Sunday, June 13, 2010

Girls' Day Out.

Cakap girls, macam ramai pulak bunyinya. Heee. Sebenarnya, keluar berdua je dengan Tiqah petang tadi. Makcik sorang ni, memang suka buat benda tak terjangka. Orang dok tengah layan ulangan Crime Scene Investigation, tiba-tiba hantar mesej, "Jom keluar, aku dah on the way ke rumah ko." Lebih kurang macam tu la bunyinya.


Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai lagi si Tiqah ni. Rupanya, dia dah terlajak sampai ke airport kat Pengkalan Chepa nuh. Rumah F kat Kubang Kerian je kot. Tiqah pulak dari KL, dok rumah atuknya kat KB. Dalam 3.30 macam tu, sampaila dia. Hantar mesej kat Wa jugak, ajak keluar sekali. Rupanya, Wa dah memang kat KB dan nak pergi ke Tok Bali la pulak. Jadi, Wa tak dapat nak ikut.


F ni fail sikit bab-bab nak tunjuk jalan. Dah warning awal-awal dekat Tiqah tu. Kalau salah jalan, jangan mare haa. Dia ok je. Kami ke KB Mall je. Dua-dua tak larat nak jalan ke tempat lain lagi, sebab jalan sesak teruk. Musim cuti sekolah ni, normallah tu.


Lepak-lepak kat KB Mall, sambil usha-usha kasut, beg dan baju. Sebab ada sale, maka lagila syok nak usha. Tapi last2, tak beli pun. Dua-dua layan makan lagi best. Belanja Tiqah Oreo McFlurry dan kitorang gi borong roti kat bakery habis-habisan.


Tiqah nak shopping body wash kat The Body Shop sebab ada sale. Mulanya, dia konfiden sale tu lambat lagi habis. Sekali F tengok, hari ni dah last day. Cepat-cepatla dia masuk. Usha semua barang kat situ sambil pujuk-pujuk F beli barang mekap sekali dengan dia. Body wash tak terbeli, tapi sempat sambar lipgloss dengan eyepad. Heee. F tak beli apa-apa pun, sebab tak biasa sangat masuk The Body Shop. Itu pun, sekadar teman Tiqah je.


6.30 baru bertolak balik. Dah dua-dua ABC, maka kami tak kalut hal solat dah. Punya la konfiden tunjuk jalan kat Tiqah, nasib tak sesat. Dah dekat dengan Kamdar, baru kalut telefon rumah, tanya direction dari Mama. Lepas tu, smooth je. Tiqah dah mula master bab-bab jalan kat KB ni.


Sampai je rumah, terus mintak tolong Abah pulak, konpem kan jalan nak balik tempat Tiqah. Lukis peta segala la untuk ke Hotel New Pacific, sebab Tiqah tinggal kat area dekat-dekat tu je. Tiqah blah dan sempat peluk-peluk kejap, sebab esok dia dah nak balik KL dah. Dan lagi tiga minggu baru jumpa balik kat Kuantan. Insya-Allah.


Tiqah, terima kasih untuk petang yang memenatkan!! Enjoy gila lepak dengan ko!!

3 comments:

Madhiah said...

siyes ada sale? hahah. byk bndaa kena bli neh. heheh

fikah © said...

Madhiah;yup3.
kat kawasan dalam pacific tu.
gi la usha deh.

Anonymous said...

hahaha..best fikah..best...walaupon
singkat..hehe..
kite jln2 kat kuantan plak ek?hehe..
-atiq-