Loading...
Name:
Gender Male
Female
Email Address:
Handphone number
Where do you live?
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve health
Increase energy
Improve skin
Earn extra income

This HTML form was created by Freedback.

Wednesday, May 5, 2010

Nak 'Blogwalking' ke Tak??

Alhamdulillah. Waktu tengok bilangan unique kat Nuffnang, ada la sedikit kenaikan. Tak banyak, tapi syukur sangat-sangat, sebab sekurang-kurangnya, nak pastikan blog ni terus hidup, usaha F tercapai dan rasa berbaloi. Syukur.


Bukan tak nak target banyak-banyak, tapi F percaya, setiap apa yang kita buat sekali pun, perlu dimulakan dengan perlahan-lahan. Mana ada orang berblog hari ni, esok lusa dah digelar "Top Blogger" kan??


**********

Hari ni rasanya dah buat 'blogwalking' secara kecil-kecilan. Iyelah, pergi jenguk blog-blog kat sidebar yang ada entri terbaru. Sambil tu, sempat la jugak cuci-cuci mata dengan gosip dari Joegrimjow tu. Haa. Indah sungguh rupanya dunia blogger ni.


F punya cara 'blogwalking' nak kata lain, rasanya, tak adalah lain sangat kot. Selain ke blog-blog wajib dan yang punya entri-entri menarik, F selalu lawat bloggers yang sudi meninggalkan komen kat blog ni. Syukur, selain menaikkan trafik mereka, sedikit sebanyak F berjaya mengenali mereka, dan persahabatan secara tidak langsung terjalin. Best kan??


Selain tu, F cuba sedaya-upaya menjengah balik blog-blog mereka yang tinggalkan jejak kat kotak melalak tu.  Heeee. Yang tu memang perlukan banyak sangat masa, dan F ingat, malam ini, selepas drama Korea di KBS World Astro 303 Cinderella's Sister, adalah masa yang sesuai kot. Lama sangat dah tak buat macam tu.


Maaf buat mereka yang F seringkali terlupa nak datang melawat. F manusia biasa, blogger dengan blog yang biasa-biasa saja dan pendapatan yang seciput. Nantila, kalau dah dapat gaji bulan 4, tengokla, kalau ada rezeki, cuba buat kontes. Aih, boleh ke tidak tu, F pun tak tahu. Maklumlah, bukan arif sangat bab-bab kontes ni.


Ok. Malam nanti ye nak 'blogwalking' puas-puas sampai termuntah. Heee.

p/s : Nak pergi ngap pisang goreng kat dapur tu. Haa. Siapa goreng?? Mama la, since she got an offday from work today.

2 comments:

zumiela7 said...

fiqah, free2 singgahla kat blog org...keep in touch siott...

f is fikah said...

insya-Allah.
keep in touch jugak.