Friday, May 14, 2010

Saya Seorang Blogger.

Bosan dah kisah cintan-cintun ku, baik cakap pasal benda lain. Meh kita borak-borak pasal jadik blogger. Best ke tidak?? Mestilah best kan!!


F banyak belajar macam-macam dari blogger-blogger lain. Yang lebih otai, lebih senior, lebih arif, lebih berpengalaman. Dari bab nak coding, nak jadi a friendly blogger, belajar blogwalking cara yang betul dan macam-macam lagi. Tapi yang F masih tak boleh nak kuasai lagi, sudah tentulah SEO [Search Engine Optimization]. Memang dari awal dengar SEO sampai sekarang, masih tak faham-faham.


Hari ni nak kongsi sikit apa yang F belajar. F berkemungkinan besar akan ulang balik apa yang blogger lain pernah cakap. Harap tak kisahla, sebab ingat-mengingatkan ni kan elok.



1] Komen.

Kena rajin bagi komen kalau kita nak orang komen balik entri kita. Mungkin kalau bukan hari ni dia balas balik, tapi bila mereka ada masa, memang akan dibalas balik.


Dan F baru belajar lebih kurang 2 minggu lepas dari Kapten yang semua orang dok panggil uncle, pakcik. Kalau biasanya memang dah ada profail Google kan, tapi lepas belajar dari Kapten, F sekarang ni selalu komen, mesti guna URL.



Bukan apa, satu, kita dapat tahu siapa referer kita, dua, bila orang klik kat situ, terus boleh masuk blog kita dan tiga, paling penting, kuasa backlink, terutama kalau kita gi komen kat blog yang femes amos macam Kapten tu yang dah Page Rank 4 woh.


Terima kasih ya, Kapten!!



2] Isi kandungan.

Bila orang dah datang blog kita, orang ada macam-macam expectation. Lain orang, lain gayanya. Isi mesti nak menarik [walaupun dalam blog ini takde la menarik sangat]. Olah gaya sendiri la, kawan, tak payah nak ikut stail orang.


Tapi kan, sebenarnya, bila kita dah banyak baca dan tengok blog-blog lain, kita secara tak langsung akan develop stail kita sendiri hasil dari pembacaan kita. Betul, tak tipu. Yang F tahu, ini berlaku pada F la kan. Orang lain, F kurang pasti la pulak.

Ini bakal balak-balak baru.
Rain & Lee JunHo [2PM]

Ada orang perlukan kontroversi atau cerita sensasi nak tarik perhatian, tapi ada juga orang yang tulis pengalaman dorang dengan gaya tersendiri, masih dapat hit tinggi. Kesimpulannya, jadilah diri sendiri, be original, seperti kata bestie saya, Zaty.



3] Idea.

Mana nak dapat idea ni?? Asyik stucked je. Dah tulis 2, 3 ayat, tiba-tiba kosong dan hilang semua buah fikiran yang letak dalam entri. Ramai orang yang pernah alami macam tu.


Cara F?? Bila rasa nak luahkan apa je, taip je terus. Kadang-kadang, kita rasa kita tengah merapu, tapi kan, bagi orang lain ada yang enjoy je. Contohnya, ada entri yang F tak fikir panjang, terus buat entri dan publish.






Bab-bab nak carik idea, F belajar dari Joe Grimjow dan ramai lagi. Ingat kat bro Joe, sebab dia ada cakap cuba tengok kat YouTube dan sebagainya. F buat ikut idea-idea yang lain, tapi tidak YouTube. Kenapa?? Sebab F akan terus lupa pada tujuan asal nak buat entri dan akan terus-menerus tengok YouTube tanpa henti. Heee.


Oh, nak idea jugak?? Buat pasal artis, hiburan dan apa-apa sahaja yang berkaitan. Macam F, buat entri Ila Mentor 4 suka-suka sebab kawan yang kecoh suruh undi Ila. Dan entri tu memang dapat tarikan jugakla.





Dalam buat entri on the spot pun, ada entri yang buat F ambil masa lebih kurang sejam, sebab nak pastikan betul-betul sampai pada yang membaca. Nak kena cari gambar, video dan info-info berkaitan.



Oh, boleh buat jugak yang pasal isu-isu semasa, macam sekarang ni musim Piala Uber/Thomas. Memang kalau orang yang tak sempat nak tengok matches dorang, akan cuba cari info pasal tu. Cubalah.






4] Blogwalking

Korang blogwalking macam mana?? Hee, mesti lagi kaw-kaw dari F kan?? F sekarang ni, hanya mampu blogwalking kat pengkomen-pengkomen je. Dulu, sempat jugak blogwalking kat blog-blog orang yang menjerit kat kotak chat tu. Tapi sekarang ni, asyik tak ingat. Heee.


Blogwalking dan cuba komen dekat entri dorang. Tak salah kan, kalau kita spend masa sikit untuk jenguk-jenguk blog orang lain, sebab kita tak tahu apa yang kita boleh belajar dari dorang. Kiranya, korang dapat dua dalam satu, trafik dan info baru.





Itu je la dulu. Sebab dah lupa la pulak. Maaf ya, sebab takde gambar. Padahal cik Lolly dah pesan kat blog dia, entri sebaik-baiknya biar ada gambar. Eh, kena carik gambar la, sebab nampak plain gila. Hee.


p/s : Saya seorang budak yang masih belajar tau. Tak semestinya kena ikut semua ni. Kan dah cakap, setiap orang ada gaya tersendiri. Jadi, bentukkan gaya anda itu. Heee.

*wink*
Kenalkan, ini Yoona.



Kredit:
GoogleImages dan seperti ditag.

20 comments:

Ery Farieha said...

kapten mmg bagus wlopon kdg2 hampeh
hahahaha

kenwooi said...

i think good content and blogwalking will do the trick =)

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

whoa.. bagos2. semangat itu yang kite mao. nanti dapat duit nuffnang dan dapat isi masa lapang. mane tau bleh jadi blogger tegar.

SyerAgh PgrEE said...

kdg2 org akn follow kita klau blog kita best. x smua org follow dgan harapan untk difollow balik. saya gembira berblogging, da nak msuk 2 mnggu berblog secara tetap

aku memang begini said...

menarik, menarik,menarik,.cuma yag tak phm psl URL tu, x pe.ade mase lebih akak try wat.my b tak bace details sgt kot

Lovely Bella said...

stuju.. stuju.. sumenyer btul.. heheh :) semakin byk kite explore .. semakin byk yg kite akan dpt.. :)

Iocus Theoda said...

Takper, rasanya kita semua pun ngah blaja...sape yang lahir2 je da tau berblogging..tak sah manusia cenggitu.

Sama-sama la kita dalam hidup ni ;)

NiZaM Limited said...

Cool, good..seriously NICE entri.

blogging mmg best, sbb paling utama kita boleh kluarkan pendapat kita, utk org lain nilai. kiranya blog jadi medium luahan suara kita.

sy pon baru berjinak2 dgn blog ni sbnrnye. kalo dulu asal ingat blog je tempat luahan semata2. skrg bila dah masuk dlm blog ni baru tau..blogging is more than that.

Tips2 yg fikah kasi kat atas tu pn mmg btol sgt2 semuanya. sy sbg bloger baru bleh jgk buat panduan. hehe..

nice posting.. :)

kak ina kl said...

salam..betullah tu..biar ada identiti sendiri..tak yah tiru org lain..kapten luffty ker yang k amu maksudkan

fikah © said...

Ery Farieha;
hee.
hampeh ke dia??
kalau tak mana sampai pr 4.
hebat tu.

fikah © said...

kenwooi;
yup ken!!
i do agree.
blogwalking actually gives more traffic than we can ever imagine.
couldn't agree less on that.

blog content??
YES.
but guess i need to do more varieties to my blog content.
more colours are needed her.

fikah © said...

0sh!Nz d' sen0r!ta;
duit nuff??
lambat lagi la kot.
sikit je.
tak macam orang lain.

blogger tegar??
masih jauh perjalananku.

fikah © said...

SyerAgh PgrEE;
dulu, saya nak sangat ada ramai followers.
tapi semaki lama berblog ni, saya sedar yang sikit atau banyak itu tak penting.
orang follow, saya bersyukur.
tak follow pun takpe, sebab itu hak masing2 la kan.
yang penting, biar ada orang yang sudi baca blog picisan ni.

fikah © said...

aku memang begini;
macam yang akak komen kat F sekarang ni, akak dah guna url la tu.
yang bagusnya,saya klik je nama akak kat situ, terus boleh masuk blog akak.
dah tak payah masuk profail blogger dulu.
F dah agak, bab url tu, ayat macam pening sikit kan.

fikah © said...

Lovely Bella;
itula kan kak.
kena rajin je lebih sikit.
nak apa, semua dapat bile kita explore ni.

fikah © said...

Iocus Theoda;
betul3.
semua pun kena blaja, dan masih blaja.

fikah © said...

NiZaM Limited;
hebatla kamu.
baru blogging, tapi dah dapat banyak tarikan.
mari kita terus berblog ya.

fikah © said...

kak ina kl;
heee.
macam akak la.
orang kenal akak sebab akak suka masak dan suka ikut aktiviti nuff.
itu dah jadi identiti akak.
jeles saya.
heee.

ya kapten luffy.
heeee.
sonok baca blog dia.
terhibur sangat.

gaga o lala said...

nice post f :)really useful for the newbie like me. thanks for the tips.

*blog for ur self-satisfaction. don worry too much bout the traffic - i dont really remember who said this actually but i do agree with his statement.

fikah © said...

gaga o lala;
no biggie dear :).
yeah, at first it's satisfaction, then i started to be money-minded.
now, i crave for both.