Thursday, June 17, 2010

Bola, oh bola..

Seronok jugak rupanya layan bola ni. Persepsi selama ni yang selalu fikir, perlawanan bola sangat merugikan masa untuk ditonton, telah berubah 180 darjah, sejak terjangkit demam Piala Dunia FIFA 2010 di AFrika Selatan ni. Alahai, apasal rasa ayat macam skema gila ni??


F mula layan bola, dengan tengok perlawanan Korea Selatan hari tu. Yang lawan dengan Greece. Syok jugak tengok, sebab ada Park Ji Sung yang main untuk Manchester United tu jugak. Lepas tu, terus layan Argentina sekali, lawan Nigeria, tapi tak nampak sangat Messi untuk menyerlah.




Tapi, sekali diajak tengok Jerman lawan Australia, terus terjatuh cinta dengan Jerman pulak. Mula kenal si kaki rembat Klose, si Lahm yang berbadan kecil, Podolski la dan yang lain-lain. Iwan punya pasal la ni. Heee. Adik laki F yang sorang ni, memang best tengok bola dengan dia masa dia cuti-cuti sekolah ni. Kalau dengan Abah, kerja dia mesti nak hentam F je, Mama pulak senang terlelap walaupun awalnya dia yang beriya-iya nak tengok. Heee. Hoho. Lupa nak cakap, eksaited gila Jerman menang 4-0 tu, walaupun Australia main ganas gila dengan dorang.


Portugal lawan Ivory Coast, F macam bosan. Kejap-kejap jatuh, kejap-kejap main kasar. Orang kata, adatlah tu, tapi F tak enjoy langsung tengok match tu. Punyalah tak sabar tengok skills Cristiano Ronaldo, tapi masing-masing tak de rezeki. Seri 0-0, memang penat gila nak tunggu siapa akan jaringkan gol dulu.





Oh, pagi semalam, Brazil lawan Korea Utara. F sempat layan lepas tengok ER. Walaupun takde gol pada separuh masa pertama, tapi sumpah best gila dorang main weh!! Brazil, No.1 lawan Korea Utara yang No.204, kalau tak silap. Check kat laman web FIFA. Dah masuk separuh masa kedua, lepas Brazil shoot satu gol, F dah tak larat nak tunggu. Lagi pun, tak berteman pun. Semua masuk tidur awal. Maka, F blah untuk tidur jugak, dan pagi esok, tanya Iwan yang tengok highlights. Rupanya, Brazil menang 2-1.


Entah kenapa, masa tengok Sepanyol lawan Swtizerland, boleh jadi teremo sikit. Kesian betul, sebab Sepanyol banyak kali cubaan untuk gol, banyak kali terkam gawang Switzerland, tapi nasib takde la. F selalu bagi tau Iwan, bola ni pun, atas nasib jugak, selain skills para pemain. Sepanyol kalah 0-1 pada Switzerland, walaupun Fernando Torres dah masuk minit 58-60 macam tu, sudah berambut pendek rupanya, itu pun Iwan bagi tau, kalau tak, memang tak cam. Dan sepakan kejap-kejap kena tiang la, tersepak tinggi la.


Ish, terlebih sudaa ni. Tak sangka betulla boleh minat bola jugak, walaupun cuma untuk sebulan je dalam 4 tahun ni. Sekali-sekala je. Nampak gayanya, perlawanan jam 2 pagi ni, antara Afrika Selatan dengan Uruguay, F tak tengok kot. Takde teman la. Huuu.

5 comments:

Sarah Kushairi said...

Best kan bola ni? Sama la. Dulu pun tak sangka boleh minat bola.Kawan yang mencetuskan minat ni. Haha.
Start tengok waktu World Cup 2006. Terus sokong Germany dengan Ballack. Waktu Germany kalah dengan Italy, terus menangis. Naik bas menangis, pegi sekolah menangis. Hebatnya penangan bola ni. Haha.

It's never too late to discover the wonderful world of football. =)

Lovely Bella said...

GO BRAZIL!!!!!! :) lame x singgah sini... hehehe

fikah © said...

Sarah Kushairi;
wah!!
dahsyatla sarah!!
heee.
tahun 2002, layan main2 je.
tahun 2006, dok asrama.
macam susah nak tengok.
tapi hostel dak laki belh je tengok.
takkan la nak pecah masuk sana kan.
heeee.

tahun 2010 baru macam tengok betul2 sebab geng ngan adik laki.

fikah © said...

Lovely Bella;
Go BRAZIL jugak!!!!!!!!
rindu akak.
akak bz eh?
samala kita.

Aku Memang BeGiNi said...

ha, baru tau, akak siap joint peraduan and buta buku skrap pasal fifa 2010.adoyaiiii, korea utara kene belasah ngan portugal samapi 7-0 tuh..ish2..cam bukan piala dunia lak..sebab senang betul potugal rembat bola, almaklum, dendam thn 1966, sape tak hingat