Friday, June 11, 2010

Anda tahu anda bosan tahap gaban apabila....

anda buka tutup, buka tutup blog anda tanpa ada tujuan. Saja nak jenguk-jenguk, padahal tak buat pun entri baru, tak balas pun komen orang.


anda mula melalak seorang diri dengan tiba-tiba dalam bilik. Kalau anda ikut menyanyi lagu yang dipasang, tak mengapalah, tetapi, ini dengan tak semena-mena, membuat latihan vokal ala-ala Akademi Fantasia.


anda menyangkut beg silang di tengkuk anda sambil menunjuk duit gaji anda. Sempat merayu-rayu siapakah yang boleh tolong beli roti canai di kala perut anda kebuluran yang amat.


anda mula mengelilingi sofa yang adik lelaki anda sedang lepak sambil menonton bola sambil menyebut "Aaaaaa...!!" tanpa henti-henti. Sah, anda saiko.


Oh, F la tuh.


p/s: semua yang di atas hanyalah main-main sahaja. Tidak pasti jika kajian saintifik telah diadakan berkenaan perkara di atas.


Mak oiiii!!! Bosannya!!!

3 comments:

sayang said...

post anda mmbuatkan saya gelak di malam hari !!

anda mula mengelilingi sofa yang adik lelaki anda sedang lepak sambil menonton bola sambil menyebut "Aaaaaa...!!" tanpa henti-henti. Sah, anda saiko.

bhahaha !
thx !

fikah © said...

sayang;
no biggie.
memang siyes boring gila,itu yang buat macam tu.
heee.

Zinedine Zaiddin said...

Anda tahu anda boring bila anda duduk seharian kat opis, main internet duk surfing internet sambil taip random keywords...

...dan drop comment kt sebuah entri yang dah hampir setahun enam bulan usianya =o=

mai le melawat blog saya. lol