Thursday, May 20, 2010

Cerita Ketagihan

 Kredit : seperti di imej.

Ya, saya memang ketagih. Dah tahap yang saya tak boleh nak beri fokus pada apa-apa sekali pun. Blog ini pun dah mula terabai sejak dua menjak ni impak daripada ketagihan ni. Parah memang parah.


Tapi yang paling teruk pun, beberapa bulan lepas, itu pun waktu stres gila campur dengan period pains. Haaa, amek ko, memang sakit kepala gila-gila, sampai makan Panadol pun tak rasa apa-apa dah. Oh, jangan bimbang, sekarang ni tengok Panadol pun, pandang sebelah mata je.


Kan dah pernah cerita, Panadol [ini nama jenama je] yang nama sebenarnya, Paracetamol, memang menakutkan - Scary Facts of Paracetamol. Yang mana ketagihan sementara itu, hanya yang terdekat dan tertentu je yang tahu. Dan ini kali pertama cerita, heboh pada semua. Waktu itu, hanya bagi tahu kat Tumblr je.



Yang ketagihan kali ini, memang lain. lain dari yang lain. Maaf sangat-sangat, oh, maaf pun belum tentu cukup. Mesti ramai yang rasa betapa saya pentingkan diri sendiri sehingga libatkan diri dalam kancah penagihan ini.


Yang tahu, ada. Memang dah ada yang tahu tentang ketagihan terbaru saya ni. Itu pun, saya tak de la cakap saya ketagih ke apa, kang apa pulak dorang kata kan??

Anda ketagih kah??


Saya tak nak libatkan diri, tapi sekali terjebak, bukan senang nak kembali ke asal. Ketagihan terbaru ni, bermula sejak duduk kat rumah la kot. Ahh, siapa sangka kan kat rumah pun boleh jadi macam ni.


Kawan-kawan?? Ya la kot, menerusi Facebook ke apa semua. Waktu borak-borak, dorang dah ada itu, dah ada ini. Saya pun nak jugak, mesti kena buat sama. Dah orang lain buat, tak salah la kan kalau saya pun nak buat jugak kan??


Tapi kena tengok masa dan keadaan jugak. Kena cek line, clear ke tidak.


Kini, saya akan dedahkan ketagihan saya itu. Jangan marah atau melenting dulu, jangan hakimi dulu. Kena tahu dulu apa saya buat, maka, barulah anda boleh nak ambil tindakan.








Saya sangat ketagih menDOWNLOAD drama-drama Korea yang terbaru. Kawan-kawan download drama ini, saya download drama itu. Adil la kan?? Baru boleh kongsi-kongsi. Tak bazir masa sangat download sorang-sorang.


Cinderella's Stepsister


Sekarang, tengah main kat KBS World Astro 303. Kena tengok, sebab bukan sebarangan drama Cinderella yang kita tahu. Kali ini, kita lihat hidup daripada perspektif kakak tiri si Cinderella. Sangat best, sebab tak cliche. Yang cliche, cuma bahagian si lelaki A dan si perempuan B sama-sama syok, dan si lelaki C syok kat B, dan si perempuan D syok kat A.


Normal la tu, sebab kebanyakan drama Korea, basically memang macam ni, cuma cara garapan dan penceritaan yang lain-lain.



Personal Taste.


Siapa layan Boys Over Flowers, mesti kenal mamat ni. Lee Min Ho namanya. Kacak?? Macho?? Hensem?? Iyela kot. Cerita ni tak de kat TV ya, kawan-kawan sayang. Sebab saluran MBC tak de kat Malaysia. Maka kena download.


Yang ni, tak leh nak cerita panjang sebab baru download sampai episod 4 sebab Internet segan-segan je nak laju. Aish..





Hee. Agak-agak siapa lagi yang kongsi ketagihan yang tak berapa ketagih ni dengan saya selain si cantik Anna?? Heee. Ampu sikit si Anna ni, sebab Anna yang download Personal Taste paling banyak episod. Jeles betul sebab Internet dia laju je.



Okeylah, ketagih tak ketagih, dah nak chau ni. Nak sambung download, kalau Internet ok la. Kalau tak, nak layan KBS World pukul 11.20 jap lagi. Tengok Lee Hyori dan Rain yang hensen banget. Heee.

Kredit : seperti di imej.

6 comments:

Ann said...

mcm best jer citer cinderella tu...tp tak terlayan dh skng...windu zaman2 study dulu asyik layan citer korea n jepun jer

nasiha sakina said...

pikahhhh. kkgy org na amik ar cite hahahha ;pp

a's said...

you should watch personal taste ep 6! sweet sgt fikah!!OMG!!dia sanggup pg beli pad utk pmpuan tu.haha..sweet!!

skng dh dload smp ep 13. 3 more episodes to go.yeehaaa!! best!!

cinderella's step sister ni ada WOW factor mcm personal taste tak?haha.anna tak kenal sgt pelakon2 korea ni

fikah © said...

Ann;
best!!
cinderella tu mmg best sangat.
iyela, zaman study, sume share downloads, jadi senang je la nak copy.

fikah © said...

nasiha sakina;
iya!
bisa aja siha!!

fikah © said...

a's;
cind.sis ni yang paling top skang ni kat korea.
pelakon2 utama semua hebat2, dah lama berlakon.
kecuali sorang je, taecyeon, sebab dia baru debut berlakon ngan cite ni.
best.
bleh wat kite emo.