Thursday, May 6, 2010

Jikalau Anda di Tempat Saya

Saya baru lepas tengok IIUM Online Offer Letter lebih sejam yang lepas.

Layari laman web : A & R IIUM

pilih
yang mana seterusnya akan membawa anda ke Online Biodata Update.

Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor matrik anda.

Walaupun saya tak dapat kursus yang saya nak, tapi tak sangka, hati saya boleh menerima dengan tenang. Bayangkan, dari Farmasi ke Sarjana Muda Sains, siapa tak haru kan. Tapi syukur Alhamdulillah sangat-sangat, sebab doa saya selama ini dah dimakbulkan - untuk kuat dan tabah menerima apa pun jua. Hei, ini kan berita baik! Saya mahu dan tak malu untuk berkongsi dengan semua. Untuk dapat meneruskan pengajian ke Kuantan itu, merupakan satu rahmat buat saya.


Sekarang, saya berada di dalam dilema. Mengapa?? Sarjana Muda Sains menawarkan Bioperubatan dan Bioteknologi. Jadi, saya keliru di situ. Tapi saya belum pasti lagi sama ada pilihan itu saya sendiri tentukan atau pihak pentadbiran yang perlu membuat keputusan. Ada sesiapa yang boleh bantu??



Pada saat saya terima tawaran tersebut, kawan-kawan belum mengetahui. Ya, kawan-kawan satu kursus Farmasi terutamanya. Kawan-kawan yang ada di waktu susah senang. Saya telah menghampakan mereka agaknya. Maka, apabila di Kuantan kelak, akan berjauhan la kami, sebab sudah berlainan kursus. Lagi haru, apabila pada hari pendaftaran, saya di sebelah pagi, mereka di sebelah petang.



Oh, baru sekarang saya merasa sebak dan hiba. Saya bakal kehilangan mereka. Tak dapat dibayangkan, kehidupan seharian nanti sebagai seorang pelajar, tanpa bersama-sama mereka ke kelas, ke sana sini.



Tak mengapa. Saya sudah reda. Ini ketentuan-Nya. Dia lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat saya. Maka, inilah yang saya terima.



Cuma, sekarang, apa langkah saya yang seterusnya??? Ada sesiapa yang boleh bagi nasihat atau panduan tak?? AMAT DIPERLUKAN!!

9 comments:

KaiZeN SHiNoBi said...

rilek sudey... terima je ape yang ade di depan mata... ahaks... jangan yang dikendong berciciran yang dikejar x dapt.. parah ooo.. ahaks

Sarah Kushairi said...

First of all, CONGRATS! :D
This is the best for you, Afi.
Allah knows what is best for you.
Mungkin sekarang ni tak nampak lagi the blessings in disguise tapi mana tahu bila dh kerja nanti, gaji lagi tinggi drp doctors/dentists/pharmacists ke.

Rezeki Allah bagi kat orang lain2.=)

All the best for you, I know you can do it. As an ex-pharmacy student, I'm really sure that you can be at the top among the sciences students. :D

izzahfarhana said...

hehe,di mana2 pun berusaha jgn putus asa ;)

kalau mnat farmasi lg,xpe nanti mintak tuka

f is fikah said...

KaiZeN SHiNoBi;
hee.
memang tengah merilekkan diri.
terima kasih!!

f is fikah said...

Sarah Kushairi;
thanks a million dear!!
you're always there for me.
too bad, hari tu emo.
takleh nak confront sape2.
but God knows better.
Dia jadikan me lagi kuat waktu ni.

all the best to you too my dear!!

f is fikah said...

izzahfarhana;
terima kasih kak izzah.
and for the info jugak.
insya-Allah,F cuba yang terbaik.

a's said...

congratulation to both of us because we got the same course.haha!

anna pun pening nak pilih mana,but based on experience diaorang cakap refer to result first sem in first year.then admin akan pilihkan. tak sure sgt about that.

but deep inside my heart,i'm hoping for another 'miracle' to come :)

fikah said...

a's;
oh really??
ntahla..
masih kebingungan jugak kalo pun nak pilih apa2.
miracle??
i'll pray that for u..

Anonymous said...

salam nk tmpg tnyer ada apa2 maklumat x mengenai kolej mahallah dan kuliyyah biotek kuantan...kalau ada tlg story skit