Sunday, May 16, 2010

Sayang Cikgu..

Ketepikan mood yang buruk pada petang tadi. Sebelum kelewatan, perlu buat jua entri ini.


Saya tak nak cakap banyak, sebab saya tahu, kata-kata mana memungkinkan saya menggambarkan keikhlasan dan pengorbanan cikgu-cikgu saya.


Jutaan terima kasih sekali pun, tak akan cukup untuk saya ucapkan buat cikgu. Namun, penghargaan itu kan lebih bermakna jika mampu diungkapkan??


Selamat Hari Guru buat


Bakal pensyarah-pensyarah saya di UIA kampus Kuantan kelak. 
[2010-2014]

Pensyarah-pensyarah saya di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya 
[2008-2010]

Guru-guru saya di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa 
[2003-2007]

Cikgu-cikgu saya di SK Kubang Kerian 3 
[1997-2002]

Para pendidik di Taski Ripas al-Mardhiah
[1995-1996]


Tak lupa juga buat para pengajar saya di Pusat Tusyen Pakar, Pusat Tusyen al-Amin, Pusat Tusyen Dinamis dan juga Cikgu Mokhtar, yang ajar saya Add Maths sewaktu cuti sekolah hujung tahun tingkatan 4, di mana saya tidak pernah mendapat C dan ke bawah apabila saya ke tingkatan 5.

Paling istimewa, tok guru yang ajar saya mengaji dari kecil, semestinya jiran saya, Pak Cik Omar, yang tak pernah langsung meminta upah.


Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

4 comments:

Kie-yu said...

selamat hari guru utk semua warga pendidik~
jasamu dikenang!

EDDY DY said...

Pasal cara melajukan internet tu...ada balasan dari admin MYyav kat situ..ko bca balik la..k..thanks..

fikah © said...

Kie-yu;
ya, selamat hari guru semalaysia!!

fikah © said...

EDDY DY;
dah..dah..
dah baca dah.
thanks tau!!