Thursday, June 10, 2010

Aturcara Hidup

Arghhhhhhhhhhh!!!! Cuak, cuak dan cuak je setiap hari bila fikir akan memikul tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu Sains, kurang sebulan dari sekarang. Tiap-tiap masa, tak kiralah tengah makan ke, tengah tengok tv ke, tengah baca novel ke, fikiran F hanya tetap berkenaan hidup di universiti.




Gusar memang sangat gusar, sebab hidup di uni tak sama dengan duduk kat rumah atau kat sekolah asrama dulu. Lagi mencabar dugaannya. Nak kena sesuaikan diri dengan suasana baru, tempat baru, cara pembelajaran yang baru. Semua barulah kiranya.



Maka masa yang ada ni, kena dah mula buat list. List yang macam-macam.


[1] Borang online offer letter semua dah selamat diprint oleh Mama kat tempat kerja. Oh, dan sudah selamat diisi jugak.


[2] Bayar yuran masuk RM310 kat Bank Muamalat. Ini belum lagi. Sebab Abah sibuk dengan tugasan baru sejak masuk bahagian siasatan.


[3] Ambil IC baru!!! Syok nak tengok IC baru tu, sebab nak tengok betapa bezanya muka F ini, berbanding muka muncung sedepa 8 tahun lepas.


[4] Belajar!! Kawan-kawan yang kos kritikal tu, nasihatkan supaya belek-belek la buku sikit. Supaya kat Kuantan nanti tak kena shock. Study shock. Dahla F ni sangat2 la last minute. Hish, kena buang dah tebiat tuh.


[5] Habiskan membaca novel Tunggu Teduh Dulu. Dah lebih separuh pun. Esok tu, habisla kot.


[6] Perancangan kewangan. Menabung di ASB. Kena simpan lagi banyak duit kat situ. Mungkin bila dah cash-out duit Nuffnang dan YouthSays, simpan kat situ jugak kot. Buat bekal nak kawen. Hee. Gatal!!


[7] Buat biskut coklat cip, sebagai bekalan ke Kuantan. Hahaha. Ambil resipi hari tu dari Kak Ina. Dan sangat menjadi!! Sedap gila weh!!




Nampaknya, itu je la dulu. Ciao~~

4 comments:

realiti.. said...

kehidupan di uni adalah kita sdri yg mencoraknya..nk enjoy..enjoylh jdnya..nk aktif berpesatuan..jd gk..nk jd dak mls pas2 1st sem dh kne tendang..pun jd gk..mcm2 bleh jd..kehidupan di uni adalah kita sdri yg mencoraknya..nk enjoy..enjoylh jdnya..nk aktif berpesatuan..jd gk..nk jd dak mls pas2 1st sem dh kne tendang..pun jd gk..mcm2 bleh jd..

Hapiz Rahman said...

apa-apapun good luck!

http://cintahatikamu-novelonline.blogspot.com

fikah © said...

realiti..;
yup3.
tak dapat nak decide nak buat apa.
mungkin belajr je.
enjoy pun sikit2 je berbanding kat foundation.

fikah © said...

Hapiz Rahman;
thanks!!!