Friday, May 21, 2010

Hairspray Rocks!!

Filem muzikal ni, tengok banyak-banyak kali pun, tak jemu tau. Tengok dorang nyanyi, dorang menari. Sangat best!! Sapa yang minat Zac Efron, trilogi High School Musical, boleh tengok cerita ni, sebab dia pun ada.



Berkisahkan si Tracy Turnblad, yang sangat suka menyanyi dan menari. Dia teringin nak masuk program The Corny Collins Show, yang mana budak-budak remaja diasah bakat mereka kat situ.



Pada masa yang sama, dia syok jugak kat Link Larkin, yang mana sedang berpacaran dengan Amber Von Tussle. Tapi Link ni, bila dah tengok Tracy yang chubby tapi maintain comel dan ada rambut yang cantik, jatuh hati jugak kat Tracy ni.



Bila Tracy berjaya masuk show tu, dia menjadi kegilaan ramai. Semua orang nak ikut gaya dia, terutama gaya rambut dia. Comel kan??



Bagusnya Tracy ni, sebab dia bukan rasis macam Amber dan maknya, Velma Von Tussle, yang juga pengurus stesen TV rancangan yang Tracy ada tu. Tracy ni, punya la bagus, sebab dia kawan dengan semua orang tanpa mengira warna kulit. Ikutkan hati dia, dia nak tiap-tiap hari jadi Negro Day, sebab katanya, dorang ni best!!



Pada masa sama, Tracy dan Amber bersaing untuk dapatkan gelaran Miss Hairspray menerusi rancangan yang sama jugak tu, The Corny Collins Show. Sengit betul persaingan antara dorang. Amber dan mak dia mana boleh duduk diam je, mesti nak kena lawan habis-habisan. Tambah-tambah pulak, Velma ni sangat anti dengan orang kulit hitam, maka dia tak suka bila Motormouth Maybelle, seorang wanita kulit hitam menguasai rancangan kat stesen TV dia.



Macam-macam lagi helah yang dorang buat. Velma siap mengorat ayah Tracy, sebab nak hancurkan keluarga dorang, tapi ayah Tracy blurr je.



Untuk bagi kawan-kawan kulit hitam si Tracy ni dapat sama masuk TV, Tracy ajak dorang buat perarakan secara aman, supaya semua orang tanpa kira warna apa pun kulit, dapat menari sama-sama dalam rancangan TV tu.

 

Tapi sayangnya, Link pulak tak nak ikut.  








Nak tahu lagi pasal filem ni?? Tontonlah sekarang kat TV3. Tak pun boleh search kat You Tube kalau tak sempat. Maklumat lanjut, sila ke sini - Hairspray (2007)

6 comments:

izaryda yasin said...

sye tgok citer ni tdi. ;)
best!

btw..hye..~

sri said...

hairspray memang best! aku suka lagu2 dia!

buyat(bebola tomato) said...

lagu die sumpah kelakar n best....
ad part i know im handsome....
aduiyai....
n part wt lagu pasal love....
blehwt sajak....
hihihi

fikah © said...

izaryda yasin;
hye kembali!!
best sangat!!

fikah © said...

sri;
heeee.
comel je si tracy tu.
sempoi gile.

fikah © said...

buyat(bebola tomato);
waahh!!
siap hafal lirik lagu lagi.
sila la buat poem cepat2.