Thursday, May 13, 2010

Episod Akhir Adamaya yang Kaw-kaw.

Tak sangka betul aku akan tengok jugak episod akhir cerita Adamaya ni. Iyalah, dah 2 minggu kot aku asyik skip je, lepas tak tahan tengok si Dani tu. Hahaha. Tak leh blah.



Buka TV3 lambat sikit tadi, dalam 5 minit. Tengok si Dani dah ada depan rumah Maya. Nak confornt la kononnya. Tapi, confront apa ke tu, kalau nampak macam orang dah hilang akal. Boleh pulak gaduh-gaduh kat situ. Maya dah tak nak jumpa Dani, tapi Dani degil. Dani berkeras yang Adam takkan tunaikan janji untuk ceraikan si Maya.



Maya mengamuk lagi. Tapi, kesian, kena tampar dengan Dani. Sara dan Amani keluar tengok kecoh-kecoh tu. Amani dengan berani sikit, gi gigit paha Dani. Hahahahaha. Padan muka. Tapi gila cuak muka Amani lepas buat gitu sebab kena jerkah dengan Dani. Apalagi, Maya mana boleh dok diam tengok anak dia kena macam tu, dia tampar la si Dani tu. Sambil tolak Dani keluar dari rumah dia. Dani merayu pun, Maya buat bodo je.



Satu siang hari tu, Dani jumpa Maya lagi. Dia kan stalker terhebat. Senang je nak ugut Maya. Bagitau yang kalau dia tak boleh dapat Maya, Adam pun tak boleh jugak. APAKAH??!! Suka-suka hati je nak ugut orang camtu.



Bosan la cite pasal Dani ni. Meh kita cakap pasal Adam pulak. Masa Adam datang ambil Amani dari rumah Maya, Adam bagi hadiah, dalam kotak. Katanya, buka lepas dia pergi. Esoknya, Maya buka kotak tu. Ada novel "Kembara Mencari Cinta", cek dan surat. Maya baca. Wah, gila romantik ayat-ayat cinta yang Adam tulis. Tak sangka, dapat buka hati Maya balik untuk sedar yang dia memang dah bersalah sangat-sangat pada Adam.



Hari pameran fotografi, semua ada kat sana, tapi takde Maya. Maya gi jumpa Dani, nak minta putus betul-betul. Dani semestinya tak nak. Tapi Maya cakap, "Adam tu suami I, syurga I." Wah..wah..enak gitu dengarnya. Hee.



Maya blah, tinggal si Dani tu untuk ke pameran fotografi tu. Jumpa Adam. Merayu-rayu nak balik bersama, tapi Adam macam nak tak nak je. Sebak jugak tengok Adam, sebab dia dah macam nak nangis gitu. Kawan-kawan yang lain muncul waktu Adam nak masuk balik ke dewan pameran tu. Maya masih nangis teresak-esak kat satu kerusi tu.



Shahrom tu dah signal-signal kat Adam, suruh gi kat Maya. Tapi Amani yang lari dulu kat Mama dia, barulah Adam ikut. Maya minta ampun lagi kat Adam, "Saya dah lama maafkan awak," Adam balas. Maka, berpelukanlah keluarga bahagia itu - Adam, Maya dan Amani yang comel.



Oh ye. Dani dah jadi gila. Dok tepi sungai cetek ke apa sambil pegang gambar-gambar Maya. Yang perempuan-perempuan yang tengah main air kat situ, habis semua dia nak terkam, sebab nampak bayangan Maya. Maka, dah jadi gila la si Dani tu.



Habis.


p/s : maaf. gambar-gambar lama.

Kredit : Google Images melainkan dinyatakan di situ.

17 comments:

kina ;) said...

Kina pun first time tgok, rupanya episod last. :P :P
Lawak la Dani jadik giler last skali tu. XD

nuRuLain_zAiNi said...

huhu..best2!! puas hati sgt2..!

nuRuLain_zAiNi said...

hhuhu..best! puas hati sgt2!

SyerAgh PgrEE said...

haha mkasey~~~
a hbis eh crita dia?
slalu x smpat tgk

Kapten said...

kenapa bukan adam mati
dani gila aku dah agak dah

ish3... aku nak maya terseksa. biar adam mati jer.

줄리야 said...

LOL I know nothing about this show, but your post is really entertaining. Keep it up! XD
-Julia

fikah © said...

kina ;);
heee.
kelakar gila kan tengok dia lari2 dalam air.
hahaha.
dia tu dah lama sakit.
sakit otak.

fikah © said...

nuRuLain_zAiNi;
heee.
akhirnya,happy ending jugak.

fikah © said...

SyerAgh PgrEE;
dah habis daa.
tau hari ni last pun, sebab sume orang dok kecoh.
so, tengok je la.

fikah © said...

Kapten;
heeee.
tu kena tunggu kapten yang jadi pengarahnya.
tapi ending yang kapten nak, memang drmatik ah.
mesti lagi kaw-kaw.

fikah © said...

줄리야;
heee.
julia!!!
thanks for taking some time, reading this crappy post.
heee.

ney said...

menchi dgr org asek citer pasal adamaya..

sebab shieda da lame tak tengok twi

twi kne sambar petir

mama xnk beli twi baru

menchi!!~

fikah © said...

ney;
alahai.
ciannya cida.
nanti kua dvd bleh la tengok.
tapi nak donlod pun boleh dah.

milimilo said...

haha.sape yg teka suruh adam mati n dani masuk jel nmpknye xbjaye.ending die cliche jugak.patotnye bia maya tu dpt blsn sikit sbb jd istri derhake.td tgok pn dah kol7 sbb awal2 tu hujan.trlps nk tgok tp xde la rugi sgt.catch up tv kan ade.heee =D

fikah © said...

milimilo;
hahaha.
itu kan pakcik.
memang dia nak lain dari yang lain.
tapi betulla, ending yang sangat cliche bgi cite melayu.

Muhammad Faiz said...

aiks.. minat teh tgk cite Adamaya ni.. Aku tertengok kejap dgn kakak aku mase pegi makan kat Kedai Kopi da..

fikah © said...

Muhammad Faiz;
mulo2 minat, pahtu kureng.
sajo nok tengok ending.hee.