Thursday, May 27, 2010

Dari Melaka ke Johor

Disebabkan seminar Mama belum lagi bermula, maka, dia dan kawan-kawan, ke Ayer Hitam dan Tangkak seharian ni. Ceh, cara F cakap macam tak ikut je. Heee. Apa lagi, shopping sakan la dorang, sebab baru lepas dapat gaji kan??



Kat Ayer Hitam, banyak jual segala jenis kerepek - belinjo, kueh kapit, kerepek pisang, kerepek ubi. Dan ada jugak macam-macam jenis pasu, yang pendek, tinggi, kecil dan besar.


Oh, Abah kirim pasu kecik yang letak atas pasu tinggi, ish, tak pandai la nak cakap macam mana. Itu pun, nyaris merajuk waktu dia telefon Mama, sebab mulanya, kitorang tak beli dan tak ambil kisah. Heee. Dah nada merajuk, maka kami yang dah kat atas bas, turun balik cari pasu Abah. Heee. Nasib baik seberang jalan je.



Harga?? Boleh la tahan. Dengan warna dan corak yang agak cantik, lepas tawar-menawar, dapat dalam RM55 je.



Tak lama pun kat Ayer Hitam tu, sebab cuaca nampak macam suram, tapi bila berjalan tu, memang membahang rasanya. Baju memang basah dengan peluh.



Lepas tu, bergerak naik ke Tangkak balik, sebelum pulang ke Banda Hilir ni. Kat situ, orang semua shopping kain. F cakap kat Mama, nak cari kain buat baju kurung kat Kuantan nanti, tapi last2, dicarinya kain warna pink, katanya, nak buat tema baju Hari Raya tahun ni.


Ada butik nama apa tak ingat dah, jual segala jenis tudung ala-ala Ariani, memang murah gila tudung-tudung kat situ. Cantik pun memang cantik. Sebab F dan Angah jenis yang tak pakai tudung jenis tu, jadi Mama borong untuk dia dan Adik je. Adik punya, semestinya warna pink. Haisyh~~


Sebab duduk kat hotel tingkat 13, nampak la Menara Taming Sari, Sungai Melaka dan Eye on Malaysia. Hotel kitorang ni bersebelahan je dengan Mahkota Parade.



Maka, malam ni nak gi layan midnight movies. Bukan midnight jugak la, sebab pukul 8 malam dah nak gerak. Makan-makan dulu.



Dah, udah bercerita perihal shopping segala ni. Maaf ya, gambar tak terambil pun. Mana taknya, kalau dah melayan ke tempat shopping je kerjanya sehari-hari ni.


Daaa~~

2 comments:

NokiaDream said...

kalo ada gambo lg best...blh tgk sampel tudung ala ariani tu..huhu

<--Continue blogwalking!-->

fikah © said...

NokiaDream;
heee.
memang cantik.
dah cuba amek gambo, tapi tak secantik yang betul punya.