Thursday, May 13, 2010

Kenapa Saya Masih 'Single'??

 AMARAN LAGI!! : 
Hati-hati, anda mungkin tertidur bila baca entri ini.



Heeee. Sebelum sempat nak taip, F dah gelak-gelak kecil sorang-sorang. Bukan apa, ini dah macam nak mempromosikan diri, sambil bagitau, "Wahai lelaki sekalian!! Aku masih single..Cepat..cepat..siapa nak jadi balak aku??"



Oh, tidak sama sekali. Bukan itu motifnya F buat entri ini. Cuma nak berkongsi pendapat perseorangan..rasa hati seorang individu. Sebab nampak gaya, entri yang lepas, semacam melihatkan F dah berpunya. Heee. Ya, memang dah berpunya. Crush main-main je la. Itu artis Korea la. Siapa la F kan, nanti ada orang komplen kenapa perempuan suka sangat sama mamat-mamat Korea.





Okey. Rasa macam dah melalut pulak. Mari kita tengok sebab-sebabnya.



[1] F rasa F jahat sikit sebab minta putus.


Rasanya, F mula main-main cinta waktu darjah enam. Heee. Cinta monyet gitu. Laki-laki itu namanya Hisyam. Syam, itu yang F panggil. Harap-harap dia tak bacalah entri ni. Rupa dia biasa-biasa saja pada pandangan F. Bukan nak kata F ni cantik sangat sampai nak cakap dia macam tu, tapi ada orang lain yang lagi hensem kot.


Apa yang buat F tertarik pada dia waktu tu, sebab his sense of humour. Sumpah happy je bila dok dengan dia. Kelakar sangat-sangat. Tak ingat pun if we ever officially declared. Sebab budak-budak lagi kot. Semuanya okey je, sampaila satu tahap F rasa F perlu putus dengan dia. Sebabnya, entahla, F pun kurang pasti.


And he cried, asking for explanation. F tak rasa dia cengeng ke apa, sebab yang tengok dia menangis adalah kawan-kawan F, bukan depan F pun. Tapi itu tak menampakkan dia lemah. Tidak bagi F. F kesian, tapi rasa tak boleh nak get back together dah ke apa.


After we finished our last year in primary school, he went to US of A. Ikut bapak dia yang kerja doktor kat sana.

p/s : Dengar cerita, dia dah ada awek. Dan dia sekarang ni tengah belajar kat Mesir, kalau tak silap la.



[2] F takut akan komitmen.


Dari sebab pertama, membawa ke sebab kedua. Dihantui rasa bersalah sangat-sangat. F selalu fikir, F tak mampu nak ada komitmen terhadap satu-satu perhubungan. F rasa bersalah sangat-sangat kat dia. Sampai rasa F tak layak nak berhubungan dengan sesiapa pun.

Sebab dia. Sebab F pernah lukakan hati dia.



[3] F bimbang sejarah mungkin berulang.


Kalau orang lain bimbang mereka akan ditipu atau dikecewakan oleh pasangan masing-masing, F lebih cuak dan runsing, jikalau F yang mengecewakan.

Selalu dok fikir, macam mana kalau si dia tak suka ini, benci itu..Apa pulak jadinya kalau F spoils everything. F mungkin nampak macam cerewet dan leceh, tapi tak sebenarnya. Dari cari salah si dia, F asyik fikir apa-apa yang jadi pun, salah F.



[4] F cepat bosan.


Sebab F rasa F ni boleh jadik sangat annoying, bila orang annoying pada mata F. Kadang-kadang, pada pandangan orang lain, tak annoying. Saja F nak rasa annoying. Maka, akibatnya, F akan rasa bosan dan malas nak mempedulikan.


Haa, macamla F ni bagus sangat kan??



[5] F belajar dari pengalaman kawan-kawan.


Ada kawan-kawan yang bahagia, tapi tak lama kemudian putus macam tu je. F jadi lagi berhati-hati. Nak kawan dengan semua orang, boleh je. Tapi nak bawa ke tahap yang serius itu, yang F jadi beringat-ingat sikit. Sampaikan kawan baik F [oh, dia takde blog], selalu ingatkan,

"Kau kawan dengan siapa-siapa pun, jaga-jagalah sikit. Jangan jadi macam aku. Aku tak nak tengok kau kecewa ke apa ke dengan sesiapa pun. Sebab aku sayang kau. Aku tak nak benda yang dah jadi kat aku, jadi balik kat kau."

Dia dah bahagia pun sekarang. Dan sekarang, kawan-kawan F ada yang bising, "Weh, kalau kau dah ada balak nanti, bagitau aku eh. Aku nak jadi orang yang pertama tahu." Amboi..amboi..semua mesti nak tahu dulu.


Dan kawan-kawan, F masih lagi mencari okey?? Heee.



Itu je la dulu yang F boleh fikir. Nanti kalau ada lagi boleh kongsi pengalaman lain. Ikutkan, dah jumpa dengan seseorang yang boleh masuk dengan jiwa F. Muka otai, tapi hati baik gila. Tak tahu la itu memang dia, atau pun dia pura-pura baik je kat YM, tapi F sangat selesa dengan dia.



Malangnya, itu kisah lepas SPM. Dah tak baik sangat dah dengan si dia sekarang, sebab F yang dah semacam develop perasaan suka pada dia. Tak syok la gitu. Nanti rosak persahabatan. F rela undur diri. Tapi sayang sekali, sebab kawan dengan dia sangat best. Best sangat.



Sekian dari orang yang perasan nak jadi doktor cintan-cintun.

23 comments:

kenwooi said...

when the time is right, it'll happen =)

kina ;) said...

Uiks! Dr. Cinta? :D
Takpe2, single is better. Hehe.
Part yg cepat bosan tu, same la.*hifive* :P :P

mie said...

oh masih single??
ada peluang ni..
heheheee

kyo_9 said...

Anda Bijak Jauhi Zina
;)

nebular said...

Tak kiralah balak mana pun, janji memang kena dengan budi bicaranya.

StayTune

Iocus Theoda said...

STUJUU!!!

Alynn Notnot said...

hahahah dah smpi jodoh nnt, ade la tu :D

NiZaM Limited said...

sume tu bleh simpulkan dalam F tak sedia utk satu hubungan yg serius.

bila sampai masanya, semua hormon pmpuan tu kluar. dah jadi lebih matang dari segi pemikiran dan tanggungjwb. kat situ baru F rasa nak kapel2 ni kot.

hmm..hmm..=p

Aku Memang BeGiNi said...

hahhha, baru sml dok borak2 ngan kawan akak sebab munasab naper akak still single,..hehhhe

My Lil' Princess, My Hubby, My World said...

F ni risau terlebih la...cuba bg peluang utk mencintai dan dicintai...dlu2 cinta monyet je, xyah rasa bersalah la...(pepandai je bg nasihat, nk pakai, pakaila, xnk pakai pn xpe)

Nurul Zaty said...

its ok dear..
masa itu akan tiba jugak
n im surely u will have a much better and good partner for ur life k..
sabar tau syg..
sabar la mncarik encik satu itu smula k..
kalo x pon.
msih ramai encik encik ...
hehe..kumbang bkn seekor..

kumbang yg susah nk dpt tu la
pastinya berkualti tinggi kan..:)

fikah © said...

kenwooi;
yup ken.
i guess i just have to wait, right??
yup, the time will come, soon.

fikah © said...

kina ;);
heee.yup3.
for now la.
nanti dah kena start cari.
heee.

fikah © said...

mie;
heee.
yup3.
single and ready to mingle.
hahahahaha.

fikah © said...

kyo_9;
insya-Allah.
semoga Allah melindungi saya.
lindungi kamu.
dan mereka yang di samping saya dari zina.

fikah © said...

nebular;
yup.
budi bicara.
tapi nak yang berbudi, kita dulu yang mesti tahu berbudi bicara kan.

fikah © said...

Iocus Theoda;
heeee.
setuju apa ni dik??
heeee.
itu pengalaman sndiri je.

fikah © said...

Alynn Notnot;
insya-Allah.
sangat percaya pada ketetapan-Nya.
Dia dah tentukan segalanya.

fikah © said...

NiZaM Limited;
betul tu nizam.
memang F tak rasa bersedia lagi.
tengah tunggu masa je.
heeee.

fikah © said...

Aku Memang BeGiNi;
eh ye ke??
apa sebabnya akak??
ada sama macam F eh??
heee.
pemikiran budak2 lagi tu, akak.

fikah © said...

My Lil' Princess, My Hubby, My World;
itu la akak.
risau lebih2 ni tak elok.
tapi F rasa F lebih kepada belum bersedia nak hadapi semua tu lagi kot.

fikah © said...

Nurul Zaty;
thanks darl!!
encik satu terlalu baik untuk aku.
aku rasa nak berdamping dengan dia pun tak layak.
dia nampak sangat sempurna pada mata aku.

PutraRocker said...

coupling is haram in islam..o_O