Tuesday, June 15, 2010

Cuba untuk jalani hidup sebaiknya...

Entahla weh. Aku asyik rasa nak komplen bila keadaan rasa tak elok bagi aku. Maaf entri kali ni terpaksa guna aku. Semalam aku tensen jap dengan parents aku. Bila ingat balik, rasa kelakar pun ada. Bukan apa, semalam kena marah dengan dorang, sebab aku letak fail sijil-sijil aku merata-rata. Tapi yang sebenarnya, dorang simpan. Last2, Ma ngan Abah aku marah manja masing-masing sebab dua-dua tak tahu siapa yang tersorokkan fail aku tu. Siap berbungkus dalam plastik hitam lagi tu.


Huuu. Lucu betul Ma Abah aku ni. Aku akhirnya merajuk kejap, sekali tensen dengan error kat borang online PTPTN tu, maka terus tidur awal. Pagi tadi, Abah kejut aku. Buat-buat comel gitu, sambil ajak aku setelkan hal kad Bank Muamalat untuk dapatkan nombor akaun dan pasal kad Bank Islam yang cipnya tak dapat detect. Asyik kena tendang je bila masuk mesin ATM.



Alhamdulillah, semua dah setel. Sempat ajak Abah makan roti bakar, yang mana beliau yang bayarkan. Terserempak dengan kawan Mama, sekali dengan anak laki dia. Gua sempat usha jap, hensem lor!! Heee. Gatal di situ ya. Makan-makan, siap telefon Iwan suruh habiskan roti bakar aku tu. Alahai, dah dekat pun dengan rumah. Tu pasal senang nak suruh dia datang.


Petangnya, ikut Abah gi ambil si Angah ni kat Pasir Puteh. Iwan pun ikut. Jalan macam biasa, masih sesak, maklumlah, cuti sekolah. Ramai orang turun Kelantan ni. Heee.


Itu yang bunyinya ala-ala hepi sikit. Bahagian sedihnya, aku tak dapat duit RM20 dari Instant Cash Blogging untuk Week 15. Itu la kali kedua dan terakhir aku buat. Sebab sebelumnya, asyik tak sempat. Dah dapat emel dari pihak Nuffnang, tapi emel tu menyatakan aku tak dapat untuk Week 14(a). Takpe la, dah takde rezeki, aku pun malas nak panjang-panjangkan perkara tu.


Sebab waktu tu, aku dah niat, dapat tak dapat, ko mesti redha. Yang penting, ko cuba. Tapi kenapa aku rasa emo semacam je?? Rasa nak nangis kuat-kuat je ni. Kamon F, kamon F, ko kena redha ok?? Jangan asyik nak komplen je.


Oh, kita dah dalam bulan Rejab ni. Elok tambahkan amal ibadat sunat dengan puasa sunat. Yang larat bangun pukul 2 pagi untuk bola tu, boleh buat tahajjud kejap. Kejap je pun, bukannya lama. Dan jangan lupa doakan untuk kesejahteraan semua umat Islam, terutama di Palestin, Iraq dan Afghanistan tu. Nak cadangkan baca entri dari kawan aku ni, Ainul, pasal seorang wartawan yang bercerita waktu dia ke Gaza dulu. Klik sini. Ayat mungkin simple je, tapi alhamdulillah, terkesan di hati aku yang semacam keras ni.


*berdoa agar ALLAH permudahkan segalanya..Amiin..*

10 comments:

kak ina kl said...

salam dik..ala tak ada rezeki kat project alpha..nak buat camner kan..

ooo nak belajar kat mana ek?

shasha said...

tertarik sgt dgn title kamu.. cuba untuk jalani hidup sebaiknya..

(:

btw, smbung blja kt mna ea?

Eza Rashid said...

wah,,,xpela,,,jgn sedih,,,nnt cube lg,,,siggah sni,,,nang blek erk,,thx,,

fikah © said...

kak ina kl;
mungkin terlalu berharap jugak kot kat PA tu.
takpe la.

lupa nak cakap, saya bakal ke uia kuantan.

fikah © said...

shasha;
kena cuba walau seteruk mana pun.
sebab kita tak tahu hidup orang lain mungkin lagi teruk drpd kita.

fikah © said...

Eza Rashid;
huhu.
sedih sikit2.
heee.

a's said...

don't be sad fikah! i'm always be there for ya..what friends for!!hehe

p/s:padahal diri sendiri tgh mood nangis-nangis which is u know why kan.sobs!

fikah © said...

a's;
semestinya.

lorh.
nangis eh??
takpe2.
nangis itu normal tuk orang yang ngah sedih.
even happy ppl cry, dear.

madhiah said...

kak pikah!

err. cane nuffnang tu? ape yg dpt rm20?

*sorry. money minded lah skrg. haha

fikah © said...

madhiah;
che mad!!
kak xreti la nak oyak gano.
gini,kuyah gi jenguk laman web nuffnag tu.
maybe,kuyah pehe sket.

no worries,kak pun money-minded gop.