Monday, June 28, 2010

Double awards!!

Malas nak cakap panjang, sebab tiba-tiba je waktu nak buat entri ni, dapat mesej yang tak menyedapkan hati daripada kawan F. Kesian dia. Jadi, F cuba buat seringkas mungkin untuk entri ni.


Award pertama dari cik Ney.



1. Anda mesti beri pujian padaa pemberi award ni

Terima kasih banyak-banyak la cik Ney sayang. Sudi bagi award kat blog tak seberapa ni. Cik Ney ni orangnya bijak, cantik manis lagi, oops, jangan main-main, dia sudah pun berpunya tau.


2. Sila beri award kpd 10 blogger yg laen..

 Sesiapa yang membaca entri ni, dan sudi menerima award ni, ambil sahaja ye. F tengah rushing sekarang ni.


3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni

Dah buat pengumuman kat atas tu. Silakan ambil, jangan segan, F tak marah punya.


4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great??

Blog ni biasa-biasa saja. Best atau tidak, bukan F sendiri yang tentukan, para pembaca la sebagai cermin blog F ni. Kalau dorang rasa best, dorang baca, tak best, F minta ampun dan maaf sangat-sangat la, sebab F ni masih banyak kekurangannya. Terima kasih, buat yang sudi membaca blog yang banyak merapu ni.




Award kedua pulak daripada Izzaradhiah



1. Adkh anda rasa hpy skrng?hurm, biasa-biasa saja.


2. Kenapa anda rasa hpy?
entahla, bergantung pada keadaan.


3. Apk yg boleh membuatkan anda hpy?
kalau dapat date dengan yang tersayang.


4. Pernah anda menerima tag?
ya, pernah.


5. Nyatakan warna yg anda suka?
macam-macam warna nampak ok je pada mata F.


6. Beritahu 9 orng yg anda TAG
F tak larat la nak tag orang. Sesiapa mahu, ambil je.

Sunday, June 27, 2010

Thank You!!

it feels so good knowing that a lot of people actually care about you in their very own ways. i am more than grateful.



Thanks for all the concerns, endless support, beautiful words to cheer me up. Yeah, it's not the end of the world yet. So, why bother to sulk and isolate from the public, I asked myself. Rather than isolating, I would prefer to call it 'hibernating'. LOL. I just want to have a good rest and ponder over everything that happens around me.


I am one lucky girl, to have such a blissful family, awesome friends and YOU, by my side, even I am merely a stranger to some of you. Even the thing is just me, ending the crush feeling to that used-to-be-special someone, I was blessed with lots of love from all of you. I wonder if I happen to face a break-up, I should not be scared of being left alone, because I have lots of wonderful people to accompany me. I thank all of you for that.


Lots of things had happened, but too bad, I felt emotionless. I am not sad, not happy either. How I wished I could just cry my heart out, or at least laugh like there's tomorrow. But I didn't. *sigh*


Anyway, I appreciate every comment in the previous entry, and some even cracked me up!! I'll share them later. Right now, I am going to give extra care to myself, and YOU, too, got to take care of yourself, okay??



THANK YOU!!! *bow*


p/s:

All the comments, for sure, would be replied later.

And dear ney and izzaradhiah, thanks for the awards!! I would post an entry [or two] soon.

Friday, June 25, 2010

Goodbye, Mr Crush!!

I bid you a big time farewell, dear Mr Crush. I guess it's time to put an end to every stupid crushes that I ever had on you. This, has really to stop. Enough is enough, I say.



Yeah, I know, I sounded like I gave everything up too early, while I didn't even try to confess. But, yeah, I did. I don't want to confess, I don't want to give any hint anymore to you. I'm so freaking tired of all these. I ran out of my energy, every time I tried to figure out new ways to open up to you.



It's not easy at all, when I first thought that I could make this happened. But no worries, I won't anymore. I won't do anything more to continue this kind of crush.



Oh, right now, I should put my family and friends first, and not forgetting my blog. The only place that I could share joy and sorrow almost with everyone.



Dear Mr Crush, regardless who you are, if you happen to read this, I want to say, I really want to forget everything about you. But I just can't, not too sudden. Just, next time you see me, treat me well, as a friend, would you??



Right now, all my courage and confidence to face you, are just fading away. And I'm too weak to chase for that anymore. I guess, I'm too lazy for everything.



Goodbye, Mr Crush. I wish to hear good news from you, that you have finally found someone to be placed in your heart.

Thursday, June 24, 2010

Perjumpaan kawan-kawan lama

EDITED & UPDATED!!
p/s: currently in a serious bout of cold. pray for me~~


Omputeh paggil reunion. Perkataan yang paling biasa digunakan bila kawan-kawan lama dari sekolah atau tadika atau tempat kerja sekali pun, nak meronggeng beramai-ramai. Tak boleh nak cerita panjang, sebab tak de gambar sangat yang nak diletakkan. Maka, kena tunggu bos besar F muat naik gambar ke Facebook nya, barulah boleh buat sesi mengepau. Huuu.



Tak sangka ramai jugak yang datang. Yang perempuan ada dalam 5 orang je, iaitu F tersayang [maaf jika termuntah], Aina, Sue, Ah dan Elly. Yang lelaki, asalnya bilangan rasanya biasa-biasa je. Tapi lepas Zuhur tu, dah makin bertambah. Ingatkan terlajak sebab layan Jerman pagi tadi kot.



Rancangan asal, nak main boling. Jadi, sementara tunggu giliran [sebab ramai orang yang buat reunion jugak tadi], bos besar, yakni Hafez, arahkan kitorang cari apa saja hadiah, dengan bajet lingkungan RM 1 hingga RM 5. Sebab nanti akan ditukar-tukarkan. Tak sangka betul pencarian hadiah tu, boleh jadi sangat menerujakan, sehingga kitorang terlepas giliran main boling. Nasib baiklah belum dibayar lagi.



Perancangan banyak lari. Maka, sebab mulut F bising campur dengan perut main irama rock [tak sempat nak sarapan kat rumah], kami makan dulu. Kiranya, brunch la kot, sebab dah pukul 1 petang. Untung bos besar pilih tempat tersorok sikit, sebab kami memang kecoh-yang-amat-sampai-F-rasa-semua-pandang-dan-ada-yang-siap-sound2-lagi.


I am not into Spongebob thingy, but
at least the gift made my day.
Thanks, KP!!


Habis makan, tukar-tukar hadiah, ikut cabutan nombor. F dapat hadiah dari KP, dan hadiah F yang comel molek itu milik incik Faiz [incik Faiz, saya tahu anda akan membaca entri ini, maka sila muat naikkan gambar hadiah saya pada awak ya..]. Respek sama bos besar, sebab minta kami diam sebentar dan sedekahkan al-Fatihah buat ibu atau bapa kawan kami yang lain, yang telah meninggal dunia. Rasa emo dalam hati, sebab rasa macam baru semalam berkenal sapa dengan ibu atau bapa kawan-kawan tu.



Kemudian, gerak untuk solat Zuhur. F dengan Ah dan Elly je, sebab Aina dan Sue dah solat sebelum makan. Tiba-tiba, Aina telefon, cakap senior yang F pernah crush kejap-kejap dulu, ada kat tempat kami tu. F pun bagi tau, kalau F jumpa, sah itu jodoh. Gurauan semata-mata pada Aina. Ohhh, masin mulutku, memang terserempak la dengan Mr Q tu, tapi sangat mustahil nak tegur sebab dia mungkin tak kenal F. Oh, dia masih hensem macam dulu-dulu.


Kenapalah baru terperasan Versus dah ada kat Popular tu??
Ke baru letak je??
Cetakan pertama hingga keempat - April 2010
Cetakan kelima - Mei 2010


Habis cerita kasih tak kesampaian. Hahaha. Lepas solat, kitorang betul-betul berpecah, bawa haluan. F sempat lepak kedai buku Popular, rembat majalah Cosmopolitan edisi Julai, novel Versus dari Hlovate dan novel Baju Pengantin Mak Andam [kalau tak silap]. Nasib bawa kad ahli, sebab rasa macam duit tak cukup. Dapatlah potongan harga.



Mak aih, Macam mana nak menghabiskan novel-novel itu semua, tambah lagi nak kena refresh minda balik, dengan belajar Organic Chemistry. Kemas barang pun belum, dengan bilikku yang habis bersepah. Nampak gaya hidup F betul-betul perlukan jadual ni. Kalau tak, kucar-kacir alamatnya.



Samapi kat sini dulu. Dah macam karangan PMR dulu la panjangnya pulak. Jaga diri, dan selamat malam!! Orang Jepun kata, "Oyasuminasai, minna-san!!"

Rehat berblog.

Sehari dua yang lepas, banyak benda yang berlaku. Segalanya kat Facebook, memang syok layan Facebook bila kena masanya. Tapi, layan Facebook sekarang, tak adala seketagih dulu. Awal-awal dulu, main tag gambar la, main games yang pelbagai tu, komen macam-macam. Sejak dua menjak ni, tag nama kat status, dan borak sakan la kat situ.


Dunia blog pun tak ketinggalan sama, macam-macam dah berlaku. Tapi, F bukanlah orang yang sesuai untuk mengulasnya. F serahkan saja pada yang pakar dan lebih berpengalaman.



Okey la, malas nak buat karangan, kita main poin-poin saja ya.


1. Idea untuk berblog memang ada je tersimpan, tapi disebabkan mood yang tak menentu, maka dunia berblog F tinggalkan sekejap. Takkan la ada orang rindu kot.


2. Tapi tak bermakna F hilangkan diri terus. Walaupun tak keluarkan entri, F jalan-jalan kat merata-rata dunia blog ni. Kadang-kadang, ada tinggalkan komen, kadang-kadang, tak. Kalau ada idea, memang sumbangkan jugak buah fikiran kat ruangan komen tu. Tapi bukan apa, F takut tersilap kata, dan sekarang ni, lebih dan sangat berhati-hati dalam melontarkan pemikiran.


3. Siang tadi, sepatutnya ada perjumpaan semula rakan-rakan sekolah rendah, tapi memandangkan F dah ada komitmen lain pada hari ini [Khamis, 24 Jun], F tak dapat pergi. Takkanla nak keluar lagi. Lagi pun, nanti akan menyusahkan Abah lagi.


4.  Korea Selatan dapat masuk ke pusingan kelayakan yang seterusnya!! Seronok gila. Tapi persembahan permainan Korea Selatan menentang Nigeria tu, sedikit mengecewakan. Macam serba tak kena. Nasib baik dapat seri, kalau tak banjir la rumah ni dengan air mata sebab kecewa.


5. Kejap lagi, pasukan kegemaran F yang lagi satu, Jerman, akan lawan Ghana. Mesti kena menang jugak!! Tapi tak stay la kot, sebab esok pagi nak ronggeng.


6. Jam 11 pagi, nak jumpa kawan-kawan sekolah menengah kat Kota Bharu. Tak tahula berapa ramai yang akan datang. Aktiviti pun dirahsiakan oleh Big Boss sebab katanya nak buat kejutan. Layan kan aja la. Heee.


7. Kurang dua  minggu lagi, F bakal mendaftar di Kuantan. Barang-barang masih bersepah-sepah dan letaknya merata-rata. Belum bersedia nak packing lagi.


8. Sebelum ke Kuantan, ingatnya nak lepas gian sakan, buat Biskut Cip Coklat, brownies, Oreo Cheese, puding roti. Resipi ambil dari blog-blog je, sebab dorang bagi resipi yang super duper mudah. Harapnya sempatlah.


9. Headphone kesayangan dah separa rosak. Separa rosak sebab bahagian sebelah kiri dah tak boleh dengar. Yang kanan je okey. Iwan punya pasalla ni. Nak beli baru, F bukan takde duit, tapi dah nak masuk musim belajar balik ni, kena belajar simpan duit.



Itu sahaja dulu ya.  F sekarang ni mood sangat tak menentu, asyik rasa down je. Kalau F ter'emo' dekat sesiapa, minta ampun dan maaf banyak-banyak la ya.

Monday, June 21, 2010

Testing

Nak test ping entri ni, dapat ke tak. Dah dua entri tak boleh nak ping ni.

Tentang semalam.

Tak mahu cerita panjang, jadi cuma cerita seringkasnya, sebab kepala tengah bengang, tekak sakit, perut masuk angin, bahu lenguh.


[1] Semalam hari bapa kan, tapi F tak ucap selamat pun kat Abah. Dia merajuk ala-ala manja, tapi F nak buat surprise yang belum terbuat. Itu pasal tak nak ucap lagi.



[2] Tindakan drastik F semalam ialah telah meng'cash-out' duit Nuffnang yang tak sampai RM100 tu. Tengok-tengok, dah dapat emel pengesahan payment cash-out, tapi nama tak lengkap. Maka, kena request lagi sekali untuk lengkapkan nama.



[3] Langsung tak boleh nak ping kat Geng Blogger  entri pasal losyen Johnson's semalam dari kat pukul 10 malam. Sampai ke pagi ni. Dah siap tanya Kak Jie segala lagi. Maka, tanpa sempat menunggu, memutuskan bahawa perlu buat jugak entri lain. Tak kisah dah pun, tanya Kak Jie pun, sebab nak tahu punca sebenar jadi macam tu. Mungkin ada salah apa-apa la kot. Keluar page kosong je.



[4] Berkomen sakan kat Facebook dengan geng-geng kpop F [Mieza Amran, Munie Mustaffa & Aqila Syaqina] untuk beberapa pos yang ditag di Facebook itu, sampaikan dalam kurang 1 jam, inbox sudah sarat melebihi 100 notifications dari Facebook. Oh, we're seriously addicted to kpop. Seriously.



[5] Lebih kurang jam 12 tengah malam, Zaty ajak date kat YM, maka berYM sakan la kami, sehingga F buat lagi tindakan drastik, dengan buat status sesedap rasa kat Facebook. Jelas sekali, memulakan langkah pertama memang sukar, tapi respons boleh tahan. Asyik senyum lebar je semalam.



[6] Baru je nak masuk tidur, bila Mama tiba-tiba keluar dari bilik. Ingatkan nak tengok bola, rupanya nak makan nasi tengah-tengah malam. Sekali, dengar bunyi sesuatu kat dapur, Mama kata, ternampak Cik Ti. Maka kena kejutkan Abah. Habis geledah satu dapur, tak jumpa pun Cik Ti. Pandai betul Cik Ti menyorok.


 Cik Ti tu tak mungkin secomel dan sepolos ini.
Kredit : sini.



[7] Disebabkan nombor [6], maka dapat tengok Brazil menang 3-1 dengan Ivory Coast, tapi yang tak sedap hatinya, Kaka kena kad merah saat-saat akhir lepas dia sengaja siku pemain Ivory Coast. Padahal, beberapa minit sebelum tu, dah kena amaran pakej sekali dengan kad kuning pertama. Alahai Kaka~~

Abah tiba-tiba cakap Kaka ni hensem.
Macam dia muda-muda dulu.
Mak aih.
Kredit : fanpop.com



[8] Buah hati pengarang jantung sehati sejiwa terbaru F:

siap buat wallpaper lagi tahu.
kredit penuh : Doojoon Twitpic

Sunday, June 20, 2010

Terima kasih, Johnson's!!

 
Ingat tak F pernah cerita pasal Johnson's memberikan sampel percuma losyen terbaru?? Awal minggu lepas, bungkusan kecil dari Johnson's sampai ke rumah. Eksaited tahu?? Mulanya, ingatkan siapa la yang hantar mail ke rumah, siap dengan alamat penuh lagi. Terlupa langsung pulak yang F pernah request untuk sampel losyen tu.



Buka je sampul surat, keluar la si kenit comel ni. Terus picit dan sapu ke kulit kasarku ni. Wah!! Wanginya bau. Adik-adik siap eksaited sama sebab baunya yang wangi habis dan efek langsung ke atas kulit, dengan menjadikan kulit lebih lembut.



Dalam sampul jugak, dapat surat cinta dari Johnson's.


Dear Johnson's Body Care Fan,

Thank you for being our Facebook fan!

You can now experience beautiful soft skin with the new Johnson's Body Care 24 Hour Lasting Moisture Lotion 25 ml sample.

Spread the word to your friends and continue to log on to our Facebook fan page for the latest news, freebies and happenings!

Much love,
Johnson's Body Care team.


Jutaan terima kasih, ya Johnson's!! Maklumat lanjut, sila jenguk Facebook | so Soft, so JOHNSON'S®




p/s :
Untuk pengetahuan, losyen ini telah pun berada di pasaran sejak minggu lepas kalau tak silap. Kalau anda jenis pengguna losyen yang tegar dan guna dalam kuantiti yang banyak, boleh la beli terus. Terdapat 3 pilihan, iaitu - 24 Hour Lasting Moisture Body Lotion (Peach), Melt Away Stress Daily Calming Lotion (Purple) dan juga Naturally White Daily UV Lotion (White). Untuk sampel, F dapat yang warna pic tu.

Kembali kepada hidup yang kurang normal.

Mungkin normal je, cuma F je rasa diri ni kurang normal sejak dua menjak ni. Dahsyatnya, semalam langsung tak update. Malas pun ada, otak kosong pun ada. Percayalah, dah lebih 10 kali masuk New Post, tapi idea semua tak tertaip. Yang bagusnya pulak semalam, rancak berkomen sakan kat Facebook. Kat sini, balas komen pun belum lagi. Isyh, pemalas betul.


Sekarang ni, entri memang live ya kawan-kawan. F tak tidur..emm sebenarnya lepas 'Isyak dah tidur, dan bangun jam 12.30 cam tu. Tak tengok bola dah malam ni, sebab tak rasa nak tengok dan tak ada peneman-peneman setia kerana esok hari kerja dan hari sekolah.



Siang tadi, gatal mahu bertempel dengan Abah dan Iwan. Keluar beli-beli barang sikit. Maka, dapatlah beli buku rujukan yang F mahu dan novel Hlovate 5 Tahun 5 Bulan. Dah baca, tapi saja nak baca lagi. Rupanya, ini dah cetakan yang ketujuh untuk novel ni. Hebat betul penangan Hlovate ni!!




Heee. Sempat rembat boyfriend's shirt satu. Bukan baju bf  F ya kawan-kawan?? Ini sejenis baju je. Biasalah, kalau dah namanya pun keluar dengan Abah, peluang nak beli apa-apa yang diingini sangat tinggi. Kalau dengan Mama, lagi tinggi kot. Tapi Mama tak ikut sebab tak larat.


Masih mencari tudung yang nak matching dengan baju ni. Lagi pun, baju ni semacam besar sikit, sebab itu je saiz yang paling kecil. Ikutkan hati, nak sambar yang kaler pink-grey, tapi Abah kata warna tu cliche. Ececeh bapak aku ni. Sekarang ni, dah amat-amat-amat menyukai baju pesen gini, sebab selesa tahu. Lepas tu, baju cam ni bukan jenis yang senang berkedut. Sesuai la sangat buat si pemalas nak iron baju macam F ni.



Ingat tak pasal entri lelaki idaman?? Suka gila bila dapat baca komen dari pengkomen-pengkomen. Yang menarik hati, dapat baca pendapat dari pihak sang lelaki. Maka, F buat status begini di Facebook :

kalau dah suka,mesti ke aku yang mula kan dulu????


Respons hangat jugak. Heee. Ada sesuatu di sebaliknya yang bisa membuatkan F senyum panjang dan hati tak keruan. Okey. Itu dah terlebih-lebih.


Dan terus senyum lagi sebelum tidur jam 4, selepas perlawanan bola England menentang Algeria. Sebabnya??

It's England vs Algeria.


Orang lain layan bola betul-betul. F layan perasaan. Hahaha. Takde la. Sibuk berbalas komen kat status F jam 2 pagi tu. Suka tu memang suka, itu Mr Crush zaman sekolah rendah. Kalau nak tahu siapakah gerangannya, sila rujuk sini.



Okeylah. Alang-alang dah dekat pukul 5 ni, mari kita tunggu Subuh sama-sama ya. Selamat pagi buta!!

Friday, June 18, 2010

Pabila lelaki idaman di depan mata

F ni sangat parah bila masuk je bab crush pada orang lain. Orang lain tu, semestinya berlainan jantinalah. Tak pasal nak crush sekaum sendiri kot. Kui,kui,kui.



[1] Bila Mr Crush lalu je, lalu kat depan ke, lalu depan kelas, mulalah nak blushing tak tentu pasal. Padahal Mr Crush bukan pandang pun.


[2] Kadang-kadang, bila terjalan belakang Mr Crush, mulut pun tiba-tiba banyak membebel, bising je kerjanya. Mencapab [mencari publisiti] la tu.


[3] Teringat waktu tingkatan lima, bila nak ke tandas je, sengaja lalu tepi kelas dia. Kemudian, tertunduk-tunduk malu, perasan la konon dia nak pandang F ni.


[4] Kalau kena ada meeting dan kebetulan Mr Crush pun ada, nak bercakap pun, tiba-tiba lidah jadi kelu, jantung berdegup kencang macam nak meletup. Kalau bercakap pun, ayat-ayat memang sure punya jadi tunggang langgang.


[5] Bila F online kat YM, mesti tertunggu-tunggu Mr Crush untuk online jugak. Tapi, bila dia dah online je, jari tak boleh nak double-click nama dia dan tekan buzz. Dalam hati, sangat mengharap, "Mintak-mintakla mamat ni buzz aku kejap lagi." Dan Mr Crush tak pernah buzz pun.


[6] Kat Facebook, lagi syok. Buat status, mesti yang stail mahu carik perhatian punya. Supaya Mr Crush dapat komen kat situ.


[7] Hari tu, Mr Crush yang F gilakan waktu tingkatan lima, add F kat YM. Dah pernah add sebelum tu, tapi F delete sebab fikir tak nak ada apa-apa dengan dia. Masing-masing duduk jauh. Lepas dia add, susah gila nak tengok dia online.


[8] Kebelakangan ni, asyik crush sama Rain [aka Bi aka Jung Ji Hoon] je. Tengok dia senyum, alahai, boleh cair weh. Sumpah comel gila.
Tak aci betul awak peluk dia.
Kredit : sini.



[9] Satu lagi, boleh pulak tercrush Dr John Carter, ER [nama sebenar : Noah Wyle]. Suka tengok waktu dia good mood dan layan pesakit dengan sabar. Waktu dia bengang atau mengamuk ke, tetap suka sikit-sikit sebab dia cepat sejuk balik.
Kamukah doktor cinta saya??
Kredit : sini.



[10] Tapi, buah hati kesayangan, semestinya Inche Min tercinta. Tak boleh nak bayang kalau dapat jumpa dia betul-betul, mesti minda dan fikiran terus jadi kosong, jantung pun boleh terhenti degupannya, mulut ternganga sampai lalat masuk pun tak sedar.




*masih mencari si lelaki idaman*

Thursday, June 17, 2010

Bola, oh bola..

Seronok jugak rupanya layan bola ni. Persepsi selama ni yang selalu fikir, perlawanan bola sangat merugikan masa untuk ditonton, telah berubah 180 darjah, sejak terjangkit demam Piala Dunia FIFA 2010 di AFrika Selatan ni. Alahai, apasal rasa ayat macam skema gila ni??


F mula layan bola, dengan tengok perlawanan Korea Selatan hari tu. Yang lawan dengan Greece. Syok jugak tengok, sebab ada Park Ji Sung yang main untuk Manchester United tu jugak. Lepas tu, terus layan Argentina sekali, lawan Nigeria, tapi tak nampak sangat Messi untuk menyerlah.




Tapi, sekali diajak tengok Jerman lawan Australia, terus terjatuh cinta dengan Jerman pulak. Mula kenal si kaki rembat Klose, si Lahm yang berbadan kecil, Podolski la dan yang lain-lain. Iwan punya pasal la ni. Heee. Adik laki F yang sorang ni, memang best tengok bola dengan dia masa dia cuti-cuti sekolah ni. Kalau dengan Abah, kerja dia mesti nak hentam F je, Mama pulak senang terlelap walaupun awalnya dia yang beriya-iya nak tengok. Heee. Hoho. Lupa nak cakap, eksaited gila Jerman menang 4-0 tu, walaupun Australia main ganas gila dengan dorang.


Portugal lawan Ivory Coast, F macam bosan. Kejap-kejap jatuh, kejap-kejap main kasar. Orang kata, adatlah tu, tapi F tak enjoy langsung tengok match tu. Punyalah tak sabar tengok skills Cristiano Ronaldo, tapi masing-masing tak de rezeki. Seri 0-0, memang penat gila nak tunggu siapa akan jaringkan gol dulu.





Oh, pagi semalam, Brazil lawan Korea Utara. F sempat layan lepas tengok ER. Walaupun takde gol pada separuh masa pertama, tapi sumpah best gila dorang main weh!! Brazil, No.1 lawan Korea Utara yang No.204, kalau tak silap. Check kat laman web FIFA. Dah masuk separuh masa kedua, lepas Brazil shoot satu gol, F dah tak larat nak tunggu. Lagi pun, tak berteman pun. Semua masuk tidur awal. Maka, F blah untuk tidur jugak, dan pagi esok, tanya Iwan yang tengok highlights. Rupanya, Brazil menang 2-1.


Entah kenapa, masa tengok Sepanyol lawan Swtizerland, boleh jadi teremo sikit. Kesian betul, sebab Sepanyol banyak kali cubaan untuk gol, banyak kali terkam gawang Switzerland, tapi nasib takde la. F selalu bagi tau Iwan, bola ni pun, atas nasib jugak, selain skills para pemain. Sepanyol kalah 0-1 pada Switzerland, walaupun Fernando Torres dah masuk minit 58-60 macam tu, sudah berambut pendek rupanya, itu pun Iwan bagi tau, kalau tak, memang tak cam. Dan sepakan kejap-kejap kena tiang la, tersepak tinggi la.


Ish, terlebih sudaa ni. Tak sangka betulla boleh minat bola jugak, walaupun cuma untuk sebulan je dalam 4 tahun ni. Sekali-sekala je. Nampak gayanya, perlawanan jam 2 pagi ni, antara Afrika Selatan dengan Uruguay, F tak tengok kot. Takde teman la. Huuu.

Wednesday, June 16, 2010

Kau pandai cakap je, tapi hampeh.

Aku terfikir, [alahai asyik nak guna aku je nii...]aku asyik konon-konon bagi nasihat kat orang. Cakap itulah, kata inilah. Terlintas jugak kat benak fikiran ni, apakah jikalau suatu hari nanti, perkara yang sama terjadi pada aku, mampu ke aku ikut nasihat yang pernah aku bagi tau orang lain????!!!



Aku jadi takut nak bagi pendapat, nasihat, komen pada orang lain, tak kiralah sama ada aku kenal atau pun tidak. Memang kena fikir banyak-banyak kali sebelum aku klik publish ke apa. Boleh panggil aku hipokrit jika mahu, tapi itulah realitinya. Sebab kata-kata bila dibaca, boleh ditafsir dengan macam-macam cara. Boleh menyedapkan, bisa jua menyakitkan. Sama seperti di blog ni. Tak mungkin semua yang aku paparkan di blog ni, akan menggambarkan diri aku yang sebenar.Semestinya tidak. Mungkin dalam 50-60% saja kot.



Aku akui, aku mungkin setakat gempak berkata-kata, tapi aku mungkin hampeh je, habuk pun tarak. Aku takut kalau-kalau kata-kata untuk menyedapkan hati orang lain, memakan diri aku sendiri. Setakat di alam maya ni, aku mampu la untuk bagi nasihat itu dan ini, tapi aku tak pasti kalau bila dah bersemuka kelak.







Terfikir lagi, kalau ada jodoh dan rezeki untuk jumpa blogger-blogger lain, mampu ke aku bertegur sapa macam dunia blog ni??? Aku selalu tanya benda tu pada diri aku. Sebab aku budak Januari, dan antara ciri-cirinya, ialah reserved. Jenis memencil, walaupun aku rasa bukan semua macam tu. Tapi, itu memang terkena pada aku tau.



Jadi, sebagai intihanya [berlatih guna ayat2 BM skema balik sebab nanti nak kena belajar BM balik kat Kuantan nanti], saya [ceh, saya la pulak] hanya insan yang lemah, hina, daif. Yang biasa-biasa saja. Kalau ada tersalah kata, atau tak boleh terima apa yang saya cakapkan, tolong la tegur. Harapnya dapat ditegur dengan baik lagi berhikmah. Saya akan CUBA menerima.

Tuesday, June 15, 2010

Cuba untuk jalani hidup sebaiknya...

Entahla weh. Aku asyik rasa nak komplen bila keadaan rasa tak elok bagi aku. Maaf entri kali ni terpaksa guna aku. Semalam aku tensen jap dengan parents aku. Bila ingat balik, rasa kelakar pun ada. Bukan apa, semalam kena marah dengan dorang, sebab aku letak fail sijil-sijil aku merata-rata. Tapi yang sebenarnya, dorang simpan. Last2, Ma ngan Abah aku marah manja masing-masing sebab dua-dua tak tahu siapa yang tersorokkan fail aku tu. Siap berbungkus dalam plastik hitam lagi tu.


Huuu. Lucu betul Ma Abah aku ni. Aku akhirnya merajuk kejap, sekali tensen dengan error kat borang online PTPTN tu, maka terus tidur awal. Pagi tadi, Abah kejut aku. Buat-buat comel gitu, sambil ajak aku setelkan hal kad Bank Muamalat untuk dapatkan nombor akaun dan pasal kad Bank Islam yang cipnya tak dapat detect. Asyik kena tendang je bila masuk mesin ATM.



Alhamdulillah, semua dah setel. Sempat ajak Abah makan roti bakar, yang mana beliau yang bayarkan. Terserempak dengan kawan Mama, sekali dengan anak laki dia. Gua sempat usha jap, hensem lor!! Heee. Gatal di situ ya. Makan-makan, siap telefon Iwan suruh habiskan roti bakar aku tu. Alahai, dah dekat pun dengan rumah. Tu pasal senang nak suruh dia datang.


Petangnya, ikut Abah gi ambil si Angah ni kat Pasir Puteh. Iwan pun ikut. Jalan macam biasa, masih sesak, maklumlah, cuti sekolah. Ramai orang turun Kelantan ni. Heee.


Itu yang bunyinya ala-ala hepi sikit. Bahagian sedihnya, aku tak dapat duit RM20 dari Instant Cash Blogging untuk Week 15. Itu la kali kedua dan terakhir aku buat. Sebab sebelumnya, asyik tak sempat. Dah dapat emel dari pihak Nuffnang, tapi emel tu menyatakan aku tak dapat untuk Week 14(a). Takpe la, dah takde rezeki, aku pun malas nak panjang-panjangkan perkara tu.


Sebab waktu tu, aku dah niat, dapat tak dapat, ko mesti redha. Yang penting, ko cuba. Tapi kenapa aku rasa emo semacam je?? Rasa nak nangis kuat-kuat je ni. Kamon F, kamon F, ko kena redha ok?? Jangan asyik nak komplen je.


Oh, kita dah dalam bulan Rejab ni. Elok tambahkan amal ibadat sunat dengan puasa sunat. Yang larat bangun pukul 2 pagi untuk bola tu, boleh buat tahajjud kejap. Kejap je pun, bukannya lama. Dan jangan lupa doakan untuk kesejahteraan semua umat Islam, terutama di Palestin, Iraq dan Afghanistan tu. Nak cadangkan baca entri dari kawan aku ni, Ainul, pasal seorang wartawan yang bercerita waktu dia ke Gaza dulu. Klik sini. Ayat mungkin simple je, tapi alhamdulillah, terkesan di hati aku yang semacam keras ni.


*berdoa agar ALLAH permudahkan segalanya..Amiin..*

Menjawab persoalan di chatbox

Terima kasih kerana sudi bertanya. Tapi kebanyakannya tak tinggalkan link, jadi agak mustahil untuk F cari balik. Takpe la. F balas kat sini.

fara;
siapa yg nyanyi lagu cerita coffeemate episode 3 tu ye?


Fara jugak bertanya di formspring, tapi F lama dah tak layan formspring. F kurang pastila siapa yang nyanyi lagu dalam cerita Nota Cinta tu. F k.i.v.[keep in vision] dulu soalan ni, bole Fara?? Sebab tak sempat nak cari. Dah jumpa, F update balik ok??


kid cudi;
camner nk buat "anda mgkin juga meminati" kt blog kita?

Yang ni senang je. Klik Link Within, dan akan terbuka satu tab. kid cudi perlu mengisi alamat emel, laman URL blog, platform blog [pilih antara Blogger, Wordpress (self-hosted), Typepad atau Other], dan pilih antara 3, 4 atau 5 entri yang mahu diletakkan di bawah entri terbaru anda kelak. Akhir sekali, klik Get Widget. Kalau tak silap, akan dapat kod nanti.


Harap itu dapat membantu.

Pesanan Ringkas....

 Ini entri yang dijadualkan. Masa sebenar 9.28 malam.

[1] 3 minggu lagi bakal meninggalkan kediaman tersayang dan berangkat ke Kuantan.

[2] Blog mungkin tidak dapat diupdate sekerap biasa [kemungkinan].

[3] Sebab akan sibuk dengan persiapan ke kampus utama.

[4] Sebab untuk mengisi pelbagai jeni borang permohonan, JPA la, PTPTN la.

[5] Sangat serabut gila sebab diserabutkan dengan perkara yang tak sepatutnya.

[6] Sangat bengang sebab nak isi borang online, asyik error je.

[7] Balas komen dan blogwalking, terpaksa ditangguh sementara. Tak sempat woh.

Monday, June 14, 2010

Bila hidup kurang normal, berlagak jadi pakar cinta??

Kurang normal?? Macam pelik ja bunyinya. Nak kata kurang tu, tidaklah sangat. Biasala, kita exaggerate sikit hari ni. Tak boleh nak lelap dah lepas habis sepinggan nasi berlaukkan ikan bawal goreng dan bergelas-gelas teh ais, sambil layan Jerman menang 4-0 ke atas Australia, dengan Abah, Mama dan Iwan.




Sebab semalam penat date ngan makcik sorang tu, maka tidur pun seawal waktu 'Isya' kalau tak silap. Dah nama pun ABC, jadi tidur memang tak sedor-sedor dan terlepas makan malam. Nasib baik dah hentam roti kaya dengan roti sardin waktu layan Algeria vs Slovenia kejap. Takde la kebuluran sangat.




Maka, nak dijadikan cerita, sebelum nak terlelap tu, menyempat bermesej dengan si Tiqah tu, yang mana last2, tertidur dan terus tak sedar. Terjaga jam 12++ tengah malam, sebab agaknya dah rasa cukup tidur, takpun sebab terkejut dengar bunyi mesej masuk.




Rupanya, kawan baikku ada masalah dengan balak dia. Konon-konon dah cukup menuntut ilmu doktor pakar cinta dari incik Zack, maka tolong-tolong la dia sikit. Mesej-mesej sahaja sebab kawan tak banyak kredit nak call, dan F sendiri pun tak larat nak bercakap dalam kemamaian tahap pertengahan tu.




Masalah tak besar sangat pun. Kawan tu cuma nak ada orang di samping dia je. Dia tak cakap, tapi boleh rasa yang dia perlukan seseorang. Kalau kat hostel, boleh je nak cakap muka ke muka, sambil tengok dia menangis melalak ke apa. Tapi melalui telefon pun, kita jugak boleh membantu.




Beb [untuk kawan F tu, tak tahula dia baca ke tak blog ni], dalam satu perhubungan, kena banyak tolak ansur. Aku mungkin bukan orang yang sesuai sangat nak bagi nasihat cinta segala, sebab aku masih lagi single. Tapi aku tengok masalah ko dari pespektif seorang kawan, dibantu dengan pengalaman aku sikit-sikit terhadap kawan-kawan lain yang berteman.




Masalah memang tak besar, tapi bila tercampur adukkan dengan masalah lain, memang berisiko untuk ke arah berakhirnya perhubungan. Aku tak nak tengok ko kecewa lagi, macam kat sekolah dulu. Aku nak ko bahagia je, dan jika diizinkan Allah, kekal sampai ke jinjang pelamin, kekal sehingga ke akhir hayat.




Aku harap ko dah ok, sebab aku jauh sekarang ni. Aku mungkin bukan depan ko, yang dapat peluk ko, dapat sandarkan bahu aku, dapat lapkan air mata ko. Tapi, aku harap sangat-sangat sekurangnya, kata-kata aku dapat melegakan fikiran ko yang tengah serabut tu. Dan jangan bimbang, sebab ko selalu ada untuk aku, maka insya-Allah, aku akan sentiasa ada untuk ko, walaupun aku akan ke Kuantan dan ko akan ke Gombak.




Aku sayang ko, beb. Jaga diri.






Okeyh. Siapa lagi nak nasihat bab-bab cinta lagi ni?? Meh sini. Heee.

Kenapa F baru tahu Azizulhasni Awang ada blog rupanya??!

Tengah usha-usha Facebook. Takde apa-apa updates. Iya, itu tanda ketidakfemesan F. Sumpah bosan gila tengok FB sekarang ni. Tak rasa sangat ada benda nak buat. Kemudian, ternampak kak Izzah ada komen kat FB Azizulhasni Awang. Baru tahu rupanya dia ada FB sekali dengan blog tu.


Jenguk-jenguk blog dia. Memang sempoi habis la blog dia. Baca kisah hidup dia sehari-hari pun tak bosan. Oops lupa nak bagitau, semua dah tahu kan dia dah kahwin. Jadi peluang untuk mengorat dia memang tak ada. Sila jenguk blog hanya untuk kepuasan je. Mengorat-mengorat ni, tolak jauh-jauh.


Kalau tak silap sekarang ni, bro kita ni dekat Jepun. Ada perlawanan kat sana - ACC Track Asia Cup 2010. F mungkin tak tahu sangat pasal cycling segala ni, tapi F memang kagum dengan semangat dia. Tubuh mungkin kecil, tapi jiwa dan semangat dia tu besar.


Boleh ikut perkembangan lanjut pasal bro kita ni kat;

[1] page FB [sila klik Like]

[2] Twitter

[3] blog thepocketrocketman


Sedikit info mengenai bro Azizulhasni [kredit pada page FB beliau]

Name : Mohd Azizulhasni Awang
Date of Birth : 5 January 1988
Age : 22
Place Of Birth : Dungun, Terengganu
Occupation : National Cyclist
Discipline : Cycling (Track)
Event : Keirin, 200m sprint , Team Sprint
Coach : John Beasley


Tahniah buat bro Azizulhasni Awang sebab berjaya meraih pingat Perak untuk salah satu acara individunya dan yang terbaru, pingat Emas buat team sprint.


Majulah Sukan untuk Negara!!



Kredit :

Sunday, June 13, 2010

Girls' Day Out.

Cakap girls, macam ramai pulak bunyinya. Heee. Sebenarnya, keluar berdua je dengan Tiqah petang tadi. Makcik sorang ni, memang suka buat benda tak terjangka. Orang dok tengah layan ulangan Crime Scene Investigation, tiba-tiba hantar mesej, "Jom keluar, aku dah on the way ke rumah ko." Lebih kurang macam tu la bunyinya.


Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai lagi si Tiqah ni. Rupanya, dia dah terlajak sampai ke airport kat Pengkalan Chepa nuh. Rumah F kat Kubang Kerian je kot. Tiqah pulak dari KL, dok rumah atuknya kat KB. Dalam 3.30 macam tu, sampaila dia. Hantar mesej kat Wa jugak, ajak keluar sekali. Rupanya, Wa dah memang kat KB dan nak pergi ke Tok Bali la pulak. Jadi, Wa tak dapat nak ikut.


F ni fail sikit bab-bab nak tunjuk jalan. Dah warning awal-awal dekat Tiqah tu. Kalau salah jalan, jangan mare haa. Dia ok je. Kami ke KB Mall je. Dua-dua tak larat nak jalan ke tempat lain lagi, sebab jalan sesak teruk. Musim cuti sekolah ni, normallah tu.


Lepak-lepak kat KB Mall, sambil usha-usha kasut, beg dan baju. Sebab ada sale, maka lagila syok nak usha. Tapi last2, tak beli pun. Dua-dua layan makan lagi best. Belanja Tiqah Oreo McFlurry dan kitorang gi borong roti kat bakery habis-habisan.


Tiqah nak shopping body wash kat The Body Shop sebab ada sale. Mulanya, dia konfiden sale tu lambat lagi habis. Sekali F tengok, hari ni dah last day. Cepat-cepatla dia masuk. Usha semua barang kat situ sambil pujuk-pujuk F beli barang mekap sekali dengan dia. Body wash tak terbeli, tapi sempat sambar lipgloss dengan eyepad. Heee. F tak beli apa-apa pun, sebab tak biasa sangat masuk The Body Shop. Itu pun, sekadar teman Tiqah je.


6.30 baru bertolak balik. Dah dua-dua ABC, maka kami tak kalut hal solat dah. Punya la konfiden tunjuk jalan kat Tiqah, nasib tak sesat. Dah dekat dengan Kamdar, baru kalut telefon rumah, tanya direction dari Mama. Lepas tu, smooth je. Tiqah dah mula master bab-bab jalan kat KB ni.


Sampai je rumah, terus mintak tolong Abah pulak, konpem kan jalan nak balik tempat Tiqah. Lukis peta segala la untuk ke Hotel New Pacific, sebab Tiqah tinggal kat area dekat-dekat tu je. Tiqah blah dan sempat peluk-peluk kejap, sebab esok dia dah nak balik KL dah. Dan lagi tiga minggu baru jumpa balik kat Kuantan. Insya-Allah.


Tiqah, terima kasih untuk petang yang memenatkan!! Enjoy gila lepak dengan ko!!

Orang Lain Tengok Bola, Anda??

mungkin minat bola, mungkin jugak tidak. Takpun, anda jenis yang neutral, nak kata minat, biasa-biasa je, tapi nak kata tak, anda tengok je bola bila dah takde cerita best.


Tengah ayah atau emak atau abang atau kakak atau suami atau isteri atau sesiapa saja tengah syok layan bola, apa kata anda tolong-tolong sikit. Tolong apa ya??


[1] Tolong diam.

Dah tahu orang tengah fokus tengok bola tu, tak payah la waktu tu jugak anda kepingin nak berkaraoke. Waktu orang tengah layan skills si Messi tu, atau pun berdegup-degup jantung melihat kecomelan si Kaka, tak payah nak mengada buat pengumuman tak rasmi masa-masa tu jugak.

Contoh : Eh, hensem la Ronaldo tu. Eh, sasa la badan Diego Maradona tu. *tiba-tiba pulak*

Itu semua orang pun tahu. Tengok bola sudah.




[2] Tolong ke tepi.

Tak payah buat hal nak peraga fesyen nak tunjuk baju baru beli kat orang yang tengok bola ni. Seksi tak seksi ke, dorang dah tak kisah. Yang dorang nak tengok, ialah kelibat pemain-pemain bola menunjukkan kehandalan masing-masing.




[3] Tolong masak.

Haaa. Ini lagi bagus. Sebaik sahaja terpacul perkataan "Lapar la.." dari mulut Abah tu, sila-silakan mengeluarkan kata-kata yang best "Abah nak megi??". Sudah pasti mulut-mulut yang lain akan turut menjawab "Nak!!" selain daripada Abah.

Maka ringan-ringankanlah tangan tu, pergi dapur, masak megi spesel punya. Kalau anda ni jenis yang tak layan bola, sudah tentu la, memasak itu salah satu cara menghilangkan kebosanan anda di kala orang lain tonton bola. Pabila dah siap tu, panggil mereka yang lapar dari tengok bola tu makan. Maka terjalinlah suasana keluarga yang bahagia.

Dan mari kita menyanyi lagu nasyid Saujana - Keluarga Bahagia. Kalau tak ingat lirik, nyanyi je lagu tema Singer, "Singer..menawan keluarga bahagia~~"



Okey..okey. Dah pukul 2 pagi, dan masih belum rehat dari kepenatan ke majlis kahwin pensyarah dengan pensyarah, otak dah kong, entri pun dah melalut.



Maka, adios amigos!!

Saturday, June 12, 2010

World Cup Penyatu Keluarga.

F ingatkan, bila dah mula Piala Dunia Afrika Selatan [PDAS] ni, akan terjadilah isu berebut tv segala. Tetapi rupanya tidak. Sekalung penghargaan buat RTM, sebab bila disiarkan di TV1 atau TV2, maka, tak perlu berebut tv yang kat ruang tamu tu. Yang nak layan Cerekarama, tunggu kat depan; mahu sorak sakan untuk bola, masuk bilik.


Sebab malam ni, tak de cerita yang best-best sangat, maka semua pun layan tengok bola. F yang konon-konon, "Isyh, tengok bola tak best la!!", tumpang tengok sekali. Dari Korea Selatan benam Greece 2-0, sehinggalah sekarang, Argentina yang mendahului Nigeria 1-0.

Kredit : sini.

Abah dan Iwan, toksah cerita banyak la. Memang kaki bola. Hemm. Kaki bola yang last2, lentok jugak depan tv bila ada siaran awal pagi. Yang penemannya [i.e. F atau Mama], pulak yang semangat celik mata, semata-mata nak tunggu dorang tengok bola sampai habis.


Mama, memang mengejutkan. Waktu tengah tunggu Argentina nak mula lawan, dia dah semangat, "Mana Messi, mana Messi??!" waktu zoom-in pemain-pemain Nigeria. Sekali adik laki F cakap, "Messi yang sebelah biru tu la, Ma."

Kredit penuh : sini.

Diego Maradona, jurulatih Argentina, janji nak lari bogel sekeliling padang kalau Argentina juara PDAS tahun ni, kalau tak silap F. Ish..aku tulis penat-penat ni, ada ke orang nak baca?? Bukan semua tengah tengok bola ke??


Sambung layan bola balik.

Majlis Kahwin yang Sempoi!!

Tadi, menyempatkan diri ke majlis menyambut menantu di rumah pensyarah Fizik 2 F waktu semester akhir kat CFS dulu. Brother Wan Syahrum namanya, kahwin dengan pensyarah Matematik di tempat mengajar yang sama, yakni, Miss Linda. Heee. Dalam diam rupanya, siapa sangka, rupanya, mereka menjalin cinta.


Sumpah tak sangka yang pensyarah F yang dipanggil Sir ni, sudah pun berkahwin dengan Miss Linda. Oops, Madam Linda sekarang. Tapi, Madam tak kisah kalau masih dipanggil Miss. Heee. Tadi, bila tengok pasangan secocok, sempoi dan gila-gila ni berarak, rasa macam mimpi. Oh, Sir kami dah kahwin rupanya.



Majlis di pihak perempuan telah pun diadakan seminggu lepas di Klang, Selangor. Itu memang sah-sah la tak dapat pergi, sebab jauh. Tapi memandangkan dah ada majlis yang dekat, kena pergi la.



[1] Ke majlis tersebut selepas Zohor, bersama Shake yang datang jauh dari Kedah, Tiqah yang travel bersama keluarga ke sini sambil melawat kampung dan Wa kesayangan hamba.

[2] Ingatkan kami dah terlepas mereka berarak, rupanya, pasangan pengantin belum tiba lagi akibat kesesakan jalan raya. Kawasan situ jugak, ada banyak majlis kahwin yang lain jugak. Itu yang buat jalan jammed je.

[3] Pasangan Sir Syahrum dan Madam Linda lengkap memakai busana kuning keemasan.

[4] Cara menyambut Madam Linda oleh Sir Syahrum memang kaw-kaw. Dari jauh lagi, Sir Syahrum dah depakan tangan, lagak nak peluk isteri tercinta.

[5] Trend sekarang, kalau tak ambil gambar gaya kool memang tak sah. Gaya macam-macam dari pasangan pengantin.

[6] Sebelum berpisah dengan ahli keluarga, Madam Linda bersalam-salaman dengan mereka sambil menangis. Tapi mekap tak cair pun. Heee.

[7] Sebab kami students pengantin, maka bunga telur pun dapat yang istimewa punya. Heee. Suka..suka!!

[8] Kami tukang buat kecoh kat majlis tu. Lepas separuh bergerak pulang, dah rasa sunyi dah.

[9] Gambar dicilok dari Facebook Shake. F tak sempat lagi nak upload, Shake memang mantoopp la!!

Kredit pada Shake.
Gambar selanjutnya, klik sini.

[10] Perjalanan untuk pulang yang sepatutnya tak sampai setengah jam, mengambil masa hampir satu jam disebabkan kesesakan teruk di kawasan berkenaan.


Sekian dari F yang melaporkan berita kahwin untuk Fikah Mus!!

Friday, June 11, 2010

Anda tahu anda bosan tahap gaban apabila....

anda buka tutup, buka tutup blog anda tanpa ada tujuan. Saja nak jenguk-jenguk, padahal tak buat pun entri baru, tak balas pun komen orang.


anda mula melalak seorang diri dengan tiba-tiba dalam bilik. Kalau anda ikut menyanyi lagu yang dipasang, tak mengapalah, tetapi, ini dengan tak semena-mena, membuat latihan vokal ala-ala Akademi Fantasia.


anda menyangkut beg silang di tengkuk anda sambil menunjuk duit gaji anda. Sempat merayu-rayu siapakah yang boleh tolong beli roti canai di kala perut anda kebuluran yang amat.


anda mula mengelilingi sofa yang adik lelaki anda sedang lepak sambil menonton bola sambil menyebut "Aaaaaa...!!" tanpa henti-henti. Sah, anda saiko.


Oh, F la tuh.


p/s: semua yang di atas hanyalah main-main sahaja. Tidak pasti jika kajian saintifik telah diadakan berkenaan perkara di atas.


Mak oiiii!!! Bosannya!!!

Rasa itu membunuhku!!!!!

 Kredit : elsa

Nampak tajuk macam ganas, tapi tak sebenarnya. Sikit-sikit tu ada la. Rasa apa?? RASA INGIN TAHU!!!!!


Dah lama benda ni berlaku, tapi F diamkan saja, sebab ada sehari dua, benda tu senyap sunyi je. Ingat kan takkan kembali, rupanya datang balik. Dah penat tahu, fikir apa sebenarnya yang berlaku.


Okeh. Begini. Sejak dua menjak ni, bila tengok je keywords kat Nuffnang, mesti ada nama orang ni. Bukan sekali dua, sejak bulan lepas lagi. Ini buktinya.




Ada satu hari tu, memang tak de pun keyword ni. Hari Ahad atau Isnin rasanya.


Kemudian, cuba tengok kat Last Week,



This Week,



dan Today [hari ni, setakat entri ini ditulis pada jam 3++ pagi]



Siapakah yang mencari-cari nama "afiq ali" di blog picisan F ni?? F cuba taip nama dia ni kat tab Search blog ni. Ini je hasilnya. Hanya satu entri sahaja berkenaan dia.

Klik sini untuk selanjutnya.

F tak tahu siapa yang carik "afiq ali" ni. Teringin sangat nak tahu. Agak-agak, kawan-kawan lama kot. tapi entahla. Got no idea at all.


Fakta "afiq ali" [bonus buat si pencari kata kunci nama itu]

1] dia rakan sekolah rendah F, yang memegang jawatan ketua pengawas pada tahun 2002, waktu darjah enam.

2] tarikh lahir dia sama dengan Abah F.

3] tak pernah sependapat dengan dia. heee. gaduh memanjang.

4] sekarang belajar di uitm [lupa kat cawangan mana], dalam bidang kejuruteraan, kalau la tak silap.

5] rumah dia, dekat je. masuk lorong seberang jalan lorong rumah F.

6] hensem?? emm, bolehla tahan. kalau tak, mana F crush kat dia. oops, terbongkar pulak. itu dulu, bukan sekarang.

7] nak cari dia kat FB?? sila Search nama "Apeex Emmet", pasti jumpa.


Okeh. Itu je F boleh bagitau. Kalau nak tahu lagi, sila tanya. Hahaha.

Thursday, June 10, 2010

Tag Perasan Comel

TAG, Zaty mengeTAG dan F diTAG.


Segan jugak nak buat tag ni, tapi sebab kesian kat orang tuh susah-susah tag kita, takkan tak nak balas. Heee. Baiklah Cik Zaty, gambar anda sungguh comel. Sungguh tak sangka. Hahaha.


Orang yang memang dah comel. Gambar yang F nak letak ni, gambar 2,3 bulan lepas kot, yang masih ada dalam simpanan. Gambar lain dah takde sangat. Kena format ari tu.


Syarat-syaratnya [diubah sesuka hati oleh cik Zaty tanpa belas kasihan];

  • Permainan ini terbuka kepada semua peringkat umur. siapa siapa yang hidup.
  • Uploadkan satu gambar. Pastikan ia adelah gambar anda sendiri. bukan anak tiri or biri-biri
  • Gambar mestilah senyuman yang ikhlas dan lebar to the max
  • Gambar adalah berseorangan sahaja. lau nak gambar couple pon boley, tapi pastikan yang sorang lagi tu adalah saya (ahahaha)
  • kalo boleh, ceritakan lah apa sebenarnya berlaku sampai gambar anda jadi sangat comel dan anda kelihatan hepi sekali! 
  • Tag saja sesiapa sahaja yang comel!
  • orang yang ditag wajib buat tag ni!! 
Ada syarat yang F durhaka sikit. Senyum tak lebar sangat pun. Senyum tutup mulut gitu, sambil suka-suka nak letak jari telunjuk kat pipi. Dah nama pun tag PERASAN kan, maka berperasan la kat gambar tu.
 


Alamat aih, katil anak sapa la yang sepah tuu?? Wahai tukang tag, katil andakah?? Heee. Jangan marah haaa. 


Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan, sebab snap guna henpon saja. Gambar super duper poyo, baru lepas dari kiosk hostel kot waktu tu. Dengan sweater Forest kesayangan, yang kaler hitam dan sangat besar. I like!!


Tak mahu tag sape2. Tak larat sikit malam ni. Sekali nak berkejar tengok KBS World kejap lagi. Ditambah-tambah dengan masuk mod mendownload balik. Siapa-siapa mahu buat, silakan!! Nanti bagitau F jugak ya, nak tengok gambar korang yang perasan comel jugak tu.

Ciao~~

Aturcara Hidup

Arghhhhhhhhhhh!!!! Cuak, cuak dan cuak je setiap hari bila fikir akan memikul tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu Sains, kurang sebulan dari sekarang. Tiap-tiap masa, tak kiralah tengah makan ke, tengah tengok tv ke, tengah baca novel ke, fikiran F hanya tetap berkenaan hidup di universiti.




Gusar memang sangat gusar, sebab hidup di uni tak sama dengan duduk kat rumah atau kat sekolah asrama dulu. Lagi mencabar dugaannya. Nak kena sesuaikan diri dengan suasana baru, tempat baru, cara pembelajaran yang baru. Semua barulah kiranya.



Maka masa yang ada ni, kena dah mula buat list. List yang macam-macam.


[1] Borang online offer letter semua dah selamat diprint oleh Mama kat tempat kerja. Oh, dan sudah selamat diisi jugak.


[2] Bayar yuran masuk RM310 kat Bank Muamalat. Ini belum lagi. Sebab Abah sibuk dengan tugasan baru sejak masuk bahagian siasatan.


[3] Ambil IC baru!!! Syok nak tengok IC baru tu, sebab nak tengok betapa bezanya muka F ini, berbanding muka muncung sedepa 8 tahun lepas.


[4] Belajar!! Kawan-kawan yang kos kritikal tu, nasihatkan supaya belek-belek la buku sikit. Supaya kat Kuantan nanti tak kena shock. Study shock. Dahla F ni sangat2 la last minute. Hish, kena buang dah tebiat tuh.


[5] Habiskan membaca novel Tunggu Teduh Dulu. Dah lebih separuh pun. Esok tu, habisla kot.


[6] Perancangan kewangan. Menabung di ASB. Kena simpan lagi banyak duit kat situ. Mungkin bila dah cash-out duit Nuffnang dan YouthSays, simpan kat situ jugak kot. Buat bekal nak kawen. Hee. Gatal!!


[7] Buat biskut coklat cip, sebagai bekalan ke Kuantan. Hahaha. Ambil resipi hari tu dari Kak Ina. Dan sangat menjadi!! Sedap gila weh!!




Nampaknya, itu je la dulu. Ciao~~

Wednesday, June 9, 2010

Anda Lapar??

Ini ada bento, kimbap dan bibimbap. Dengar nama pun dah pelik semacam kan?? Apa kenama la pulak benda alah tu?? Semua tu ialah jenis makanan.





Bento tu dari Jepun, klise la bagi budak-budak sekolah untuk bawa bekal dari mak ayah dorang, yang dihiasi macam-macam. Kreativiti yang tak terbatas diaplikasikan kat situ.




Kalau siapa layan drama Jepun Hana Yori Dango, mesti tahu antara sebab bento dihias sedemikian rupa; untuk menaikkan semangat si anak yang tengah belajar kat sekolah tu. Tapi kalau tak silap, ini tak terbatas untuk pelajar je, ada jugak galpren buat untuk boipren. Terpulanglah.




Bento ni bukan kat Jepun je ada, kat tempat lain pun ada jugak. Cuma dengan nama lain - Baon [Filipina], Dosirak [Korea], Biandang [Taiwan] dan Tiffin [India].






Kimbap [gimbap] pulak, ialah sushi versi Korea. Lebih kurang macam sushi sebab guna nasi yang diletakkan macam-macam inti - isi ketam, sayur, tuna, dan dibalut dengan kepingan rumpai laut yang dipanggil gim. Gulung guna tikar khasnya, lepas tu dipotong-potongkan.



Gim tu merujuk pada kepingan rumpai laut yang telah disalai, bap pula merujuk pada nasi.





Kalau nak tahu, kebanyakan orang yang bekerja di Korea yang sibuk, lebih suka beli kimbap ni untuk isi perut dulu. Sebab kadang-kadang dorang tak sempat nak makan tengah hari yang betul-betul lengkap. Maka, makanlah si kimbap comel semua ni.





Bibimbap ialah sejenis nasi campur, tapi bukan macam nasi campur kat sini ya. Pakar kesihatan kat Korea, dan ada juga di Barat, mengatakan bahawa bibimbap ni antara makanan kesihatan yang terbaik kat dunia ni. Iya la, lengkap dengan macam-macam.



Bukan setakat nasi dan sayur yang dipotong halus-halus je kat situ, boleh tambah lauk-lauk lain dan gaul sekali. Tak lupa jugak letak pes cili dan minyak bijan [F kureng sket dengan minyak bijan ni, pasal tak tahan baunya]. Lepas tu, korang hentam la gaul habis-habisan.



Bibimbap ni, diibaratkan lebihan makanan yang ada, dicampur semuanya sekali untuk mengelakkan pembaziran. Lebihan ya kawan-kawan, bukan sisa-sisa lepas makan tu. Itu cerita lain dah.



Mana nak cari?? Kat restoran yang berasaskan makanan dari Korea dan Jepun, semuanya ada. Tapi mesti kena cari yang halal. Rasanya, kebanyakan pun dah ada sijil pengesahan halal.


Takpun, bibimbap tu, cubalah buat sendiri dengan selera tekak Melayu kita ni. Guna nasi lemak ke. Letak nasi lemak [nasi sahaja] dalam mangkuk besar, tambah sambal dengan ikan bilis, campur dengan timun yang dihiris halus, tak lupa jugak telur rebus. Lepas tu gaul. Mak aih. Terliur pulak nak makan.


Kredit :
seperti ditag.
GoogleImages [bento, bibimbap, kimbap]

Gusar

Siapa sangka, rupanya saya langsung tak boleh lelap. Sebab sebelum tidur, saya sempat membelek beberapa bab [sebenarnya banyak bab] Tunggu Teduh Dulu, nukilan Faisal Tehrani. Saya memang jenis yang sukar nak tidur selepas membaca. Biasanya, apa yang dibaca, terbawa-bawa ke dalam minda, maka tidur adalah hampir mustahil.




Rupanya, bukan itu sahaja, terlalu banyak perkara yang saya gusarkan. Tentang online offer letter yang belum diprint, printer dah rosak. Tentang yuran yang belum dibayar lagi. Perlu ke Bank Muamalat dengan Abah nanti. Memikirkan tentang kad pengenalan yang dibaharui sebulan lepas, belum terambil. Oh, sungguh menyerabutkan kepala otak ni. Sah-sah lagi tak boleh tidur.




Lagi parah, pabila perut rasa kejang tiba-tiba. Cuba diatasi dengan tenang kala keuzuran begini, sebab tekanan hanya memburukkan keadaan. Kurangnya tidur [tak tidur langsung sebenarnya], buatkan saya rasa nak pitam. Berdiri sahaja pun, pandangan mula kabur. Tambah-tambah, jadual makan kembali kacau-bilau. Selera dah hilang.




Oh..nampak gayanya, hidup perlu diatur kembali.

Tuesday, June 8, 2010

Sumpah Aku Rindu Kamu....

Nama dia Aina. F kenal dia sejak masuk sekolah menengah. Maknanya, dah kenal sejak lebih kurang 7 tahun lepas. Siapa kalo kat CFS dulu, mesti cakap besar punya, bagitau yang kami dah kenal lama. Kenal lama tak bermakna boleh kenal isi hati ke tak. Samala macam kami. Kami mungkin kongsi rahsia itu dan ini, tapi tak semua benda, luar dalam F tahu pasal dia.

Tingkatan 3.
Jamuan kelas 3 Alpha 2005.
Waktu badan masih boleh pakai kebaya dan tak nampak sendat. 
Huuuu.

Tapi Aina kenal F. Aina faham waktu F gembira, sedih, marah, merajuk dan macam-macam. Terutama waktu marah dan merajuk tu, solusi dia kat F senang je, buat bodoh je dalam sehari dua, lepas tu, dia mula la mengayat, pujuk-pujuk F. Dan kami berkawan balik. F dan Aina kekal satu kelas dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Kuasa Allah, dapat keputusan SPM pun, lebih kurang sama je. Dua-dua mintak JPA Medik, nak gi obersi. Dan dua-dua tak dapat. Tak ada rezeki, takpe, kami redha.

Tingkatan 4. 
Dinner 4 Alpha 2006.

Lepas tu, kami ditawarkan ke Asasi UIA PJ; F dapat Farmasi dan Aina dapat Biosains. Aina tak nak tukar course, jadi tercampakla kami ke course lain-lain. Tapi waktu tu, bilik dua-dua dapat aras bawah, cuma selang 1 bilik je. Melalak tetap melalak kat bilik Aina. Apa-apa kelab F, Aina mesti ada. Kalau rasa nak blah dari kelab yang tak best, dua-dua pun blah. Pernah ada orang cakap kami kembar, sebab dah kamceng macam gila-gila kan. Tapi tak lama kot.



Lepas tu, F makin sibuk dengan kelas, terutama semester 2. Jadi, jadual banyak clash dengan Aina, maka nak berjalan-jalan kat KL pun dah kurang.  Tambah pulak, waktu tu, dah jadi geng dengan budak-budak Farmasi macam Wa, Tiqah dan jugak Mun. Lagi berjauhan la dengan Aina.



Semester 3 kot yang betul-betul menjarakkan F dan Aina. Aina masih di bilik tingkat bawah dan F kena pindah naik tingkat 2. Satu rahmat jugak F rasa, sebab orang kata kalau kami duduk dekat sangat, kang naik bosan la pulak kan.

BBQ 4 Alpha 2006. 
F [Januari] dan Aina [Oktober], tapi nampak dia yang macam kakak.

Aina berubah. Bukan sebab cultural shock ke apa, tapi berubah ke arah lebih baik. Dah lama perasan dah. Aina selalu pakai jubah, tudung pun dari bawal yang biasa-biasa saiznya tu, kepada yang bidang 60. Tudung yang lagi besar. Sumpah jeles, sebab dia berubah untuk jadi seorang muslimah yang lebih baik, dan yang paling penting, dia istiqamah. Konsisten tau. Tak macam F. Huuu.




Jumpa Aina pun dah jadi jarang-jarang sangat. Kalau keluar lepak mana-mana, F dengan orang lain, Aina dengan orang lain. Kalau terserempak, borak dua tiga patah je la.



Bila teringat kat Aina ni, banyak benda yang boleh terangkan pasal dia ni. Aina terer masak, rajin kemas rumah. Calon isteri yang sesuai. Heee. Satu lagi, Aina ni clumsy. F pun sama, tapi kurang sikit dari dia. Hahahaha. Aina jugak seorang peacemaker. Satu geng dengan Awin. Waktu kat sekolah dulu, bila budak pempuan gaduh ngan budak laki, dorang berdua la yang paling semangat nak betulkan keadaan, damaikan suasana. Rindunya waktu tuuu.. Aina ni jugak jenis yang cepat gila blushing. Aina mungkin hitam manis sikit kulit dia, tapi sumpah boleh nampak merah muka dia masa malu-malu miao. Comel~~



Oh, sumpah F rindu gila kot dengan Aina ni. Dahla nak kontek pun susah. Aina hanya ada YM, selainnya, memang tak de. Mesej?? Dia tu spesies macam F. Jenis yang campak tepon merata sampai bateri kong. Jadi, susah jugak nak main mesej-mesej ni.



Banyak benda nak cakap, nak luah pada Aina. Nak cerita pasal macam-macam. Apa pun, tetap sayang Naa..



p/s: Gambar setakat sekolah menengah je. 2 sem pertama kat CFS, tak bawa kamera sebab rosak, dan masuk sem 3 baru beli kamera baru.

p/s: Abaikan muka kurang matang dan comot tak habis tu ya.. Heee. Dan abaikan jugak beginner yang belajar mengedit tak habis.

Monday, June 7, 2010

Kata Kunci 06062010


Keywords [Ahad, 06/06/2010]


coffee mate nota cinta, nota cinta coffeemate, coffemate-nota cinta, soundtrack coffee-mate - nota cinta episode.

lebih kurang je semua keywords ni, maka kita letak je satu tempat sini. Entri dah pernah dibuat maka bolehlah rujuk sini. Lagi pulak, sekarang ni, memang dah ramai orang buat entri pasal nota cinta ni. Senang je nak carik rujukan selain F. Klik sahaja imej kat bawah ni, jumpa la entri F pasal Nota Cinta ni.






fb fikah.

fb F?? Bukan apa, F ni jenis susah sikit nak add orang, dan susah jugak nak confirm friend requests jugak. Bukan apa, tak larat nak layan walls yang penuh dengan spams segala. Tapi, kalau nak add jugak, silalah ke sini.


Haaa!!
Amek ko besar gedabak.
Lupa nak kecikkan.





kenapa masih single?

Agaknya, mesti orang ni satu geng dengan F ni. Geng single yang sangat ready to mingle. Heeee. Kenapa F masih single?? Bacalah.. - Ya, saya masih single!!



mentor 4 dan ila mentor episod 1.

F sebenarnya dah tak tengok sangat Mentor ni. Tulis entri itu hari pun, sebab kawan punya pasal. Heee. Tapi tak salah kan nak perkenalkan bakat yang memang terserlah vokalnya tu.

Ila Mentor 4 - 1 dan Ila Mentor 4 - 2


apa kerja yang kita boleh buat dengan internet?

Internet ni, ibarat segala maklumat di hujung jari saja. Korang taip je apa yang korang nak cari, nanti terjumpa la segala macam info, sama ada yang perlu atau pun tak perlu. Memang banyak benda yang kita boleh buat. Haisyh~~kenapa tajuk macam nak buat esei je??


kovoi palestin.

Rasanya ada typo kat kovoi tu kan?? Patutnya konvoi. F tak bercerita sangat pasal ni, sebab F tak sesuai. F masih perlu banyak muhasabah diri dulu, betulkan apa yang patut. Cuma F boleh cakap, jangan lupa doa untuk konvoi tu. Tapi boleh jenguk blog bro Joe, dia pengulas yang baik pada F tentang hal konvoi ni.

Konvoi Palestin 1 dan Konvoi Palestin 2

Sebenarnya, banyak lagi, tapi boleh la jenguk lagi kat blog bro Joe tu.





Sekian sahaja laporan kata kunci pada hari Ahad, iaitu semalam.