Friday, May 7, 2010

Untuk Kamu

Assalamu'alaikum. Ke hadapan kamu. [ecece..skema surat cintan dah keluar dah]


Tadi saya dah cek saya punya offer letter. Dan saya rasa kamu pun sama. Tahniah!! Sebab kuat naluri saya mengatakan kamu bakal membawa gelaran MBBS [Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery] di kampus sana kelak. Tahniah sekali lagi. Saya bangga sama kamu. Kamu memang bijak, saya tahu.

Mengapa saya tetiba sentap nak flash back ingat kamu ni?? Sebab tadi saya tengok ER. Dah lama saya tak tengok, tapi tiba-tiba malam ini pulak masanya. Saya, kalau tengok ER, memang akan teringat kamu tau.


Oh, tadi ada babak Dr Carter mengamuk. Saya pun terfikir, macam mana la agaknya kamu nak menghadapi suasana kerja yang penuh tekanan tu?? Nanti kang, kejap-kejap mengamuk sakan. Tapi, fikir-fikir balik, sepanjang persahabatan kita yang sangat singkat itu, saya amatlah pasti, kamu pasti bergelar seorang doktor disayangi ramai.


Kamu suka cakap banyak, suka bertegur sapa. Tak sombong dan disenangi ramai. Semoga ciri-ciri itu mampu kamu teruskan sehingga ke alam pekerjaan kelak ye.


Saya malas dah nak tulis panjang-panjang, nanti tersyok sendiri pulak. Terima kasih kerana sudi membenarkan saya mengenali diri di sebalik kamu itu. Siapa sangka, ku sangkakan hatimu besi, rupanya bertaman bunga juga ye. Hee.


Oops. Lupa pulak. Sahir, kawan saya cakap kat mukabuku, "Hati saya kecil saja, tak muat nak letak taman bunga." Lebih kurang macam tu la. Agaknya, ada apa ya sebenarnya di hati kamu itu??


Semoga diizinkan Tuhan untuk bertemu lagi. Agak-agaknya, waktu itu, mampukah saya meletakkan pandangan saya pada kamu, walaupun seketika..?? Saya rasa, saya belum kuat lagi, walaupun rasa suka itu sudah beransur lenyap.


Jaga diri kamu baik-baik ye.


Salam ikhlas, dari F buat Encik Satu yang pernah menakluki hatinya.




p/s: entri jiwang karat. nak muntah, sila ke tandas sekarang.

2 comments:

ney said...

sape ni fikah~
fiakh dapat farmmasi ea?
tahniah2~

fikah said...

ney;
alaa..shieda tahu nya..
yang kita selalu dok kecoh2 tu..
hee.
farmasi??
tak dapat la..