Monday, May 24, 2010

Kecuakan..??!!

Malas nak panjang-panjang, kita main buat ringkasan je hari ni.



CUAK #1

Waktu dapat tahu kena update results sepanjang kat asasi, di laman web JPA. Sebab saya ini kan telah flunked my course subjects dengan 'jayanya'.



CUAK #2

Saya hanya berserah pada takdir Illahi untuk daptkan biasiswa JPA, tapi kali ini, dengan berbekalkan tawaran ke BioSains. Walau apa pun, saya kena bersedia dengan segala kemungkinan.



CUAK #3

Maca-macam perasaan dan reaksi kawan-kawan bila ditanya tentang kampus utama kat Pahang nanti. Ada yang takut, ada yang tak semangat dan ada yang tak sabar-sabar lagi nak pergi. Saya?? Cuak la, sudah semestinya.



CUAK #4

Dalam saya yang tak tidur-tidur lagi walaupun jam dah menginjak ke angka 3, saya terdengar pulak salakan anjing. Dah lama dah tak de, tetiba pagi ni, anjing tu datang balik. Iyelah, hari tu, sebelum Achu mati, kata Abah, memang Achu jaga kawasan kami. Dikejarnya anjing tu sampai ke pelusuk mana entah.


Oh, Achu tu kucing kesayangan saya yang dah mati awal tahun ni.



CUAK #5

Sebab saya ada kucing baru, yang namanya Moy, saya takut jadi apa-apa kat Moy tu bila dengar anjing menyalak. Moy tu bukannya garang dan agresif macam Achu dulu, walaupun Moy tu jantan.



CUAK #6

Waktu saya sibuk-sibuk tengah download, waktu tu jugakla idea datang. Bila dah ada masa free gini, buka tab New Post, tapi blurr je rasa dalam kepala otak ni. Alahai, alamatnya bersawanglah blog ni kalau terus macam ni.




Sampai di sini dulu ya kalau ada yang sudi membaca. Maaf sebab selalu lesap je.


Jaga diri..

8 comments:

ravishingpeacock said...

ini btol2 cuak ni hhehehe ;)

suhaisweet said...

nice blog n n3..visit mine if free k.;D

ney said...

fikah,nak tnye ckit,yg biasiswa jpa tu,lepas da update result,kene wat folow up ag ke?cene kita nak taw yg kita still dpt jpa tak kat main cam naty?

emm,pe maksud fikah twaran biosc?tukar cos ke fikah?

fikah © said...

ravishingpeacock;
heeee.
sangat2 cuak.
macam2 hal yang perlu nak cuak.

fikah © said...

suhaisweet;
thanks!!

fikah © said...

ney;
fikah tak dapat pmacy.
dapat biosci.

pasal jpa tu, nanti fikah updtae kan.

hanae said...

mkcik, awat tetibe biosc nie???
terkejot ouh aku bce...

fikah © said...

hanae;
huuuu.
tanda aku direject dari pmacy la tu.
huuuu.