Thursday, June 24, 2010

Rehat berblog.

Sehari dua yang lepas, banyak benda yang berlaku. Segalanya kat Facebook, memang syok layan Facebook bila kena masanya. Tapi, layan Facebook sekarang, tak adala seketagih dulu. Awal-awal dulu, main tag gambar la, main games yang pelbagai tu, komen macam-macam. Sejak dua menjak ni, tag nama kat status, dan borak sakan la kat situ.


Dunia blog pun tak ketinggalan sama, macam-macam dah berlaku. Tapi, F bukanlah orang yang sesuai untuk mengulasnya. F serahkan saja pada yang pakar dan lebih berpengalaman.



Okey la, malas nak buat karangan, kita main poin-poin saja ya.


1. Idea untuk berblog memang ada je tersimpan, tapi disebabkan mood yang tak menentu, maka dunia berblog F tinggalkan sekejap. Takkan la ada orang rindu kot.


2. Tapi tak bermakna F hilangkan diri terus. Walaupun tak keluarkan entri, F jalan-jalan kat merata-rata dunia blog ni. Kadang-kadang, ada tinggalkan komen, kadang-kadang, tak. Kalau ada idea, memang sumbangkan jugak buah fikiran kat ruangan komen tu. Tapi bukan apa, F takut tersilap kata, dan sekarang ni, lebih dan sangat berhati-hati dalam melontarkan pemikiran.


3. Siang tadi, sepatutnya ada perjumpaan semula rakan-rakan sekolah rendah, tapi memandangkan F dah ada komitmen lain pada hari ini [Khamis, 24 Jun], F tak dapat pergi. Takkanla nak keluar lagi. Lagi pun, nanti akan menyusahkan Abah lagi.


4.  Korea Selatan dapat masuk ke pusingan kelayakan yang seterusnya!! Seronok gila. Tapi persembahan permainan Korea Selatan menentang Nigeria tu, sedikit mengecewakan. Macam serba tak kena. Nasib baik dapat seri, kalau tak banjir la rumah ni dengan air mata sebab kecewa.


5. Kejap lagi, pasukan kegemaran F yang lagi satu, Jerman, akan lawan Ghana. Mesti kena menang jugak!! Tapi tak stay la kot, sebab esok pagi nak ronggeng.


6. Jam 11 pagi, nak jumpa kawan-kawan sekolah menengah kat Kota Bharu. Tak tahula berapa ramai yang akan datang. Aktiviti pun dirahsiakan oleh Big Boss sebab katanya nak buat kejutan. Layan kan aja la. Heee.


7. Kurang dua  minggu lagi, F bakal mendaftar di Kuantan. Barang-barang masih bersepah-sepah dan letaknya merata-rata. Belum bersedia nak packing lagi.


8. Sebelum ke Kuantan, ingatnya nak lepas gian sakan, buat Biskut Cip Coklat, brownies, Oreo Cheese, puding roti. Resipi ambil dari blog-blog je, sebab dorang bagi resipi yang super duper mudah. Harapnya sempatlah.


9. Headphone kesayangan dah separa rosak. Separa rosak sebab bahagian sebelah kiri dah tak boleh dengar. Yang kanan je okey. Iwan punya pasalla ni. Nak beli baru, F bukan takde duit, tapi dah nak masuk musim belajar balik ni, kena belajar simpan duit.



Itu sahaja dulu ya.  F sekarang ni mood sangat tak menentu, asyik rasa down je. Kalau F ter'emo' dekat sesiapa, minta ampun dan maaf banyak-banyak la ya.

5 comments:

Hapiz Rahman said...

jalan-jalan carik makan kat sini.. :) nice blog!

Aku Memang BeGiNi said...

macam merajuk je..huhuhu..tu la dulu addict kat Fb gak, spi tak berkelip mata tgk PC...

a's said...

we are in the same phase my dear!

btw,i don't know what to bring/prepare lah.nak bawak apa ya?fikah ada study apa2 ke?nanti kita coursemate lah!weeehuuuuuuuu

shey said...

alamak , fb mcm da bosan je skrg , ngeh ngeh

crystalchess said...
This comment has been removed by the author.