Friday, May 21, 2010

Tak boleh nak lelapkan mata, maka...

F tahu, sekarang dah lewat gila. Tapi memang mata tak boleh nak lelap langsung. Tiba-tiba terfikir, insomnia ni, ada jenis yang sekejap-sekejap ke?? Sebab ada lain masa, boleh je tidur, tapi ada waktunya jugak, memang tak boleh tidur langsung. Am I An Insomniac-to-be??



Dok lepas kat ruang tamu sambil dok sibuk download drama Korea yang entah bila nak habis ni. Rasa tak larat, tapi nak download jugak, sebab ada drama yang memang dah jadi wishlist F. Sampai dah ketagih ke apa ni -  Cerita Ketagihan.



Kalau rasa nak sama-sama ketagih mendownload, silalah jenguk ke sini - Suka Layan Drama atau Filem?? Tak pun, skrol ke bawah lagi sampai nampak F's Addiction punya kolum. Kat situ, ada macam-macam sites F letak, nak memudahkan diri sendiri jugak, kalau-kalau nak mendownload.



Dok kat rumah ni best. Iyelah, nanti dah masuk kampus, akan kata rindu rumah. Duduk rumah pulak, kejap best, kejap bosan, konon-konon nak masuk kampus cepat-cepat. Nanti ada la yang bising nak balik rumah segala. Rindu la, itu la, ini la.. Apala F ni. Dah merapu pagi-pagi buta ni.



Tapi kan, sebenarnya, F paling rindu bilik kat tingkat dua, Mahallah Zainab Jahsy. Bilikku yang nombornya 206B dulu tu. Sangat best. Selalu snap gambar dari situ. Nampak Langit yang Biru..Rindu la..rindu sangat-sangat..



Oh, 30 Days Project tertangguh lagi. Dah buat draf segala, tapi mesti blurr dan blank tiba-tiba. Maka hanya tersimpan dalam draf sahaja segala projek itu. Nantila ye, kalau betul-betul dah cukup material, baru publish, kalau tak, jangan harapla nak biar orang tengok entri yang hampeh ke apa. Heee. Korang join tak?? Nampak gayanya, buda-budak yang baru cuti, dah mula join. Waahh!! The more, the merrier la kan??!!



Oklah. Alang-alang tak tidur, baik tunggu Subuh je la. Dah dekat sangat ni, lagi setengah jam kot. Ok. Cau..

No comments: