Thursday, May 6, 2010

Lain dari yang Lain

Hari ni, memang serius rasa lain gila. Maafla. Semput pun tak hilang lagi ni, penat pun tak habis lagi. Dari pagi berkejar dengan Abah ke sana sini.

Mula-mula, ke JPN, buat kad pengenalan baru. Nasib baik gambarku comel aja. Heee.

Lepas tu, gerak lagi, dengan motosikal tahu, ke ASNB, buka akaun, nak masuk duit gaji bulan 3 tu. Melabur sikit la katakan. Untuk masa depan jugak.

Kemudian, singgah Pantai Timur kejap, cari-cari barang. Tak sempat nak fikir beli apa-apa, hanya beli apa yang patut je.

Jalan lagi. Sampai kat tempat letak motor, dah dehydrated gila. Abah pun sama. Gerak-gerak, pergi Restoran Mak Su Nab, minum-minum. Tak tahan weh. Dahaga yang amat.

Balik-balik, buka internet, tengok apa yang patut. Nak cek offer letter IIUM, pukul 2.30 petang baru dapat. Mesti sesak gila masa tu.

Dapat 2 berita, baik dan buruk.

Baiknya, akak blogger comel ni, bagi award. Wah, sumpah hepi siot. Entri tangguh dulu ye kak??Hee.

Buruk pulak, pasal blog Indo kutuk Malaysia. Tak habis-habis lagi dari dulu alkisah benda ni. Malas la nak layan. Maaf, tak bagi link, sebab nanti blog dia naik hit dan trafik. Tapi, takpe, nanti kita buat entri untuknya sama-sama ok.

No comments: