Wednesday, June 9, 2010

Anda Lapar??

Ini ada bento, kimbap dan bibimbap. Dengar nama pun dah pelik semacam kan?? Apa kenama la pulak benda alah tu?? Semua tu ialah jenis makanan.





Bento tu dari Jepun, klise la bagi budak-budak sekolah untuk bawa bekal dari mak ayah dorang, yang dihiasi macam-macam. Kreativiti yang tak terbatas diaplikasikan kat situ.




Kalau siapa layan drama Jepun Hana Yori Dango, mesti tahu antara sebab bento dihias sedemikian rupa; untuk menaikkan semangat si anak yang tengah belajar kat sekolah tu. Tapi kalau tak silap, ini tak terbatas untuk pelajar je, ada jugak galpren buat untuk boipren. Terpulanglah.




Bento ni bukan kat Jepun je ada, kat tempat lain pun ada jugak. Cuma dengan nama lain - Baon [Filipina], Dosirak [Korea], Biandang [Taiwan] dan Tiffin [India].






Kimbap [gimbap] pulak, ialah sushi versi Korea. Lebih kurang macam sushi sebab guna nasi yang diletakkan macam-macam inti - isi ketam, sayur, tuna, dan dibalut dengan kepingan rumpai laut yang dipanggil gim. Gulung guna tikar khasnya, lepas tu dipotong-potongkan.



Gim tu merujuk pada kepingan rumpai laut yang telah disalai, bap pula merujuk pada nasi.





Kalau nak tahu, kebanyakan orang yang bekerja di Korea yang sibuk, lebih suka beli kimbap ni untuk isi perut dulu. Sebab kadang-kadang dorang tak sempat nak makan tengah hari yang betul-betul lengkap. Maka, makanlah si kimbap comel semua ni.





Bibimbap ialah sejenis nasi campur, tapi bukan macam nasi campur kat sini ya. Pakar kesihatan kat Korea, dan ada juga di Barat, mengatakan bahawa bibimbap ni antara makanan kesihatan yang terbaik kat dunia ni. Iya la, lengkap dengan macam-macam.



Bukan setakat nasi dan sayur yang dipotong halus-halus je kat situ, boleh tambah lauk-lauk lain dan gaul sekali. Tak lupa jugak letak pes cili dan minyak bijan [F kureng sket dengan minyak bijan ni, pasal tak tahan baunya]. Lepas tu, korang hentam la gaul habis-habisan.



Bibimbap ni, diibaratkan lebihan makanan yang ada, dicampur semuanya sekali untuk mengelakkan pembaziran. Lebihan ya kawan-kawan, bukan sisa-sisa lepas makan tu. Itu cerita lain dah.



Mana nak cari?? Kat restoran yang berasaskan makanan dari Korea dan Jepun, semuanya ada. Tapi mesti kena cari yang halal. Rasanya, kebanyakan pun dah ada sijil pengesahan halal.


Takpun, bibimbap tu, cubalah buat sendiri dengan selera tekak Melayu kita ni. Guna nasi lemak ke. Letak nasi lemak [nasi sahaja] dalam mangkuk besar, tambah sambal dengan ikan bilis, campur dengan timun yang dihiris halus, tak lupa jugak telur rebus. Lepas tu gaul. Mak aih. Terliur pulak nak makan.


Kredit :
seperti ditag.
GoogleImages [bento, bibimbap, kimbap]

15 comments:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

bagi kat budak2 yang susah nak makan sayo bagus nih...hehe..tapi comel lah pulak..macam sayang nak makan..hehe

syufaa said...

nmpk cdappp..tingin nak ase kimchi..sdap ke ehh..

NiZaM Limited said...

wah2..obento..daisuki desu..tp tak pnh pon mkn bento2 ni. hehe..

thanks for the info..tau gak psl makanan lain yg pelik2 ni..:p

papepon jgn terlalu tertarik dan terus cuba makanan ni kat restoran2. tgk dulu restoran tu ada tanda halal ke tak..org skrg ni ske men redah je..=p

fndrocka said...

gilalah beb...comel gilo.
aku yang rock(konon) pun boleh cair dengan kecomelan mkanan...ni kalau nak makan puas amik gamabr dulu.kui3

Latest Entri : Remy Ishak sebuah gitar akustiki

Lindy said...

I love kimbap and bibimbap! Super delicious. :D

Nurul Zaty said...

lapaqqqq..
fikah, nnt kt kuantan
jom kita wat sushi ke sama2..heee

msti besh kan,

fikah © said...

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤;
betul3.
kita buat sayur nampak comel.
heee.
tapi kalo perut dah lapar, telan je.
heee.

fikah © said...

syufaa;
nak kata sedap ke tak tu, F pun tapenah cuba lagi.
jom kita cuba buat sendirik.
heee.

fikah © said...

NiZaM Limited;
bento tu penah makan kat mid.
beli kat situ je, tapau wat balik.

tapi seoul garden & sushi king, rasanya dua2 halal.

fikah © said...

fndrocka;
a'ah.
betul tu.
amek gambar puas lu, baru sedia nak makan.

fikah © said...

Lindy;
you've tried???
i wish i could, too, someday.

fikah © said...

Nurul Zaty;
heee.
tingat kenangan makan bento ngan ang.
wat sushi??
jom3.
kalo sudi lepak lagi ngan budak sains ni.
heeee.

Su'ai Ysff (onyx_myc1510) said...

lapar plak rse.. haha!! XD

fikah © said...

Su'ai Ysff (onyx_myc1510);
heee.
comel sangat ni, sanggup makan ke??

Su'ai Ysff (onyx_myc1510) said...

kalo da lapar makan je.. haha!!! =P
colourful, beautiful and most importantly,,, im FULL~~!! XD