Thursday, May 6, 2010

MALAYSIA, bukan Malingsia.

Siang tadi, kecoh jugak arena blog ni kejap. Iyalah, nama Malaysia dibuat main orang luar, siapa tak sentap kan. F tak tahu la kenapa mesti timbul balik isu ni, atau sememangnya perkara ni tak selesai lagi kot dari dulu. Sebab tu ada lagi ni.


Ada satu blog ni, hina Malaysia. Blog yang berbahasa Indonesia, tapi tak tahula betul atau tidak orang Indonesia sendiri yang buat blog tu. Manalah tahu, ada pihak-pihak tertentu nak musuhkan kita.Siap panggil Malaysia dengan gelaran Malingsia. Tak tahula apa sebab nak buat macam tu.


Dalam blog itu jugak, siap ada nak boikot barangan Malaysia lagi. Contohnya, Astro, AirAsia dan macam-macam lagi. Mula-mula sentap jugak, eh, nak boikot-boikot barang orang, kang aku boikot barang korang gak, baru tau. Tapi ada ke??


Ish. Jahat bunyinya di situ. Ok. Dah, dah. Tak nak cerita lagi pasal tu.


Cuma nak bagi tahu kat dorang, jangan susahkan sahabat-sahabat dorang yang datang cari rezeki kat sini. Walaupun tak semua baik, tapi F ada kamceng tau dengan mak cik-mak cik tukang cuci Indon ni. Siap buat entri khas lagi. Seronok tegur-tegur dorang, mak cik-mak cik tu pun sama. Sebab bila kita buat baik dengan orang, orang mesti akan buat baik dengan kita jugak kan??


Agaknya, orang yang buat blog hina kita tu, saja je nak emo-emo kan. Tak pe, tak pe. Kita balas balik guna cara kita yang tersendiri, F pilih cara macam ni, tak suka la nak kontroversi atau sensasi ni. Tak best. Ini sebagai menyahut seruan Encik Ben Ashaari, supaya kita, bloggers dari Malaysia untuk bersatu, jangan diamkan diri bila orang hina kita. Jangan biar orang sewenangnya ambil kesempatan.


Pada pendapat F la kan, orang yang mengutuk kita, tak perlulah kita nak kutuk atau maki-maki dorang balik dengan kata-kata kesat. Kalau tak, kita sama je la dengan taraf penghina-penghina itu.


Dahla. Tak mahu dengar gaduh-gaduh lagi dah. Bosan. Kenapalah sejak kebelakangan ni, asyik berita dan cerita tak best dan buruk je ada..?? Mana hilangnya kebahagiaan dan kegembiraan yang selama ini menyelubungi kita??

4 comments:

shafiq said...

tak habis2x la orang indonesia ni.. bikin orang panass je..


My latest entry : Aksi Kucing vs. Invisible Objects

mie said...

betul tu...
slalu juga dgr kes yg xde kesudahan...
apa gunanya hina menghina...
hohoho

f is fikah said...

shafiq;
entahla.
fenin..fenin..
agak panas la.
dengan suhu 39 darjah ni.
hee.
peace!!

f is fikah said...

mie;
tak faham dengan orang yang suka kecoh ni.
entah bila nak habis, tak tahu la.