Wednesday, May 5, 2010

Lepas Suka-suka, Tiba-tiba Sedih

Tadi kena brainwash. Oleh ibu dan bapa tersayang. Cakap pasal keputusan akademik aku selama 2 tahun itu, yang agak teruk. Memang teruk pun. Aku dah sentap, rasa nak menangis teresak-esak je, tapi sebab aku jenis yang latih diri sendiri tak menangis depan orang, maka aku bertahan.


Kasihan sama mereka. Anak ini banyak main. Anak ini suka belajar saat-saat akhir. Maka, akibatnya, tak boleh mengharapkan keputusan setinggi langit.


Memang benarlah kata seseorang, tiada orang mengetahui sejauh mana kau berusaha, tapi yang orang nampak hanya hasilnya. Jika hasilnya buruk, orang sudah dapat mengagak, usaha kau cuma dikit.



Tak mengapa. Aku terima semuanya. Aku reda. Ini dugaan. Apalah sangat nak dibandingkan dengan orang lain kan. Aku kan kuat, lebih kuat dari dulu, tika menaip entri ini pun, air mata masih lagi segan untuk mengalir. Kalau dulu, pantang sikit terima berita macam ni, mulalah pipi lencun dibasahi air mata. Seorang diri pulak tu. Sampai aku tak boleh nak tidur. Asyik insomnia seminggu, memikirkan tentang kesalahan aku.


Benda yang lepas tak boleh diundur dah. Aku, akan cuba terus memandang ke hadapan, sebab aku tahu, ini bukan penamat kisah hidup aku lagi. Aku boleh terus berusaha.


Oh, walaupun aku emo gila ni, aku akan cuba jalan-jalan malam ini ok?? Jumpa malam nanti teman-temanku.

8 comments:

zumiela7 said...

its ok beb...bykkn bsabo...i'd been at a place like u...

f is fikah said...

thanks a lot.
your comment somehow lifts me up.

Abesa007 said...

seriously, Cleopatra Stratan...cute lil girl with sweet voice...
=D
sharing is caring

Malwana said...

Salam..

sabar2, selagi parents menegur kita, itulah tandanya mereka still perhati, fokus, n jaga kita..

*duk kube kerian area beloh mano ek? huhu..

bh said...

live life...tak berjaye kalau tak gagal kan?

f is fikah said...

Abesa007;
why cleopatra stratan, the rome girl all of a sudden?

f is fikah said...

Malwana;
ya.setuju sangat.
sebab sayang la, tegur kan.
kalau tak,haa, lantak ko nak buat apa.
tak gitu??

kube kriye,dekat2 nge area petronas kk.

f is fikah said...

bh;
yup.
perlu berani gagal untuk berjaya.
perlu berani jatuh untuk bangun.
kena ambil pengajaran dari situ.