Tuesday, May 11, 2010

Masihkah Ada Harapan Buat Malaysia??

Petang tadi, kita dikhabarkan dengan berita gembira kemenangan Lee Chong Wei. Kemenangan yang tak terhenti begitu sahaja, apabila beregu No. 1 negara, gandingan Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong turut menguasai beregu dari Jepun.


Namun begitu, setakat ini, walaupun Malaysia mendahului Jepun 2-1, harapan yang tinggi buat beregu seterusnya, yang kini sedang bertarung, adakah hanya tinggal sekadar harapan??


1 mata buat Jepun disebabkan kekalahan Wong Chun Han pada perlawanan kumpulan yang ketiga tadi. Dan kini, beregu kita, Fairuizuan Tazari dan Zakry Latif sudah pun ketinggalan, setelah tewas set pertama tadi.


Di set yang kedua pula, nampak gayanya, Jepun menguasai perlawanan juga. Begitu kencang sekali debaran di hati F, mengenangkan corak permainan mereka.


Sama-samalah kita doakan agar Malaysia mampu ke perlawanan akhir Piala Thomas 2010 ini dan seterusnya, menjulang kembali kegemilangan untuk menjuarai piala tersebut.



p/s: Simpati pada pemain badminton kesayangan..siapa lagi kalau bukan Lee Chong Wei dan KKK & TBH.

4 comments:

kak ina kl said...

akak tak layan sgt badminton ni...tapi klu hb akak memang minat sungguh..

kat melaka..byk tpt leh gi tgk..terutama kat air keroh..ada zoo melaka, taman buaya, taman rama-rama, taman mini..muzium pun banyak juga...naiklah boat menyusuri sungai melaka, naik tamingsari, eyes of melaka, a famosa, akak pun tak habis lagi merayau ke semua tpt ni.

oh yer ada satu tpt baru buka..planetarium melaka.

fikah said...

kak ina kl;
lagi minat badminton dari bola, kak. bola saya tak larat nak tunggu.hee.

yang zoo dan taman2 tu, tak gi lagi rasanya. tapi naik bot tu udah. nanti nak pegi naik taming sai, sebab hari tu tak sempat.

terima kasih ya untuk info2 ni akak. nak cuba gi tempat yang tak habis jelajah lagi.

Aku Memang BeGiNi said...

sukar betul nak melakar sejarah rashid sidek dulu

fikah © said...

Aku Memang BeGiNi;
sukar, tapi tak mustahil.
dulu,zaman tu, china tak sekuat sekarang.
pesaing kita indonesia je.
tapi sekarang, jepun, korea, china, denmark, boleh tahan kuat.