Monday, May 24, 2010

Pening oh pening!!

Kepala otak tengah sengal dan bengan lagi ni. Akibat tersentak waktu bangun tadi. Bangun terkejut2 ni, memang tak syok, sebab akan merubah mood segala. Angin baik pun, boleh tukar jadi ribut taufan dalam sekelip mata.



Iya, kalau ada yang bertanya, F bangun setelah kedengaran azan Zuhur. Dahsyat kan anak dara sorang ni. Sebelum korang nak kutuk atau caci maki segala, ketahuilah, F tidur selepas solat Subuh. Dalam pukul 6lebih gitu. Dan bangun jam 1.15 petang.



Bajet-bajet, tidur 7 jam. Cukupla tu kan.



Susahla macam ni. Asyik terbabas je waktu tidur. Semalam sebab syok sangat layan variety shows Korea kat lappy ni. Tengah syok-syok tengok, tak sedar masa dah berlalu. Alang-alang semalam, terus buat entri sekali. Haaa, senang baru tak lupa. Kalau tak, asyik konon2 sibuk la katakan.



Nak gi bekpes jap, eh, eh, tak. Nak gi brunch terus. Sebab dah lebih sejam bangun, tapi tak lapik perut.



p/s: Buat Farah, budak malas yang kool gila tu, harap banyak-banyak la sabar. Sebab ko tengah naik, maka orang jeles pun ramai la. Pedulikkan si Anons semua tu. Konon-konon minat Shahir AF8 tu, buatla cara minat. Ini nak gi mengutuk orang kat blog empunya. Apa kes???!!!

10 comments:

ney said...

i pun bagun almost 2pm everyday~heee memg xley wat bini~

Aku Memang BeGiNi said...

tak de n-try psl mentor eh?

Lovely Bella said...

tido.. jangan x tido.. ZzZ ngantuk laa ptg2 nih... huhuhuh

fikah © said...

ney;
alahai shda oii.
cik nijam tak marah punya.
heeee.
masih bleh wat bini apa.
kan dah ada si dia.

fikah © said...

Lovely Bella;
itula akak.
memang tengah nak lentok.
tapi kalo tido lagi petang ni, alamat malam ni memang tak tido trus la.

fikah © said...

Aku Memang BeGiNi;
heeee.
sori sangat2.
tengok tu tengok semalam, tapi berselang seli dengan jangan lupa lirik.
dan semalam gak, mode download, maka nak update mentor pun kureng.
akan diusahakan.

NiZaM Limited said...

mak aih..ganaznye..zohor baru bangun.
ni mesti kes tak tido malam..subuh baru nak tdo ni kan.=p

ravishingpeacock said...

bahaya woo bgn tsentak cm2..leh jd hangin 1 bdn kot kalo xkna gaya

fikah © said...

NiZaM Limited;
a'ah.
agakla.
lepas subuh baru leh lelap.

fikah © said...

ravishingpeacock;
betul2.
memang semua benda serba tak kena, tak jadi.