Monday, May 24, 2010

Siapa Orang Melaka??

[baru dijadikan sticky post, sila skrol ke bawah untuk entri terbaru] 

PERHATIAN!!!

Terutama kepada orang-orang Melaka dan sesiapa jua yang pernah lawat Melaka!!




F bakal ke Melaka lagi 3, 4 hari dari sekarang. Ikut Mama pergi seminar. Oh, Mama layan seminar la, F kena la layan diri sendiri, nak jalan-jalan kat bandar Melaka tu.



Bukan tak pernah pergi, tapi tiap kali pergi, mesti kena pergi tempat yang orang dah biasa pergi. Macam Kota A'Famosa, Stadhuys, replika kapal.


Nak tahu mana lagi tempat yang best. Oh, river cruise dah pernah tau, masa pergi dengan rombongan Program Kepimpinan Tun Razak [PKTR] 2 tahun lepas.



Dah tanya-tanya sama Kak Ina, dia baru je lepas pergi hari tu. Dia ada cadang macam-macam tempat, pesan suruh naik Menara Taming Sari [oh, daku sungguh gayat], insya-Allah akan cuba naik jugak.



Korang tahu tak mana lagi tempat-tempat yang best?? Pasal tempat makan, tak kisah sangat, sebab kat hotel yang bakal duduk ni, memang semestinya dah sediakan makan.


Oh, nak tahu jugak, kat mana boleh cari panggung wayang. Nak pergi wat gila-gila sikit, nak buat movies marathon puas-puas. Hahaha. List movies nak tengok, berlambak-lambak dalam kepala otak tau.





Okeylah. Harap dapat cadang pada F tempat-tempat yang best ya. Oh ya, kalau ada yang nak bagpack atau travel beramai-ramai, boleh la jenguk blog ni. Ada sediakan tempat penginapan dengan harga yang sangat berpatutan. Terjumpa masa blogwalking. Feedback yang diterima sangat bagus.





Kredit imej : seperti di tag
GoogleImages

10 comments:

Nurhidayah Erlyna~ said...

sy org mlake
welc0me to mlake F!!!!

nuRuLain_zAiNi said...

tempat makan best..medan ikan bakar umbai~~~~~ saya org melaka! selaamat brcuti

kenwooi said...

i wont be in malacca soon, but i miss the place =)

Kyosingcat said...

Kyo orang melake, atau lebih tepat belajar kat melake..hehe, saje nak tambah... melaka wonderland theme park dah dibuke. For adult skang promotion tiket rm20...so alang2 dah sampai ke melake bleh laa g jenguk2. Senang2 jenguk laa blog kyo blik k klik2 nuff hehe..papaii~

NokiaDream said...

Welcome to Melaka!!
p/s: Kyosingcat, aku yang org melaka pun xtau melaka wonderland dah bukak..kecian

M a W a D D a H said...

melaka banyak tempat best...sila-sila lah jalan2..hehehe..enjoy yourself...

jfook said...

Am not from Malacca, but I love Malacca.LOL

ney said...

saye orang melaka,ic pon plat melaka,tapi saya tak pernah dok melaka~heee..so tataw nak suggest pe..

mak fikah kursus kat ne?kalau kat bandar,senang je,bandar hilir tu mcm2 ada,muvie pon ada~

kalau kat pantai,tg bidara ka,klebang ka,pengkalan balak ka,dok men wat istana pasir je la kot~

kak ina kl said...

wah..dah nak gi melaka ker???bestnya.jgn luper bawak balik cencaluk dan belacan tauuuu

papabear said...

bukan orang melaka tapi selalu gi melaka sebab naik feri gi dumai..