Wednesday, June 9, 2010

Gusar

Siapa sangka, rupanya saya langsung tak boleh lelap. Sebab sebelum tidur, saya sempat membelek beberapa bab [sebenarnya banyak bab] Tunggu Teduh Dulu, nukilan Faisal Tehrani. Saya memang jenis yang sukar nak tidur selepas membaca. Biasanya, apa yang dibaca, terbawa-bawa ke dalam minda, maka tidur adalah hampir mustahil.




Rupanya, bukan itu sahaja, terlalu banyak perkara yang saya gusarkan. Tentang online offer letter yang belum diprint, printer dah rosak. Tentang yuran yang belum dibayar lagi. Perlu ke Bank Muamalat dengan Abah nanti. Memikirkan tentang kad pengenalan yang dibaharui sebulan lepas, belum terambil. Oh, sungguh menyerabutkan kepala otak ni. Sah-sah lagi tak boleh tidur.




Lagi parah, pabila perut rasa kejang tiba-tiba. Cuba diatasi dengan tenang kala keuzuran begini, sebab tekanan hanya memburukkan keadaan. Kurangnya tidur [tak tidur langsung sebenarnya], buatkan saya rasa nak pitam. Berdiri sahaja pun, pandangan mula kabur. Tambah-tambah, jadual makan kembali kacau-bilau. Selera dah hilang.




Oh..nampak gayanya, hidup perlu diatur kembali.

8 comments:

NiZaM Limited said...

uiks..nape ni cik fikah..demam ke. tak sedap hati ke..mcm bnyk je masalah tu..hm..
papepon kuatkan diri tu dan bersabar ye..cayok2..:)

fndrocka said...

tunggu teduh dulu tu nanti mak dia mati...pastu dia kawin dengan pekerja dia.(tetiba je).

balqis said...

smoga boleh tidur :)

helena's said...

cikhel pulak kalau bace buku lagi senang nak tidur/hahaha

fikah © said...

NiZaM Limited;
hidup ni tak sah kalo takde masalah.
heee.
thanks anyway.

fikah © said...

fndrocka;
a'ah.
dah tau.
heee.
sebab penah baca kat utusan dulu waktu jadik novel bersiri.
heeee.

fikah © said...

balqis;
heee.
dah dapat tidur dalam pukul 8,9 tadi.
lelap la barang 4,5 jam.

fikah © said...

helena's;
heeee.
sama jugak ngan F kalo buku tu buku study.
hahaha.