Thursday, May 6, 2010

Rintihan Seorang Anak

Bapa saya seorang polis. Maka, itu menjadikan saya dan adik-adik secara tak rasmi, sebagai anak-anak polis. Bangga?? Sangat berbangga. Sebab polis itu bapa saya. Abah kesayangan saya.


Kembang kempis hidung bila berjalan-jalan di sekolah, orang tanya, "Hoi, bapak kau kerja apa??", dan saya dengan tenang dan bangga gila menjawab, "Abah saya polis. Abah saya tolong orang. Abah saya jaga keselamatan negara."


Oh. Sebentar. Hari ni bukan hari polis, apatah lagi hari bapa. Saya menulis untuk menunjukkan rasa bangga saya sebagai seorang anak buat bapanya. Tak salah kan??


*****
Saya berjalan-jalan ke blog-blog. Baru sebentar tadi, selesai melunaskan hutang 'blogwalking'. Tak enak rasanya, orang sudah susah-payah ke sini, tapi tak diendahkan. Namun, ada satu entri, pada blogroll seorang blogger, menimbulkan rasa ingin tahu saya yang membuak-buak.


Jikalau saya ceritakan, semua akan tahu kisah apa. Berita terhangat yang menggemparkan negara. Saya membaca atas tujuan nak meluaskan pandangan dan pemikiran. Tidak mahu hanya sempit pada satu ruangan sahaja. Tapi, akibatnya, saya menjadi amat 'sentap'.


Mengapa?? Menulis seolah-olah dia mengetahui segalanya. Dari A - Z. Lupakah dia bahawa Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah S.W.T.?? Saya tertarik dengan satu komen yang diberikan oleh seorang komentarnya. Sungguh bernas, mengambil pendirian untuk tidak memihak ke mana-mana. Namun, apa yang dibalasnya, saya rasakan, sungguh emosional. Dilemparkan tuduhan itu dan ini. Saya hanya mampu terdiam.

Pesan saya mudah, berbuat sesuatu jangan sampai melampau-lampau.

*****

Abah, walaupun Abah tak terlibat langsung, tapi pekerjaan yang Abah pegang itu, akan jua terpalit. Abah saya disayangi, ya, saya tahu dia disayangi ramai. Dia mungkin nampak garang, bengkeng dan tegas, tapi saya tahu hati dia sangat baik. Kalau marah-marah sekali pun sampai berapi-api, itu hanya seketika.


Saya tahu bagaimana Abah saya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang penguatkuasa. Saya tahu. Saya percaya padanya. Walau ada yang mungkin pada pandangan sesetengah pihak, polis itu hina dan sebagainya, tapi Abah saya jauh sekali begitu.


Hentikan sebarang spekulasi atau kontroversi atau apa-apa yang boleh mengguris hati banyak pihak. Biarkan suruhanjaya siasatan bebas itu menyelesaikan siasatannya. Benar atau tidak keputusan akhirnya, Allah sahaja yang tahu. Salam takziah juga buat keluarga arwah Aminulrasyid. Al-Fatihah. Semoga roh arwah tenang di sana.

*pandang muka Iwan, yang juga 15 tahun itu, dalam diam saya mendoakan agar Allah sentiasa melindunginya.

Entri ini ditulis kerana ingin meluahkan rasa sayu seorang anak terhadap bapanya, yang secara tidak langsung juga seorang anggota polis. Buat Abah, Along sentiasa percaya atas keikhlasan Abah mencari nafkah buat kami sekeluarga dengan cara yang halal, walaupun doktor kurang membenarkan penglibatan Abah dengan SJ.


Along sayang Abah. Mama. Adik-adik + 1. Opah.

12 comments:

mindbreaking said...

sama r, MM pn anak polis...abah MM slalu cbuk keje, sakit pn smpat lg keje namun org ramai x pernah nk hargai pandai mengutuk jer...kalu jadi kat diri sendiri br tau...

Abesa007 said...

nice, huhuhuhu

saya tengok orang ramai kecoh pasal blogwalking ni, untuk tambah traffic katanye, tapi kan nanti jadinya orang singgah kat shoutbox jela, content blog kadang2 orang tak baca pun....haishhhhh

Alynn Notnot said...

sabar ye. skrg ni semua org nk pertikaikan. hmm

Shahrul Azrie said...

ayah dlm dunia ini tiada nilainya

ney said...

huuu,touching la bile bace~

f is fikah said...

Abesa007;
oh dear,i've explained about it on your page, right??
so wish you would gain something from that ok??

f is fikah said...

mindbreaking;
samala kita MM.
abah sakit teruk,kena kanser 5tahun lepas.
lepas cuti 2tahun sambung jugak keje,tapi on and off.
tak ramai yang hargai usaha abah nak buat kerja tu.

f is fikah said...

Alynn Notnot;
itula.
yang F minta, satu je, jangan burukkan mana2 pihak.
diam kalau tak tahu sahih atau tidak satu2 berita tu.
dok asyik bercakap pasal arwah pun,nanti tak tenang roh dia.

f is fikah said...

Shahrul Azrie;
tak boleh nak gambarkan dengan kata2.
baiknya dia pada mata kita, dan rasa terlindung selalu.

f is fikah said...

ney;
touching??
kalau dok kat depan korang ni,sah2 dah sentap dan menangis sakan.
tak boleh nak tahan tekanan ni,walaupun bukan secara langsung.

cik ani said...

biarla..org lain tu kdg2 pandai ckp je,sedangkan hal sebenar blom lg dibongkar..mulut org xboleh nk ttp..doa je la yg tebaik utk family kita..
by the way, nice entry..

fikah said...

cik ani;
terima kasih sangat2 cik ani..
doa je la yang mampu kita buat sekarang ni..