Friday, May 14, 2010

Selamat Tinggal Piala Thomas..

Mood : dalam kesedihan.

Kecewa memang kecewa, tapi nak buat macam mana kan, dah tuah tak memihak kita. Servis serba tak menjadi, smash serba tak kena, asyik sangkut kat jaring, tak pun bulu tangkis jatuh kat luar.

Kredit : agingresearch.wordpress.com


Tak apa la, wahai pasukan badminton Malaysia, bukan rezeki kita pada kali ni. Kalau sape-sape rasa nak mengamuk, jangan mengamuk lebih-lebih ya. Jangan nak hentam ke kutuk ke apa. Kita kena belajar terima kekalahan ni dengan cara yang sepositif dan seoptimis mungkin.

Kredit : bbc.co.uk

Berbanggalah, kerana anda telah menyokong dengan sepenuh hati, jiwa dan perasaan. Berbanggalah juga dengan pasukan badminton negara kita, kerana mereka dah berjuang habis-habisan. Sekurang-kurangnya, kita dah buat yang terbaik, pada pandangan F.

Kredit : plu.edu

Lagi bagus dari orang yang letak status kat YM atau Facebook ke, cakap, "Nak menang Piala Thomas, mimpi je la." Itu sungguh tak patut.


Selamat tinggal Piala Thomas. Agaknya kau jadi milik siapa ya nanti?? Indonesia kah?? China kah??

4 comments:

Amanina said...

taknak china dahhh. taufik hidayat, tolonglahhh kalahkan lin dan tu. pleaseee

fikah © said...

Amanina;
haaa.
elokla dua tu bertemu.
sama-sama cepat naik angin.
cepat 'panas'.
heee.
kita tengok macam mana taufik akn kalahkan lin dan nanti.
heee.

sri said...

nak taufik hidayat! walaupun diri ini mencintai Lin Dan..

fikah © said...

sri;
kamon la beb!!
setia la wei!!
heee.
aq totap ngan lin dan.
taufik kan dah kawen.
dan aku baru dapat tau yang beza umur lin dan & taufik, 1 thun je.
taufik 29,lin dan 28.