Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Pekerja, Hari Ni 1 Mei kan??

Assalamu'alaikum. Salam seantero dunia.

 PERINGATAN!!
Penjahat atau penjenayah Internet tak cuti ye hari ni.
Hati-hati sebelum laman sosial atau blog atau emel anda diHACK!!


Hari ni, sempena 1 Mei, semua tahu, semua maklum, Hari Pekerja, atau dialihbahasakan dari bahasa omputeh, jadilah, Hari Buruh. Walau apa kenamanya hari ini sekali pun, 1 Mei ni diraikan untuk para pekerja. Dapat cutila kan, tambah2 pulak, hari ni, hari Sabtu. Hujung minggu weh!! Yang ada keluarga tu, tak keluar jalan ke mana2 ke?? Inilah masanya nak habiskan masa berkualiti dengan anak2 tersayang.



Yang berbalak atau berawek tu, nak keluar sama2, BERINGAT!!! Korang takde ikatan sah lagi tahu. Apa kata keluar ramai2?? Lagi havoc dan kecoh wa cakap lu beb!! Lagi syok!!



Tapi, walaupun hari ni 1 Mei, sepatutnya cuti, aku rasa ada je yang tak cuti hari ni. Contohnya, macam tempat kerja lama aku [ceh, macam lama dah berhenti konon, padahal semalam baru je hari terakhir], stesen minyak. Takkan la nak cuti jugak weh, kalau tak, korang2 yang nak keluar jalan2 ni nak pergi camna kalau kereta tak isi minyak kan??


Hospital pun sama. Akan ada yang cuti, ada yang tak. Tapi yang pasti kakitangan hospital, tak kiralah doktor ke, jururawat ke, atendan ke, tukang cuci ke, mesti kena cukup kat hospital tu. Nanti, ada apa2 hal berlaku ke, nak rujuk ke mana kalau bukan ke hospital kan??


Keselamatan negara. Polis2, askar2, semuanya kena berjaga2 dan bersiap sedia. Kebiasaannya, orang nak buat naya, atau buat jenayah ni, waktu cuti-cuti nila. Nak adu, mestilah pada pihak berkuasa atau pihak keselamatan. [p/s: oh, kalau korang nak komplen pasal kes polis tembak budak tu, di sini tempat yang salah ok??!!]


Berhati2 ye korang yang keluar tu, jaga kocek masing2. Selain kena berjaga2 sebab pencopek, atau peragut, kena bersiaplah nak melobangkan poket korang tu. Almaklumlah, gaji mesti dah dapat kan, mesti nak shopping sakan la tu.


Sebelum nak blah gi shopping dengan Angah kejap lagi ni, aku dengan tulus ikhlasnya, ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua yang bergelar pekerja.



Huuuuu. Aku terkecuali la nampak gayanya. Aku kan dah resign semalam. Huuuuuu.

Kredit : seperti yang dinyatakan pada imej-imej.

No comments: