Tuesday, May 25, 2010

Jom Main Piano!!

Pianist tu, pemain piano la kan. Entah betul ke tidak istilahnya tu Heeee.


Dah lama tau teringin nak belajar main piano. Seronok betul bila dah ada piano sendiri ni. Nak main dan melalak sorang-sorang dalam bilik pun, tak de orang akan kisah dan marah punya.


Oh nak tahu harganya berapa?? Heee. Cuba teka.



PERCUMA tau!! Hahahaha. Piano di alam maya saja ya, kawan-kawan. Mestila percuma. Terjumpa waktu blogwalking tadi. Sesuai sangat la untuk orang yang langsung tak ada asas macam F ni.

Kredit : Virtual Piano

Walaupun dah ada panduan, tapi tak semudah yang disangkakan tau nak main benda ni. Memang la main tekan dan hentam saja keyboard PC atau lappy kita ni, tapi tetap susah bagi F tau.


Tak terbayang orang yang belajar piano ni betul-betul kat pusat muzik semua tu. Dihantar dari kecil, rupanya supaya senang nak dapat tangkap ilmu piano ni. Kalau Abah F hantar si tua bangka ini yang sedang menaip ni, alamat jawabnya, entah bila lah nak lulus.

Kredit : themalaymail
Nama : Tengku Ahmad Irfan bin Tengku Ahmad Shahrizal

Kagum betul dengan si cilik ni. Baru umur 11 [darjah 5], tapi main piano, kaw-kaw punya. Macam pro. Oh, dia memang dah pro pun.


Dah nak sambung main piano balik ni. Jangan kacau kejap ya. Heee.

3 comments:

::dAuZsHaNLeY:: said...

cam best!
nak blaja gak lah..

fikah © said...

::dAuZsHaNLeY::;
jom3!!

naimMulana said...

learnt piano will help understand both cleft on the notes better!..hope u enjoy it..