Sunday, June 6, 2010

Hari Terukkah??

Semalam, memang tak larat nak buat apa-apa. Update blog jangan cakap la. Tak tahan nak mengadap lappy lama-lama. Pening yang teruk sampai buat F mual dan loya kot.



Tak tahu apa sebabnya. Sebab telur goreng malam sebelumnya kot?? F goreng, tapi biar runny sikit. That's always been my favourite. Lepas tu, baca kat ThePinkStillettos pulak pasal telur ni. Masih boleh dimasuki bakteria dengan cara-cara tertentu. Nak baca lagi, klik sini.



Sebelum Zuhur, memang muntah-muntah dah. Nasib baik sekali tu je. Pahit rasa tekakku ni. Maka, dah badan rasa lemah tak bermaya, tidur je la yang lebih semalam.



Tapi yang tak boleh blah, sempat jenguk blog orang lain dan layan FB kejap. Tapi kejap-kejap je la. Bukak lappy dalam 15 minit, lepas tu tutup balik. Tidur. Itu je rutin semalam.




Makan?? Memang tak boleh tahan bau apa-apa pun. Nasik memang tak terusik langsung. Ada lauk kegemaran, si ikan bawal memanggil-manggil, buat 'derk' je. Seharian tak makan apa pun, petang baru lapik perut dengan teh tanpa gula. Orang kata, elok untuk perut meragam. Loya pun hilang. Malam, makan cereals je. Haaa. Gila pelik makan malam F ni.



Sebelum tidur, nak cuci muka, nak berdiri kejap pun tak tahan. Nak pitam je kerjanya. Nampak la urat-urat biru kat tangan ni, teringat pulak masa kat CFS dulu, pernah gak jadi macam tu. Tanda tak cukup darah mengalir la tu. Memang ya pun, sebab waktu tingkatan 5 dulu, pernah buat check-up, tekanan darah rendah sebab kurang garam [sodium]. Itula akibat tak jaga diri sangat.



Oh, hari korang pulak macam mana??




p/s : Doakan Rachel Corrie selamat, terlepas dari kepungan si durjana israel tu. 6 orang rakyat Malaysia ada kat situ dan selebihnya rakyat  Ireland. Info selanjutnya, baca kat Mingguan Malaysia.

No comments: