Tuesday, May 4, 2010

Siapa Nak Tiket Percuma ke YOUTH '10???

 Youth '10 ni merupakan acara tahunan kali ke-3, yang mana mengumpulkan remaja-remaja untuk menyertai MACAM-MACAM acara. Pabila F kata MACAM-MACAM, memang sangat banyak acaranya. Boleh pilih nak pergi yang mana-mana pun.

Ada:

[1] Festival Muzik
[2] Festival Sukan
[3] Festival Tarian
[4] Festival Penerokaan
[5] Festival Beli-belah

Bila ni??

Tarikhnya : 28 hingga 30 mei 2010.

Oh ye ke?? Waktu hujung minggu tu. Nak bawak kawan-kawan ke, ahli keluarga ke, sanak saudara ke, boleh je.


Kat mana ni??

Tempatnya : Pusat Dagangan Dunia Putra atau nama glamornya, PWTC dekat dengan Terminal Bas Putra dan The Mall, kat Kuala Lumpur tu.


Kena bayar tak??

Ya. Kena bayar. Ada pas RM 5, ada pas RM 20. Tapi F ada cakap pasal tiket percuma kan?? Mudah saja. Siapa-siapa yang nak pergi, boleh la klik kat link bawah ni. Kemudian, daftar sebagai ahli YouthSays untuk claim pas anda. Senang kan??


Untuk maklumat lanjut. boleh layari event YOUTH '10 ni kat Facebook


atau pun


kat laman web rasmi YOUTH '10.



Sesiapa yang nak pergi tu, bagi tau la F. Manalah tahu, ada rezeki, panjang umur dan jodoh, boleh kita jumpa kat sana.

Yang bawak kawan-kawan atau rombongan ramai2, anda juga berpeluang dapat wang tunai ok?? Nak tahu macam mana?? Klik kat mana-mana link kat atas.

6 comments:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

alamak ai..jauh nun ke situ la plak...akak kat hujung peta malaysia...hohoho...xdapat p..=(

Wan Haffiz said...

ak dh ado pass free tuh..tp cek2 balik..ak kena balik cuti la plop..huhu

milimilo said...

tiket yg free jelah =)

f is fikah said...

cik aidacomei;
hujung peta??
jauh bunyinya tu.
kat mana tu kak??
kan best kalo dapat jumpa2.

f is fikah said...

wan haffiz;
aku pun.
baru dapat tahu tadi nak gi melaka 26-30 mei.

f is fikah said...

milimilo;
dah orang nak bagi free,apa salahnya kita ambil kan??