Monday, June 14, 2010

Bila hidup kurang normal, berlagak jadi pakar cinta??

Kurang normal?? Macam pelik ja bunyinya. Nak kata kurang tu, tidaklah sangat. Biasala, kita exaggerate sikit hari ni. Tak boleh nak lelap dah lepas habis sepinggan nasi berlaukkan ikan bawal goreng dan bergelas-gelas teh ais, sambil layan Jerman menang 4-0 ke atas Australia, dengan Abah, Mama dan Iwan.




Sebab semalam penat date ngan makcik sorang tu, maka tidur pun seawal waktu 'Isya' kalau tak silap. Dah nama pun ABC, jadi tidur memang tak sedor-sedor dan terlepas makan malam. Nasib baik dah hentam roti kaya dengan roti sardin waktu layan Algeria vs Slovenia kejap. Takde la kebuluran sangat.




Maka, nak dijadikan cerita, sebelum nak terlelap tu, menyempat bermesej dengan si Tiqah tu, yang mana last2, tertidur dan terus tak sedar. Terjaga jam 12++ tengah malam, sebab agaknya dah rasa cukup tidur, takpun sebab terkejut dengar bunyi mesej masuk.




Rupanya, kawan baikku ada masalah dengan balak dia. Konon-konon dah cukup menuntut ilmu doktor pakar cinta dari incik Zack, maka tolong-tolong la dia sikit. Mesej-mesej sahaja sebab kawan tak banyak kredit nak call, dan F sendiri pun tak larat nak bercakap dalam kemamaian tahap pertengahan tu.




Masalah tak besar sangat pun. Kawan tu cuma nak ada orang di samping dia je. Dia tak cakap, tapi boleh rasa yang dia perlukan seseorang. Kalau kat hostel, boleh je nak cakap muka ke muka, sambil tengok dia menangis melalak ke apa. Tapi melalui telefon pun, kita jugak boleh membantu.




Beb [untuk kawan F tu, tak tahula dia baca ke tak blog ni], dalam satu perhubungan, kena banyak tolak ansur. Aku mungkin bukan orang yang sesuai sangat nak bagi nasihat cinta segala, sebab aku masih lagi single. Tapi aku tengok masalah ko dari pespektif seorang kawan, dibantu dengan pengalaman aku sikit-sikit terhadap kawan-kawan lain yang berteman.




Masalah memang tak besar, tapi bila tercampur adukkan dengan masalah lain, memang berisiko untuk ke arah berakhirnya perhubungan. Aku tak nak tengok ko kecewa lagi, macam kat sekolah dulu. Aku nak ko bahagia je, dan jika diizinkan Allah, kekal sampai ke jinjang pelamin, kekal sehingga ke akhir hayat.




Aku harap ko dah ok, sebab aku jauh sekarang ni. Aku mungkin bukan depan ko, yang dapat peluk ko, dapat sandarkan bahu aku, dapat lapkan air mata ko. Tapi, aku harap sangat-sangat sekurangnya, kata-kata aku dapat melegakan fikiran ko yang tengah serabut tu. Dan jangan bimbang, sebab ko selalu ada untuk aku, maka insya-Allah, aku akan sentiasa ada untuk ko, walaupun aku akan ke Kuantan dan ko akan ke Gombak.




Aku sayang ko, beb. Jaga diri.






Okeyh. Siapa lagi nak nasihat bab-bab cinta lagi ni?? Meh sini. Heee.

12 comments:

nursarah said...

germany tetap GAH tanpa Ballack. yeeha

fikah © said...

nursarah;
yup3!!
mantap betul si Lahm tu.
perancang gol.
Podolski n Klose tukang rembat.
Ballack boleh rilek2 je, tak payah nak runsing2.

Kie-yu said...

hwee~
jadi doktor pakar cinta mcm lagu yusry kru tu eh..

fikah © said...

Kie-yu;
a'ah la.
patutla rasa macam familiar je sebut doktor pakar cinta tu.
yang daus nyanyi masa final af8 ritu.

kakinakl said...

amboi..boleh jadi pakar kaunseling tentang cinta ek

a's said...

fikah memang seorang dokter pakar cinta!
i love you babeh

sayang said...

ni doktor cinta ni ! hehe

Jantan Keparat said...

slmt syg menyayang!

fikah © said...

kakinakl;
heee.
takdela akak.
sekadar kawan tolong kawan je ni.

fikah © said...

a's;
hahaha.
i love you too, darl!!

fikah © said...

sayang;
hehe.
besar sangat title tu.
kena banyak tuntut ilmu lagi ni.

fikah © said...

Jantan Keparat;
jom3!!