Tuesday, May 4, 2010

Tumblr dan Aku

Aku dah jumpa balik aku punya Tumblr site. Link nya?? Maafla. Kalau open to public, [sebenarnya tak private pun], maksud aku reveal link tu, akan melukakan banyak pihak kot, walaupun nama-nama mereka tak dinyatakan secara terang dan jelas. Agagaga.

Entri terakhir, ialah yang ke-32, termasuk entri public dan private, pada 6 Februari 2010. Fuuuhhh. Lama tu. Dalam 2,3 minggu sebelum aku balik Kelantan la tu. Macam-macam cerita dalam tu. Macam-macam benda aku merepek, mengarut dan melalut semua ada.




Tumblr ni sangat simple. Tengok kat Dashboard nya pun dah tahu. Klik je kat ikon tu, terus boleh tulis. Tambah lak, banyak pilihan functions. Orang yang ada Tumblr, tahula bestnya guna benda ni.


Tapi kat situ tak boleh nak letak Nuffnang ads. Sayang betul. Takpe la, aku buat Tumblr untuk suka-suka, untuk menulis apa yang aku rasa dengan tulus ikhlas. Cheeewaaah..



Sekian saja cerita Tumblr di tengah-tengah hari ni.

No comments: