Monday, June 7, 2010

Best Bits of Project Alpha Season 2

[1] Instant Cash Blogging.

Terasa kehangatan menunggu apa la tajuk baru akan keluar dan bila masanya akan keluar. Yang ni, rasanya semua blogger ternanti-nanti kot, sebab masing-masing nak rebut peluang untuk mendapatkan RM20 untuk setiap topik.



[2] Featured Bloggers.

Yang ni toksah banyak cerita, kebaikan Project Alpha ni, mendekatkan blogger dengan blogger lain. Pada masa yang sama, buat blogger-blogger baru, inilah masa dan peluang yang patut diambil untuk mendapatkan tips sebanyak mungkin dari blogger-blogger terkenal. Tak lupa juga, kami boleh mengenali blogger-blogger terkenal ni dengan lebih dekat lagi. Maklumlah, tak kenal maka tak cinta kan??


Sekarang saya makin kenal siapa itu Ninie Ahmad, Azwan Ali [ini semua pun kenal], Shaolin Tiger, KY, Niki Cheong, Cheesie dan Joe Lee.


[3] Project Alpha at Ruumz.

Yang ni, memang semangat saya sertai. Walaupun terlepas banyak hari, saya cuba juga nak jawabkan semua soalan untuk semua episod. Memang penat menunggu video loading sampai habis, tapi sangat berbaloi. Sebab selain menghiburkan hati melihat pelbagai telatah blogger-blogger terkenal ni, saya juga dapat cari jawapan untuk setiap soalan yang ada.


[4] Project ALpha lebih dikenali.

Dengan tersiarnya Project Alpha Season 2 di Hitz.fm saluran 705 Astro, orang ramai dapat mendekati dunia sebenar seorang blogger terkenal. Harapan saya, suapaya PA ini akan disiarkan di saluran utama TV yang lain.



47


48


49


50 [EPISOD AKHIR!!!]




Saya percaya, dengan berakhirnya Project Alpha Season 2 ini, ramai di antara kita akan mula merindui saat-saat bersama PA ini. Tak lupa juga, mesti ramai yang berdebar-debar juga, nak tahu siapakah blogger-blogger lain yang bakal terpilih pula ke PA Season 3. Kita nantikan sahaja, ya!!


Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

No comments: