Apabila tiba awal minggu ini, di mana kitaran menstruasi F juga bermula, keadaan semakin teruk. Dari makan waktu tengah hari dan malam, hanya makan pada waktu petang. Itu pun, dengan jumlah yang sangat kurang.
Hari ini, baru F sedar, rupanya, tak jamah nasi langsung. Sedar apabila, rasa badan lemah sangat-sangat dan kepala pun naik pening. Fikir-fikir, sebab period ke, tapi biasanya, waktu beginilah selera makan mendadak naik.
Tapi tidak kali ini. Pagi, minum sekotak susu coklat Dutch Lady. Tidak makan tengah hari kerana tiada selera dan fokus pada benda lain. Petang, keledek goreng. Malam, segelas kopi, itu pun separuh je. Dahsyat kan??
Oh, jangan cop F nak diet ya. F cakap je kat mulut nak turunkan berat badan ke apa semua, tapi hakikatnya tak buat pun. Makan totap menten nak banyak. Heee.
Cuba cek kat Internet sama ada selera makan berkait dengan menstruasi atau tidak. Rupanya, YA.
Sumber : Buzzle.com
Semua simptom yang F highlight kan tu, semua ada. Tapi paling teruk adalah hilang selera makan. Sungguh tak sangka, sebab keluarga dan kawan-kawan tahu betapa F sangat suka makan. Suka mengunyah je, tak bagi mulut duduk diam.
Apa nak buat haa??
p/s : Tadi ingat nak jalan-jalan singgah blog. Nak balas komen. Tapi otak sangat blurr. Kosong. Zero.


8 comments:
get well =)
Disiplin amat penting, bukan hanya untuk mereka yang nakal je.
Disiplin diri akan mendidik dan menghalang kejadian seperti mana yang u katakan.
Ikut jadual kehidupan.......StayTune.
Look at the brightside, at least ure not like my gf. Bile period makan byk lepas tu complain gemuk pulak haha.
uiks..bukan kat artikel tu kata ovulasi ke. mksdnye normal la bagi pmpuan kan. so, mkn la panadol kaler pink..erkkk..
kenwooi;
thanks a million!!
thanks so much for your concern.
i'm more than well enough to get active again today.
heee.
nebular;
disiplin itu luas perspektifnya.
ya, memang bukan untuk orang yang nakal sahaja.
sesiapa sahaja perlu disiplin.
saya pun.
tapi kat rumah ni macam lagi susah nak disiplinkan diri.
chris_lim;
hahaha.
i guess, you don't mind part 'makan banyak' right??
it's the compalaining, isn't it??
well, i don't know if this applied to all, but sometimes i do complain things i didn't even mean.
heee.
peace.
send my regards to your gf.
NiZaM Limited;
heee.
tanak ajar badan ni biasa sangat ngan panadol pink tu.
pernah makan sekali je, waktu tu memang tak boleh bangun langsung.
tapi biasanya, after a good rest, memang dah ok balik.
Post a Comment