Sekarang ni, masih lagi berlangsung set kedua perlawanan antara Lee Chong Wei dan Linda. Kalau tak silap, ini merupakan pertemuan mereka yang ke-21, dan yang ketiga di Malaysia, yang mana 2 perlawanan sebelumya dimenangi oleh Lee Chong Wei.
Walau bagaimanapun, Lee Chong Wei tewas pada set pertama 21-17, tapi yang mengagumkan F ialah semangat juang Lee Chong Wei selepas ketinggalan 8 mata sebelumnya. Tengok kepada set kedua ni, Lee Chong Wei betul-betul nampak tertekan. Sekarang ni pun dah tertinggal 6-14. Lin Dan konfiden je macam biasa.
Tak mustahil untuk Chong Wei menewaskan si Lin Dan yang agak berlagak ni. Cuma satu je, kena lagi yakin. Chong Wei bukannya calang-calang pemain, No.1 dunia lagi tu. Cuma yang F selalu perhatikan, Chong Wei bila berdepan dengan Lin Dan, akan ada semacam low self-esteem. Itu cuma pendapat F je.
Come on, Chong Wei!!! Pasti boleh!! Menang kalah tu kan adat, tapi teruskan berjuang habis-habisan.
p/s : Nampaknya dah 8-19. Doakan saja keajaiban berlaku. Walau apa pun, kami tetap sayangkan kamu, Lee Chong Wei!!
No comments:
Post a Comment