Wednesday, May 19, 2010

Kenapa Saya Berblog??

AMARAN yang tak pernah2 habis : 
ORANG LAIN DAH RAMAI BUAT ENTRI CAMNI. heeee.



[1] Sebab kawan pun ada blog.

Mula kenal blogspot pada pertengahan Disember 2007,lepas tengok ramai kawan yang ada blog. Terfikir, aku mana boleh terlepas, kena la up-to-date jugak sebab orang lain pun ada.



Waktu tu, dunia blog takdela besar sangat macam sekarang, atau pun memang dah luas pun, tapi F je yang tak tahu. Heee.




[2] Sebab suka-suki.

Ramai orang yang bersebabkan yang ini. Suka-suka. F pun bermula dengan suka-suka tahu. Tengok balik entri bertarikh 14/12/2007, komplen kenapa harga ABC [air batu campur] kat pasar malam rumah F naik.



Rasa kelakar pun ada, sebab fikir betapa tak matangnya lagi pemikiran masa tu, walaupun dah lepas SPM. Heee.




[3] Sebab nak femes.

Ini pun ya la kot. Nak rasa macam mana perasaan jadi terkenal kat alam maya. Perasaannya mesti lain sikit kan??

Tiba-tiba teringat biskut Famous Amos.
F suka Pecan & Butterscotch.


Tapi, F tak terkenal. Heeee. Tengok pada orang lain la, yang bila keluar je, ada je orang tegur.




[4] Sebab nak duit.

F waktu mula-mula berblog, F tak fikir pun sangat pasal duit. Memang tak tahu langsung. Oh, macam mana kenal Nuffnang?? Melalui kawan, sebenarnya, Srii. Cuba klik kat ad Nuffnang kat blog dia, yang mana membawa F untuk mendaftar.






Sejak masuk beberapa sen dalam akaun F, dah rasa happy. Tapi tak sehappy akak sorang ni. Baru setahun berblog dah cashout lebih RM 700++ dan dapat hadiah lagi sebab ikut Project Alpha Season 1. Kan kak Izzah????  F banyak belajar dari dia secara tak langsung.




[5] Sebab mahu berkongsi.

Dalam blog, boleh buat macam-macam. Dari bercerita tentang diri sendiri, kepada berkongsi maklumat tentang apa-apa dengan pembaca.


Kredit : www.spotlites.com

F yang tak berapa ngetop ni, bagi tips konon2 Bagaimana Nak Mempopularkan Blog Anda Cara Murahan??


Kebanyakan blog top berkongsi pasal tip nak tingkatkan trafik dan juga tutorial tentang macam-macam, selain kisah mereka.






Sampai di sini dulu ya. Masing-masing ada sebab tersendiri kenapa kita berblog. Tak perlu la dengar orang lain dapat banyak duit dari blogging, dan kita pun nak berblog jugak. Tak semudah itu, yang dapat duit banyak tu sebab mereka bermula dari bawah dan sudah lama berblog.


Selamat berblog!!

8 comments:

kenwooi said...

i blog to share experiences and thoughts.. =)

kak ina kl said...

salam fikah..N3 yang akak buat tu memang nak kenakan balik si eriqazz..

betul tu tak mudah nak dapat duit dari nn.kena kerja kerja. keras.

macam akak dulu di tahun pertama kenangan yang tak blh di lupakan sbb dpt hadiah hp blackberry curve..memang contest dan dpt duit walau pun tak banyak.

alhamdulliah di tahun kedua rezeki makin bertambah..setakat dari nov hingga skrg dah nak dkt RM600.00..bkn senang nak dpt sebyk tu.kena kerja keras.

helena's said...

kamu punye sebab yang bagus :)

mie said...

kebanyakkan sama je tujuan nya...
hehehehee

fikah © said...

kenwooi;
and i believe you blog for fun, too!!
i knew it because i do have fun reading your blog.

fikah © said...

kak ina kl;
itula namanya rezeki kan akak??
saya kenal akak pun disebabkan entri blackberry tu la.

fikah © said...

helena's;
heee.
thnks!!
sebab duit.
heeee.
tak la.
sebab nak have fun.

fikah © said...

mie;
hahaha.
ya tak ya.
betul3.