Wednesday, June 16, 2010

Kau pandai cakap je, tapi hampeh.

Aku terfikir, [alahai asyik nak guna aku je nii...]aku asyik konon-konon bagi nasihat kat orang. Cakap itulah, kata inilah. Terlintas jugak kat benak fikiran ni, apakah jikalau suatu hari nanti, perkara yang sama terjadi pada aku, mampu ke aku ikut nasihat yang pernah aku bagi tau orang lain????!!!



Aku jadi takut nak bagi pendapat, nasihat, komen pada orang lain, tak kiralah sama ada aku kenal atau pun tidak. Memang kena fikir banyak-banyak kali sebelum aku klik publish ke apa. Boleh panggil aku hipokrit jika mahu, tapi itulah realitinya. Sebab kata-kata bila dibaca, boleh ditafsir dengan macam-macam cara. Boleh menyedapkan, bisa jua menyakitkan. Sama seperti di blog ni. Tak mungkin semua yang aku paparkan di blog ni, akan menggambarkan diri aku yang sebenar.Semestinya tidak. Mungkin dalam 50-60% saja kot.



Aku akui, aku mungkin setakat gempak berkata-kata, tapi aku mungkin hampeh je, habuk pun tarak. Aku takut kalau-kalau kata-kata untuk menyedapkan hati orang lain, memakan diri aku sendiri. Setakat di alam maya ni, aku mampu la untuk bagi nasihat itu dan ini, tapi aku tak pasti kalau bila dah bersemuka kelak.







Terfikir lagi, kalau ada jodoh dan rezeki untuk jumpa blogger-blogger lain, mampu ke aku bertegur sapa macam dunia blog ni??? Aku selalu tanya benda tu pada diri aku. Sebab aku budak Januari, dan antara ciri-cirinya, ialah reserved. Jenis memencil, walaupun aku rasa bukan semua macam tu. Tapi, itu memang terkena pada aku tau.



Jadi, sebagai intihanya [berlatih guna ayat2 BM skema balik sebab nanti nak kena belajar BM balik kat Kuantan nanti], saya [ceh, saya la pulak] hanya insan yang lemah, hina, daif. Yang biasa-biasa saja. Kalau ada tersalah kata, atau tak boleh terima apa yang saya cakapkan, tolong la tegur. Harapnya dapat ditegur dengan baik lagi berhikmah. Saya akan CUBA menerima.

4 comments:

a's said...

hehe,jgn malu-malu please! anna mmg suka tegur orang yg baru kenal,ni dah lama kenal apatah lagi!! hehehe..don't be shy

Kujie said...

salam
memang macam ni - dunia realiti dan maya berbeza

tapi jgn risau , semua org mcm tu..hehehe

kak jie dah pernah jumpa lebih 60+ kawan2 maya

fikah © said...

a's;
anna!!
sila sound saya kat kuantan kelak ok??

fikah © said...

Kujie;
macam tak caya je kak jie sudi jejak kat blog kurap ni.
entahla kak jie.
saya ni segan tak bertempat agaknya.
tak sabar nak jumpa blogger2 lain nanti.
tapi tak tahu bila.