Sunday, May 16, 2010

Imaginasi Perlawanan Akhir Piala Thomas

UPDATED!! Beregu China menang 25-23, 16-21 dan 21-12 ke atas beregu Indonesia, menjadikan sekarang China di hadapan Indonesia 2 mata.


Tengah layan Astro ARENA, Saluran 801, tengok final Piala Thomas la kan, apa lagi. Bayangan datang dalam macam-macam rupa. Boleh tengok kat RTM 1 jugak, tapi yang tak puas hatinya, kenapa bila masa rehat yang sekejap tu, mesti nak ada berita semasa, tak pun commercial break??

Piala Uber dimenangi Korea Selatan semalam
[15 Mei 2010]


Tengok Lin Dan lawan taufik Hidayat. Aku nampak macam Lee Chong Wei je yang tengah main kat akhir tu. Macam sama je, kecuali part Lin Dan bangkang penjaga garisan, sebab hakikatnya, Lee Chong Wei memang takkan buat cam tu.




Oh, Lin Dan menang ke atas Taufik Hidayat, 21 - 7 dan 21 - 14. Dan dia tak buka baju kali ni.







Sekarang tengah layan yang beregu pulak. Cai Yun dan Fu Hai Feng menentang Hendra Setiawan dan Markis Kido. Ini aku bayangkan beregu kita, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong. Tiba-tiba je rindu kat dorang.



Ni dan rubber set, sebab beregu China menang set pertama 25 -23, memang sengit gila tadi. Dan set kedua, pastinya dikuasai beregu Indonesia, dengan 21 - 16. Namun, beregu China yang berada di ranking ke-8 dunia, menguasai permainan set ketiga ini, manakala beregu Indonesia pula di ranking ke-3, kalau tak silap.

Hendra Setiawan - Markis Kido

Suka tengok aksi Markis Kido, sebab walaupun dia tak tinggi, dan sedikit berisi, dia boleh lompat tinggi gila kot. Dia ni jugak sangat pantas, ganas dan agresif, memang kalau smash, asyik killer ok?? Mesti akan dimatikan pukulan lawan. Syok weh!!


Dah nak sambung tengok balik ni. Rasanya macam dapat kat China je Piala Thomas tu, sebab beregu Indonesia sekarang ni dah jauh ketinggalan lebih kurang 8 mata dari beregu China. Dan perseorangan China sebentar lagi, Chen Jin, seakan bakal menang mudah ke atas Simon Santoso, Indonesia.

2 comments:

jfook said...

I wish Indonesia could give China a lesson but seems like it's kinda impossible LOL.

kenwooi said...

i think china winning edy =)