Sunday, May 16, 2010

Piala Thomas 2010 Milik China

Berakhir sudah perlawanan akhir Piala Thomas 2010, apabila kemenangan menjadi milik mutlak China, dengan 3-0 menewaskan Indonesia.



Walau bagaimanapun, suka tengok Simon Santoso main pada set pertama. Tenang, tersusun, berstrategi dan sangat menguasai gelanggang. Namun, di set kedua, nampaknya, Simon sperti hilang semangat, sebab bantahannya terhadap Chen Jin kerana raket Chen Jin melepasi jaring, tak diendahkan si umpire. Bukan sekali, tapi kalau tak silap dua, tiga kali jugak macam tu, menyebabkan Simon teralih fokusnya.


Simon Santoso,
pemain harapan Indonesia.

Di set ketiga, memang sangat nampak Simon tak berdaya, tetapi masih lagi memberikan saingan terhadap Chen Jin. Lebih malang, apabila raketnya yang hanya sedikit melebihi jaring, dikira kesalahan oleh umpire. Jadi, konsentrasi Simon semakin lenyap.

Chen Jin,
pelengkap kemenangan China.

Maka, sekarang upacara penyampaian hadiah buat pasukan-pasukan yang memenangi tempat ketiga, kedua dan Juara Piala Thomas 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil, oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Jumap lagi di Piala Thomas 2012!!

2 comments:

jfook said...

Congrates to China!

fikah © said...

jfook;
congrats..congratss!!
they're too strong.