal entri lelaki idaman?? Suka gila bila dapat baca komen dari pengkomen-pengkomen. Yang menarik hati, dapat baca pendapat dari pihak sang lelaki. Maka, F buat status begini di Facebook :

kalau dah suka,mesti ke aku yang mula kan dulu????


Respons hangat jugak. Heee. Ada sesuatu di sebaliknya yang bisa membuatkan F senyum panjang dan hati tak keruan. Okey. Itu dah terlebih-lebih.


Dan terus senyum lagi sebelum tidur jam 4, selepas perlawanan bola England menentang Algeria. Sebabnya??

It's England vs Algeria.


Orang lain layan bola betul-betul. F layan perasaan. Hahaha. Takde la. Sibuk berbalas komen kat status F jam 2 pagi tu. Suka tu memang suka, itu Mr Crush zaman sekolah rendah. Kalau nak tahu siapakah gerangannya, sila rujuk sini.



Okeylah. Alang-alang dah dekat pukul 5 ni, mari kita tunggu Subuh sama-sama ya. Selamat pagi buta!!

5 comments:

kak ina kl said...

salam..amboi lewatnya tidur..bangun entah pukul berapalah tu?

macam di lamun cinta ajer kamu ni?

fikah © said...

kak ina kl;
salam akak.
heee.
tidur kejap sebelum subuh.
bangun subuh, dah tak tidur.

dilamun cinta??
cinta tu takla kot.
angau je kot.

Ery Farieha said...

hehehehe
respon hangat betol tu :P

fikah mus said...

Ery Farieha;
pasal entri lepas eh??
heee.
bese2 je.
kadang2 penat jugak nak kena fikir bnda2 remeh camni.

Benrauf 2.0 said...

England jadi pasukan picisan piala dunia kali ni.