Monday, May 10, 2010

Kenapa Saya Mahu Diterjah Eyriqazz??

Saya nak bro Eyriqazz atau pun juga dikenali dengan nama GTO, sebab bro kita ni minat sama pelakon Jepun yang berlakon dalam drama Great Teacher Onizuka.

Jangan main-main tau..
sekarang dah eyriqazz[dot]com tau..

Jarang sekali F missed baca entri dia, sebab letak link nya kat blogroll, maka setiap kali entri barunya muncul, maka, F akan cuba sibuk-sibukkan diri nak gi baca dan komen apa yang patut.


Dan bro Eyriqazz ni, sangat suka terjah orang. Habis semua orang nak diterjahnya. Dari Hanis Zalikha, sampai Cik Epal dan MelRomeo pun diterjahnya habis-habisan. Sampai digosip-gosipkan dorang ni antara satu sama lain.


Kalau sesiapa selalu baca setiap entri, mesti bro Eyriqazz ni nak berpantun. Ada je pantun di awal atau akhir entri, dan kadang-kadang mukaddimah dan penutup pun dua-dua sekali letak pantun. Yang best pasal pantun bro ni, sebab mesti akan mengaitkan dengan apa yang dia lalui dan dari cerita dalam entrinya.


Bro Eyriqazz ni rajin orangnya. Apa-apa je ada events Nuffnang, mesti pergi punya. Sebab tu, F suka baca entri-entri dia pasal events Nuffnang. Dah kita tak dapat pergi, tumpang seronok orang yang pergi pun dah kira syok apa.


Rajin jugak berjalam-jalan ke blog-blog orang lain. Rajin meninggalkan komen. Senang cerita, semua benda pun dia rajin la.


Dalam banyak-banyak entri bro Eyriqazz, F paling suka, Rahsia Sarapan Pagi. Mesti ramai yang pelik, kenapa mesti pilih entri ni. Sebab lepas baca, F terus betul-betul ada kesedaran nak bersarapan pagi. Lagi-lagi pulak, bro letak direct link ke Kosmo Online, yang ada artikel penuh. Dari situ, F tahu yang tak kira pukul berapa pun anda bangun pada waktu pagi, mesti nak kena sarapan dengan makan makanan yang berkarbohidrat dalam jangka masa satu jam.


Terima kasih pada bro Eyriqazz, sebab sejak itu, tak pernah missed breakfast. Entah kenapa, baca entri tu, terkesan pulak nak bersarapan. Padahal dah tahu sangat pentingnya bersarapan.


Sekian sahaja laporan terkini. Doa F, supaya bro Eyriqazz terus maju dalam berblogging. Walau apa pun orang nak kutuk ke apa, selagi kita tahu apa yang kita buat dengan jelas, mesti akan berjaya jugak. Insya-Allah..


Terjahlah saya, bro Eyriqazz!!!






p/s : Maaf, terlupa pulak macam mana mula-mula boleh kenal dengan bro Eyriqazz ni..Harap dimaafkan ye..

6 comments:

aizuddin.com said...

bro gto ni pun ada buat terjah2 ke..hehe..baru tau..

Sharinginfoz said...

baguskan kalau dapat diterjah oleh eyriqazz. mesti hot punya....

Buffered Earnings 2 Sekali

fikah said...

aizuddin.com;
sebenarnya bro GTO dah lama wat terjah2 ni.
mula dengan kawan2 rapat, seterunya blogger2 femes.

fikah said...

Sharinginfoz;
best..best!!
suka die punya style tersendiri bila terjah orang tu..
join la..

Eyriqazz said...

salam fikah..

terharu baca entry fikah...so as u r first person menghantar..my promise to u..anda pasti diterjah..cuma maaf kalau lambat coz ramai dlm queue...lagipun..saya tak suka terjah terburu2 n cam lepaskan batuk di tangga..

anyway,thanks again..love ur entry....

fikah said...

Eyriqazz;
thanks a million bro Eyriqazz!!!
tak sangka sebenarnya dapat first, sebab niat memang saja suka2.
tapi ada peluang diterjah oleh bro, memang suka sangat2!!
takpe, lambat ke cepat, tak kesah.